MEMBANTAH PELAKSANAAN PROGRAM DWIBAHASA (DUAL LANGUAGE PROGRAMME, DLP)
DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA

 



MEMORANDUM TUJUH PERTUBUHAN CINA

 

Dikemukakan kepada

Kementerian Pendidikan Malaysia



Daripada

Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia

Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia

Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia

Malaysian Seven Major Clans Association

Persekutuan Persatuan-Persatuan Alumni Sekolah China Malaysia

Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan, Malaysia

The Association of Graduates From Universities and Colleges of China, Malaysia




5 Oktober 2016




 



MEMBANTAH PELAKSANAAN PROGRAM DWIBAHASA (DUAL LANGUAGE PROGRAMME, DLP) DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA

5 Oktober 2016

1. PENDAHULUAN

Pada 3 Disember 2015 yang lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan tentang pelaksanaan Program Dwibahasa (Dual Language Programme, DLP) yang mana program tersebut adalah di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Program DLP dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan secara rintis pada tahun 2016 melibatkan 300 buah sekolah. Bagi tujuan pelaksanaan rintis DLP, mata pelajaran yang terlibat adalah Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, serta Reka bentuk dan Teknologi bagi Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 1.

Walaupun pihak KPM mengatakan bahawa sekolah-sekolah boleh membuat pilihan secara bebas untuk melaksanakan Program DLP, tetapi didapati 4 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (selepas ini dirujuk sebagai “SJKC”) di negeri Melaka telah menerima surat tawaran daripada pihak berkuasa supaya menerima dan melaksanakan Program DLP pada tahun 2017. Perkara tersebut turut mendapat perhatian di kalangan masyarakat cina.

Memandangkan pelaksanaan Program DLP mendatangkan impak yang besar terhadap pendidikan negara, khasnya keutuhan pendidikan bahasa ibunda termasuk SJKC, maka tujuh  pertubuhan Cina yang utama di Malaysia antaranya Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia, Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia, Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, Malaysian Seven Major Clans Association, Persekutuan Persatuan-Persatuan Alumni Sekolah China Malaysia, Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan Malaysia dan The Association of Graduates From Universities and Colleges of China, Malaysia dengan tulus ikhlasnya untuk mengemukakan memorandum ini dengan tujuan memberi gambaran sebenar di SJKC dan menyampaikan saranan yang membina untuk rujukan dan pertimbangan pihak KPM agar kerajaan membatalkan pelaksanaan Program DLP di SJKC dan mengekalkan penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran di SJKC. Bersama-sama ini, kami turut menyeru kerajaan mempertingkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar dengan memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri.

2. PANDANGAN

Dalam proses pelaksanaan Program DLP, sekolah-sekolah yang berkelayakan dikehendaki menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam Bahasa Inggeris.

Secara umumnya, bahasa pengantar yang digunakan oleh SJKC adalah bahasa ibunda iaitu Bahasa Cina. Sekiranya Program DLP dilaksanakan di SJKC, maka ia akan mengurangkan jumlah masa penggunaan Bahasa Cina di kalangan murid dan guru, memandangkan bahasa pengantar bagi sesetengah mata pelajaran telah berubah. Perkara tersebut turut memberikan kesan besar secara langsung terhadap ciri-ciri SJKC yang menggunakan bahasa ibunda iaitu Bahasa Cina dalam proses P&P.

Bagi Tahap 1 iaitu Tahun 1 hingga Tahun 3, jumlah masa pembelajaran menggunakan bahasa pengantar iaitu Bahasa Cina adalah 900 minit atau 65.22% (Jadual 1). Manakala jumlah masa pembelajaran dengan bahasa selain daripada Bahasa Cina adalah 450 minit (32.61%). Namun, jumlah masa pembelajaran menggunakan Bahasa Cina berubah secara mendadak selepas pelaksanaan Program DLP. Jumlah masa pembelajaran menggunakan Bahasa Cina berkurangan menjadi 660 minit (47.83%). Manakala jumlah masa pembelajaran menggunakan bahasa selain daripada Bahasa Cina bertambah menjadi 690 minit (50%). (Sila rujuk Jadual 1)

Jadual 1: Jumlah Masa Pembelajaran Dengan Bahasa Cina Dan Bahasa Selain Daripada Bahasa Cina Bagi Tahap 1

 

Sebelum Pelaksanaan DLP

Selepas Pelaksanaan DLP

Bahasa Pengantar

Bahasa Cina

Bahasa selain daripada Bahasa Cina

Bahasa Cina

Bahasa selain daripada Bahasa Cina

Mata Pelajaran

Bahasa Cina

Bahasa Melayu

Bahasa Cina

Bahasa Melayu

Matematik

Bahasa Inggeris

Pendidikan Moral

Bahasa Inggeris

Sains

 

Pendidikan Seni

Matematik

Pendidikan Moral

 

Muzik

Sains

Pendidikan Seni

 

Pendidikan Jasmani

 

Muzik

 

Pendidikan Kesihatan

 

Pendidikan Jasmani

 

 

 

Pendidikan Kesihatan

 

 

 

Jumlah masa pembelajaran setiap minggu

900 minit

450 minit

660 minit

690 minit

Peratus

65.22%

32.61%

47.83%

50.00%

Bagi Tahap 2 iaitu Tahun 4 hingga Tahun 6, jumlah masa pembelajaran menggunakan bahasa pengantar Bahasa Cina adalah 1050 minit atau 70% (Jadual 2). Manakala jumlah masa pembelajaran dengan bahasa selain daripada Bahasa Cina adalah 420 minit (28%). Jumlah masa pembelajaran menggunakan Bahasa Cina berkurang sehingga 690 minit (46%) selepas pelaksanaan Program DLP. Manakala jumlah masa pembelajaran dengan bahasa selain daripada Bahasa Cina bertambah sehingga 780 minit (52%). (Sila rujuk Jadual 2)

Jadual 2: Jumlah Masa Pembelajaran Dengan Bahasa Cina Dan Bahasa Selain Daripada Bahasa Cina Bagi Tahap 2

 

Sebelum Pelaksanaan DLP

Selepas Pelaksanaan DLP

Bahasa Pengantar

Bahasa Cina

Bahasa selain daripada Bahasa Cina

Bahasa Cina

Bahasa selain daripada Bahasa Cina

Mata Pelajaran

Bahasa Cina

Bahasa Melayu

Bahasa Cina

Bahasa Melayu

Matematik

Bahasa Inggeris

Pendidikan Moral

Bahasa Inggeris

Sains

 

Pendidikan Seni

Matematik

Pendidikan Moral

 

Muzik

Sains

Pendidikan Seni

 

Pendidikan Jasmani

Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Reka Bentuk dan Teknologi

Muzik

 

Pendidikan Kesihatan

 

Pendidikan Jasmani

 

Sejarah

 

Pendidikan Kesihatan

 

 

 

Sejarah

 

 

 

Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Reka Bentuk dan Teknologi

 

 

 

Jumlah masa pembelajaran setiap minggu

1050 minit

420 minit

690 minit

780 minit

Peratus

70%

28%

46%

52%

Menurut kajian daripada UNESCO, bahasa ibunda merupakan satu komponen yang penting bagi murid-murid ketika menerima pendidikan asas dalam sistem pendidikan peringkat rendah. Hal ini disebabkan penggunaan bahasa ibunda dapat meningkatkan keberkesanan dalam proses pembelajaran murid supaya dapat mempercepatkan proses pembentukan ilmu pengetahuan dan penguasaan kemahiran.

Berdasarkan aspek-aspek yang dinyatakan tersebut, maka kami membantah pelaksanaan Program DLP di SJKC. Hal ini disebabkan program ini bukan sahaja bertentangan dengan prinsip pembelajaran menggunakan bahasa ibunda, malah ia akan  merosakkan ciri-ciri utama SJKC iaitu penggunaan Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar utama.

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris murid pada tahun 2003 terbukti gagal. Walaupun polisi ini telah dimansuhkan pada tahun 2009, ia tetap memberi kesan kepada murid secara langsung. Minat dan semangat murid untuk mempelajari Sains dan Matematik telah terjejas di peringkat sekolah rendah lagi.

Justeru itu, kami menyarankan dan mencadangkan agar kerajaan dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris berdasarkan prinsip pengajaran bahasa. Kerajaan perlu mengkaji semula pengajaran Bahasa Inggeris dari segi kurikulum, infrastruktur pengajaran, kepakaran guru, kaedah pengajaran dan lain-lain.  Pendekatan yang lebih terancang amat diperlukan tanpa mengganggu mata pelajaran lain.

Kami telah melancarkan Kempen Tandatangan Membantah Pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP) di SJKC seluruh negara untuk menyuarakan pendapat masyarakat Cina terhadap pelaksanaan DLP. Kami telah berjaya mengumpul tandatangan sebanyak 1004 buah sekolah atau 77.41% daripada Lembaga Pengelola Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Borang tandatangan dilampirkan bersama dengan surat ini. Dengan ini menunjukkan bahawa masyarakat Cina terutamanya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina membantah pelaksanaan Program DLP.

3. PENUTUP

Pendidikan bahasa ibunda adalah satu aspek penting bagi setiap bangsa untuk menunjukkan identiti serta meneruskan tradisi budaya dan aspirasinya. Dari segi akademik pula, UNESCO telah  menegaskan akan kepentingan dan keberkesanan pendidikan bahasa ibunda dalam sistem pendidikan di peringkat rendah.

Dengan tulus ikhlasnya, kami menyediakan memorandum ini dan besarlah harapan kami agar sudilah kiranya pihak KPM memandang serius terhadap pandangan dan cadangan kami supaya membatalkan pelaksanaan Program Dwibahasa (Dual Language Programme, DLP) di SJKC demi kepentingan pendidikan negara, serta mengekalkan identiti dan keunikan sistem sekolah pelbagai aliran.