从教育和学术的角度承认统考文凭 董教总促希盟政府认真落实大选承诺

董总与教总联合文告
2019年1月2日

从教育和学术的角度承认统考文凭
董教总促希盟政府认真落实大选承诺


董教总针对首相敦马哈迪在今日报章专访报道中表示承认独中统考文凭,必须考虑马来人的感受以及必须事先解决国家财富分配差距问题的谈话,发表文告如下:

  1. 董教总重申,承认华文独中统考文凭是一项教育课题,应让教育回归教育,并从学术层面,为国培才及蓄才的格局,以务实、专业和理性方式处理承认统考文凭。

  2. 董教总再次地提醒,承认华文独中统考文凭是希望联盟的大选竞选承诺。希望联盟上台执政,就应在施政上展现新思维处理承认统考文凭,认真落实承认统考文凭的大选承诺。

  3. 董教总表明,既然教育部在处理承认华文独中统考文凭过程中,已经成立一个委员会收集和研究统考资料和各界意见,整理成报告呈予教育部长带入内阁讨论,那么各界可提交意见予有关委员会。因此,任何各方都不应操弄政治和种族情绪,干扰统考文凭的承认。

Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong
4 Januari 2019

Pengiktirafan UEC Dari Sudut Pendidikan dan Akademik
Dong Jiao Zong Menyeru Kerajaan Pakatan Harapan Supaya Bersungguh-sungguh Menunaikan Janji untuk Mengiktiraf UEC dalam Manifesto Pilihan Raya Umum

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu wawancara dengan akhbar harian Cina, telah menyatakan bahawa pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination Certificate/UEC) Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina hendaklah mempertimbangkan perasaan orang Melayu dan hendaklah juga menyelesaikan masalah jurang dalam pengagihan kekayaan negara terlebih dahulu. Sehubungan itu, Dong Zong dan Jiao Zong mengeluarkan kenyataan bersama seperti berikut:

1.    Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) ingin menegaskan semula bahawa pengiktirafan UEC ialah satu isu pendidikan, dan isu pendidikan haruslah berbalik kepada perbincangan dari sudut pendidikan. Pengiktirafan UEC harus dikendalikan secara pragmatik, profesional dan rasional dari aspek akademik dan pembangunan modal insan negara.

2.    Dong Zong dan Jiao Zong ingin mengingatkan sekali lagi bahawa pengiktirafan UEC merupakan antara janji dalam manifesto Pakatan Harapan pada pilihan raya umum. Setelah memenangi pilihan raya umum dan menerajui Kerajaan Persekutuan, maka kerajaan Pakatan Harapan seharusnya menunjukkan pemikiran baru dalam tadbir urus kerajaan untuk mengendalikan pengiktirafan UEC dan bersungguh-sungguh menunaikan janji untuk mengiktiraf UEC selaras dengan manifesto Pakatan Harapan pada pilihan raya umum.

3.    Dong Zong dan Jiao Zong ingin menyatakan bahawa memandangkan Kementerian Pendidikan dalam proses pengendalian pengiktirafan UEC telah menubuhkan Pasukan Petugas Dasar UEC (PPDUEC) bagi mengkaji dan mengumpul maklumat UEC dan pandangan pelbagai pihak, yang kemudiannya akan mengemukakan laporan kepada Menteri Pendidikan untuk dibentangkan dalam Kabinet, maka semua pihak boleh mengemukakan pandangan mereka kepada Pasukan Petugas tersebut. Lantaran itu, mana-mana pihak pun tidak patut memanipulasikan sentimen politik dan kaum untuk mengganggu pengiktirafan UEC.

 


Joint Announcement by Dong Zong & Jiao Zong

January 4th  2019

Recognising the UEC from an Educational and Academic Perspective
Dong Jiao Zong Urges Pakatan Harapan Government to Honour Their General Election Manifesto

In response to the exclusive interview reported in today’s newspapers, viz., the Prime Minister Tun Dr. Mahathir posited that he had to consider the feelings of the Malays and resolve the huge gap in national wealth distribution first on the recognition of the United Examination Certificate (UEC), Dong Jiao Zong would like to make the following announcements:

1.    United Chinese School Committees’ Association of Malaysia (Dong Zong) and The United Chinese School Teachers’ Association Of Malaysia (Jiao Zong), jointly they are called Dong Jiao Zong, would like to reaffirm that recognising the UEC is an educational issue, and that education should not be mingled with politics. Moreover, from a purely academic perspective, a pragmatic, professional and rational approach to the UEC recognition can help Malaysia cultivate and retain more talents.    

2.     Dong Jiao Zong would like to remind the government that the UEC recognition is a promise made by Pakatan Harapan in its general election manifesto. We hope that, with Pakatan Harapan taking over the federal government currently, new thinking and governance should be installed, and promises credited, including the UEC recognition.

3.    Dong Jiao Zong would like to assert that, since the Ministry of Education has set up a committee, Pasukan Petugas Dasar UEC (PPDUEC)  to collect and study the opinions about the UEC recognition from all walks of life, and to eventually compile these opinions into a report for discussion in the Cabinet. That said, all parties and stakeholders concerned can submit their comments to the said committee. As such, no party should endeavour to politicize and incite racial sentiments on this matter, which is likely to interfere with the UEC recognition.

Please publish modules in offcanvas position.