欢迎朝野政党协商。(与回青团交流后)

董教总声明
2002年8月14日


 

  1. 有关在小学采用英文教数理的问题,实际上华社不仅董教总,还包括几十个具代表性的华团也曾召开联席会议反对,同时马来民间组织如马来作家协会、马 来语文协会以及印裔全国淡米尔基金等也纷纷表示反对,政党方面除在野的许多政党表示反对之外,在朝的三个华基政党如马华等也表示了不赞同的意见。因此,这 个课题绝不是某个族群或是某几个团体的问题,更不能滥用“种族主义”或“极端份子”的帽子来乱套人。

  2. 鉴于在小学使用英文教数理的措施对我国将来教育影响深远,董教总、华团及各族群都提出不同的意见,这是一种民意的反映,也是人民的基本权利。


    如果不允许有反对意见,而且动辄把异议者套上极端分子的帽子,那不是违反作为民主国家的原则吗?

  3. 作为民间教育团体,董教总欢迎与各党团包括在朝与在野的的政党及各族群团体到来访问及交流,以便对一些重大课题例如今天英语教数理的问题寻求共识。

  4. 董教总的看法:
    1. 政府认为应该提升国人的英语水准,这个意愿没有错,但须从英文科的教材、师资、教学法、设备及教育目标等方面着手,才是对症下药,符合教育原理的正确作法。

    2. 在小学阶段,母语是学习和掌握知识的最有效媒介。因此,我国华文小学应维持以母语教授知识科目,坚决反对以英语作为华文小学数理科的教学媒介语。

----------------------------------------------------------------------------------------------------

KENYATAAN DONG JIAO ZONG (14-8-2002)

 

  1. Berkenaan dengan isu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah, sebenarnya dalam masyarakat Cina bukan sahaja Dong Jiao Zong tidak setuju, malah beberapa puluh pertubuhan Cina peringkat kebangsaan telah mengadakan mesyuarat perwakilan untuk menbantah pelaksanaan ini. Justeru itu, pertubuhan-pertubuhan Melayu seperti GAPENA, Persatuan Linguistik Malaysia dan juga pertubuhan-pertubuhan India seperti Malaysian Tamil Education Research And Development Foundation turut tidak bersetuju dengan pelaksanaan tersebut. Bagi parti-parti politik, selain parti pembangkang yang membuat bantahan, terdapat juga parti-parti komponen BN tidak bersetuju dengan pelaksanaan ini. Maka, isu ini bukanlah isu sesuatu kaum atau masalah beberapa pertubuhan sahaja. Lantaran itu, adalah tidak wajar jika mereka yang tidak setuju itu dituduh sebagai pelampau atau berbau perkauman.

  2. Memandangkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah membawa kesan negatif kepada perkembangan pendidikan negara, maka pertubuhan-pertubuhan Cina termasuk Dong Jiao Zong dan rakyat pelbagai kaum tidak bersetuju dengan pelaksanaan ini. Kesemua ini adalah penyataan suara rakyat, dan juga hak asasi rakyat. Sekiranya pandangan yang membantah tidak dibenarkan, dan dengan sewenang-wenangnya mereka yang tidak bersetuju ini dituduh sebagai pelampau, bukankah ini telah melanggar prinsip negara kita sebagai sebuah negara demokrasi?

  3. Sebagai pertubuhan pendidikan bagi masyarakat Cina, Dong Jiao Zong dengan hati terbuka, sedia berdialog dan bertukar fikiran dengan semua pertubuhan dan parti-parti politik, baik parti pemerintah mahupun parti pembangkang yang sudi datang mengadakan pertemuan, agar mencapai pandangan yang sama terhadap isu ini.

  4. Pandangan Dong Jiao Zong:
    (a) Usaha kerajaan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris adalah tidak salah, akan tetapi pendekatan-pendekatan yang diambil haruslah mengambil kira pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris itu sendiri, antaranya termasuk kesesuaian bahan pengajaran dan pembelajaran, perguruan yang bertauliah, kaedah mengajar, kesempurnaan prasarana, objektif pendidikan dan sebagainya, supaya selaras dengan prinsip-prinsip pendidikan.
    (b) Di peringkat sekolah rendah, pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa ibunda adalah cara yang paling berkesan untuk menguasai pelbagai ilmu. Maka, pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ilmu di SJK(C) harus dikekalkan dalam bahasa ibunda dan dengan tegas membantah penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Matematik dan Sains di SJK(C).