董总与教总联合文告:针对砂拉越政府已经同意成为首个重启英文教数理的州属

董总与教总联合文告
2019年4月25日


针对教育部长马智礼在与砂拉越首长阿邦佐哈里会面后表示,砂拉越政府已经同意,成为首个重启英文教数理的州属,董总与教总对此深表关注,并发表联合文告如下:


董教总指出,2003年起强硬推行的英语教数理政策,对众多学生的学习造成严重负面影响,浪费巨额公帑和教育资源,政府最终承认失败,并于2009年废除该政策。现在,政府重启该政策,实是重蹈覆辙,再次把学生当作试验品,牺牲大部分的学生,不利国家教育发展,董教总对此坚决反对。

对于教育部长马智礼宣布砂拉越是首个重启英语教数理政策的州属,这是否意味着教育部接下来也将会在其他州属推行英语教数理政策?基于这项政策对国家发展影响深远,因此,董教总促请教育部长必须马上公布重启英语教数理政策的详情。

董教总表示,母语作为教学媒介语的优越性和有效性,已获得联合国教科文组织及全世界的认可,尤其是作为启蒙教育的小学阶段,更是必须以学生最熟悉的母语来学习各知识学科(包括数理),才是最有效的做法。基于此,董教总本着母语教育的基本原则,坚决反对政府在小学以英语教数理科,以免学生的数理科学习受到负面影响,并破坏小学母语教学的特征与环境。事实上,《1996年教育法令》规定,各源流小学的主要教学媒介语是各自的母语,因此,英语教数理政策不但违反教育法令,而且侵蚀学校的母语教育本质。

以华小为例,一旦以英文教数理科,不但以华文进行教学的总上课时数大幅度减少,而且在小学六年级评估考试(UPSR)中,就只剩下华文理解和作文的试卷是以华文进行,而其他科目,包括马来文、英文、数学和科学都是以非华文来出题和作答,这已经完全破坏了华小的特征。

董教总全力支持政府提升学生的英语掌握能力,但不是通过以英语教授数学和科学的不当做法,而是必须依据语文教学的原理,从英文科本身着手进行全面的改善和提升,才是正确和有效的做法。董教总认为,要提升学生的英语水平,就必须改善英文科的教学目标、课程、上课时数、教材、教学法、师资和设备等,这才是对症下药提升英语水平,符合教育原理的做法。

董教总吁请全国关心母语教育的人士和团体,特别是砂拉越所有的华团,以及各华小董事部、校友会、家教协会及相关的机构站稳立场,坚决反对数理科以英语教学,以捍卫华小的母语教育本质,保障学生继续以母语学习数理科,以获得最大的学习成效。



Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong


Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) amat prihatin terhadap pengumuman Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, setelah pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, bahawa Sarawak akan menjadi negeri pertama yang melaksanakan semula pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Sehubungan itu, Dong Zong dan Jiao Zong ( Dong Jiao Zong ) mengeluarkan kenyataan bersama berikut:

1.    Dasar pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan mulai tahun 2003 bukan sahaja menjejaskan pembelajaran murid-murid, malah juga membazirkan jumlah wang yang amat besar dan sumber pendidikan negara. Pada akhirnya, kerajaan terpaksa mengakui kegagalan pelaksanaan dasar PPSMI dan memansuhkan dasar ini pada tahun 2009. Maka, Dong Jiao Zong dengan tegasnya membantah cadangan kerajaan untuk melaksanakan semula dasar PPSMI kerana ini sebenarnya mengulangi kesilapan yang sama, menjadikan murid-murid sebagai bahan eksperimen,  mengorbankan kebanyakan murid dan menjejaskan pembangunan pendidikan negara.

2.    Berkenaan dengan pengumuman Menteri Pendidikan bahawa Sarawak menjadi negeri pertama melaksanakan semula dasar PPSMI, ini bermakna adakah Kementerian Pendidikan akan turut melaksanakan dasar PPSMI di negeri-negeri lain? Memandangkan dasar ini akan membawa impak yang besar terhadap pembangunan negara, maka Dong Jiao Zong menyeru Menteri Pendidikan dengan segera mengumumkan butir-butiran yang lebih lanjut mengenai pelaksanaan semula dasar PPSMI.

3.    Keunggulan dan keberkesanan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar telah diperakui oleh UNESCO dan merupakan amalan umum sedunia, khususnya bagi pendidikan peringkat sekolah rendah yang merupakan pendidikan asas, mesti  menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa yang paling dikenali oleh murid-murid untuk mempelajari mata pelajaran ilmu pengetahuan, termasuk mata pelajaran Sains dan Matematik, kerana ini merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan.

Sehubungan itu, berasaskan prinsip keberkesanan pendidikan bahasa ibunda, Dong Jiao Zong dengan tegasnya membantah kerajaan melaksanakan semula dasar PPSMI di sekolah rendah supaya tidak mengganggu pembelajaran Sains dan Matematik di kalangan murid-murid, dan menjejaskan ciri-ciri dan persekitaran pendidikan bahasa ibunda di sekolah rendah.

Pada halnya, mengikut Akta Pendidikan 1996, bahasa pengantar utama bagi SK, SJK(C) dan SJK(T) masing-masing ialah bahasa kebangsaan, bahasa Cina dan bahasa Tamil. Oleh itu, dasar PPSMI bukan sahaja mengingkari Akta Pendidikan, bahkan juga menghakis ciri-ciri pendidikan bahasa ibunda di semua aliran sekolah rendah.

Misalnya di SJK(C), pelaksanaan dasar PPSMI bukan sahaja menyebabkan jumlah waktu pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam bahasa Cina berkurang secara mendadak, malah dalam peperiksaan UPSR, hanya kertas soalan peperiksaan Pemahaman dan Penulisan Bahasa Cina dijalankan dalam bahasa Cina, manakala kertas soalan bagi subjek-subjek yang lain termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik akan dijalankan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Ini jelas telah menjejaskan ciri-ciri SJK(C) yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar utama.

4.    Dong Jiao Zong mengakui kepentingan bahasa Inggeris yang berperanan sebagai bahasa antarabangsa dan bahasa pengantaraan dalam era teknologi maklumat masa kini, maka  kami menyokong sepenuhnya usaha kerajaan meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid-murid, tetapi bukan melalui pendekatan dasar PPSMI. Peningkatan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid-murid harus dilaksanakan berdasarkan kurikulum, tenaga pengajar, bahan-bahan mengajar dan kaedah pengajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris, supaya menepati prinsip pendidikan dan mencapai kesan yang diharapkan.

5.    Dong Jiao Zong menyeru semua lapisan masyarakat dan pertubuhan-pertubuhan pendidikan yag prihatin akan pendidikan bahasa ibunda, termasuk pertubuhan-pertubuhan Cina di Sarawak, lembaga pengurus sekolah, persatuan alumni, PIBG dan pertubuhan-pertubuhan yang berkenaan di SJK(C) berpegang teguh untuk membantah dasar PPSMI demi mempertahankan ciri-ciri pendidikan bahasa ibunda, dan memastikan murid-murid untuk terus membelajari mata pelajaran Sains dan matematik dalam bahasa ibunda  supaya memperolehi hasil pembelajaran yang paling berkesan.