董总与教总联合文告 :董教总反对政府重启数理英化 勿重蹈覆辙典当学生学习权益

董总与教总联合文告
2019年7月17日

董教总反对政府重启数理英化
勿重蹈覆辙典当学生学习权益

 

针对首相敦马哈迪于在国会下议院部长问答环节表示政府正在研究重新推动英文教数理政策,董总与教总对此深表不满,并发表联合文告如下:

 

  1. 2018年小六检定考试的数学和科学成绩显示,达到最基本水平者(tahap minimum)分别是80.15%和96.12%,董教总认为,这在在显示各源流小学生以最熟悉的母语来学习数理科的有效性。无论如何,为了让所有学生都能达到掌握数理科的基本水平,政府必须进一步强化各源流小学以母语学习数理科,以获得更好的学习效果,而不是以英文教数理政策来取代母语的教学,迫使小学生以非母语来学习数学和科学。由于学生不能掌握非母语,因此这将弱化学生在数理科的学习表现,严重影响国民教育素质。

  2. 母语教育乃联合国教科文组织与学术界的共识。事实上,《马来西亚教育蓝图 2013-2025年》也引用联合国教科文组织的报告,即学生在初期教育阶段使用母语学习,对未来的双语或多语教育是最有效的准备,这显示了教育部也认同母语教学的重要性。匪夷所思的是,如今政府要重新推行英语教数理政策,这是一种自相矛盾的做法。董教总吁请政府承认母语教育乃是学生学习最有效的方式,这无关乎民族的自豪感,而是以学生的学习权益为重,依循教育原理来推展母语教育。事实证明,2003-2009年仓促推行的英文教数理政策已严重影响国民教育素质,政府实不该重蹈覆辙。

  3. 对于首相敦马哈迪表示英语教数理政策将会采用资讯工艺科技新的系统教学,来推行,董教总认为,资讯工艺科技是教学上的辅助器材,与学生以什么语言来学习数理科没有直接的关系,并不是只有用英语来教数理才可以采用资讯工艺科技来教学。事实上,政府在过去推行英语教数理政策时,也动辄耗资许多经费来购买各种教学器材,但最终两头不到岸,不但没有提升学生的英文和数理水平,而且也因器材管理不当而造成浪费。董教总认为,政府理应加强各源流小学以母语学习数理科,并善用资讯工艺科技教学,这才能真正让学生受惠。纵观教育先进国如韩国、日本、芬兰等国,都坚持保留母语学习,但这没有阻碍有关国家的发展。

  4. 董教总表示,语言学习因人而异,并非人人皆可三语精通。国民基础教育不可因学生语文掌握的局限,而阻碍其他知识的学习。国民教育乃全民教育,应符合一般人民需求,英语绝非多数国民之母语,教育部不该依据少数精英需求而牺牲多数学生的学习权。倘若强行实施英文教数理政策,必将促使教育部与学校将有限的教育资源集中于优秀生之上,这将对学习能力较弱的学生极为不利,加剧教育不均等之现象。

  5. 董教总重申,反对英文教数理不是否定英语作为科技语文和国际通用语文的重要性,惟英文教数理不符合教育原理,非正确之法,不仅弱化国民教育的数理程度,也典当学生的学习权,危害国家的未来。我们认同必须提升国民对英语的掌握能力,而且这也是迫切需要展开的工作,但必须依据语文学习原则,从英文科的教学目标、课程、上课时数、教材、教学法、师资和设备等着手进行全面的改善和提升,才是正确和有效的做法。

  6. 最后,董教总呼吁政府应放下无谓的个人情感与执着,依据确实的研究报告与数据分析,如实推进教育改革。有鉴于此,董教总坚持母语教育之原则,坚决反对重启英语教数理政策。

 


Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong
17 Julai 2019

 

Dong Jiao Zong Membantah Kerajaan Melaksanakan Semula PPSMI
Jangan Ulangi Kesalahan Dan Menggadaikan Hak Pembelajaran Pelajar

 

Berkenaan dengan kenyataan YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat bahawa kerajaan sedang mengkaji pelaksanaan semula dasar Pengajaran Dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia ( Dong Zong ) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia ( Jiao Zong ) menegaskan pendirian tidak setuju dan tidak puas hati, sehubungan itu, Dong Zong dan Jiao Zong ( Dong Jiao Zong ) mengeluarkan kenyataan bersama seperti berikut:

 

  1. Peratusan calon UPSR tahun 2018 yang mencapai tahap penguasaan minimum dalam mata pelajaran Matematik adalah 81.15%, manakala bagi mata pelajaran Sains adalah 96.12%. Dong Jiao Zong berpendapat bahawa pencapaian tersebut menunjukkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda di sekolah masing-masing. Sehubungan itu, untuk memastikan semua pelajar memperolehi hasil pembelajaran yang lebih berkesan kerajaan seharusnya memperkasakan lagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda di setiap aliran sekolah, tetapi bukan melalui pelaksanaan dasar PPSMI dengan sewenang-wenangnya untuk menggantikan bahasa ibunda dalam pengajaran dan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran tersebut. Tindakan ini menyebabkan murid-murid sekolah rendah terpaksa mempelajari Sains dan Matematik dengan menggunakan bahasa Inggeris yang bukan bahasa ibunda mereka. Memandangkan kebanyakan murid-murid masih belum menguasai bahasa Inggeris, maka ini pasti menyebabkan prestasi pencapaian murid-murid dalam Sains dan Matematik merosot, seterusnya menjejaskan kualiti pendidikan negara.

  2. Keunggulan dan keberkesanan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar telah diperakui oleh UNESCO dan merupakan amalan umum sedunia. Pada halnya, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 juga memetik laporan UNESCO bahawa murid belajar dengan lebih berkesan apabila diajar dalam bahasa ibunda sebagai persediaan untuk pendidikan dwibahasa atau pelbagai bahasa. Ini menunjukkan bahawa Kementerian Pendidikan mengakui kepentingan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa ibunda. Oleh itu, pelaksanaan semula dasar PPSMI merupakan satu tindakan yang bercanggah dengan pendirian Kementerian Pendidikan sendiri. Dong Jiao Zong menyeru kerajan mengiktiraf pendidikan dalam bahasa ibunda adalah kaedah pembelajaran yang paling berkesan untuk murid-murid. Ini tidak ada kaitan dengan kebanggaan bangsa tetapi adalah untuk menjaga kepentingan hak pembelajaran murid-murid supaya menepati prinsip-prinsip pendidikan dalam bahasa ibunda. Pada hakikatnya, pelaksanaan dasar PPSMI pada tahun 2003-2009 telah memberi kesan negatif terhadap kualiti pendidikan negara. Oleh itu, kerajaan seharuslah tidak mengulangi kesilapan tersebut.

  3. Perdana Menteri menyatakan bahawa dasar PPSMI akan dilaksanakan semula dengan menyediakan sistem baru yang dibantu dengan penggunaan teknologi maklumat (IT). Namun begitu, Dong Jiao Zong berpendapat, teknologi maklumat merupakan alat bantuan dalam pengajaran dan pembelajaran, ini tidak mempunyai kaitan langsung dengan penggunaan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Penggunaan IT dalam pengajaran dan pembelajaran tidak hanya terhad dalam bahasa Inggeris sahaja. Sebenarnya, banyak peruntukan telah dibelanja semasa kerajaan melaksanakan dasar PPSMI pada tahun 2003 hingga 2009 untuk membeli pelbagai peralatan pengajaran dan pembelajaran, tetapi hakikatnya, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran, prestasi peningkatan pencapaian murid-murid tidak ketara, malah kecuaian dalam penyelenggaraan peralatan telah mengakibatkan pembaziran. Dong Jiao Zong berpendapat, kerajaan harus memperkasakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda di setiap aliran sekolah rendah dengan menggunakan IT dalam pengajaran dan pembelajaran dengan sebaik-baiknya, barulah ini benar-benar membawa manfaat kepada para murid. Cuba lihat kepada Korea, Jepun, Finland dan negara-negara lain yang maju dalam ilmu dan pendidikan, negara-negara ini bersungguh-sungguh untuk mengekalkan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran, tetapi ini tidak menghalang pembangunan negara-negara tersebut.

  4. Dong Jiao Zong menegaskan bahawa setiap murid mempunyai keupayaan yang berbeza semasa mempelajari sesuatu bahasa, malah bukannya mudah untuk seseorang menguasai tiga jenis bahasa. Pendidikan sekolah merupakan pendidikan asas, maka perbezaaan keupayaan seseorang murid dalam penguasaan bahasa tidak seharus dijadikan halangan kepada murid berkenan untuk mempelajari ilmu pengetahuan. Pendidikan kebangsaan merupakan pendirian untuk semua rakyat negara kita, maka pendidikan yang disediakan harus sesuai dengan keperluan rakyat secara umum. Bahasa Inggeris bukanlah bahasa ibunda bagi majoriti rakyat negara kita, maka Kementerian Pendidikan tidak harus semata-mata memenuhi kehendak segelintir elit dan mengorbankan hak pembelajaran kebanyakan pelajar. Pelaksanaan dasar PPSMI pasti akan menyebabkan sumber pendidikan yang terhad ditumpukan kepada pelajar yang cemerlang dan membawa kesan negatif kepada golongan pelajar yang lemah. Ini akan memburukkan lagi ketidakseimbangan dalam sistem pendidikan negara.

  5. Dong Jiao Zong sekali lagi menegaskan pendirian membantah PPSMI, tetapi ini tidak bermaksud kami menafikan kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa sains, teknologi dan bahasa antarabangsa. Sebaliknya, kami berpendapat bahawa PPSMI tidak memenuhi prinsip pendidikan bahasa ibunda dan merupakan satu dasar pendidikan yang tidak betul. PPSMI bukan sahaja melemahkan taraf Sains dan Matematik dalam pendidikan kebangsaan, bahkan juga menggadaikan hak pembelajaran pelajar dan mengancam masa depan negara. Kami menyokong usaha kerajaan meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan rakyat, tetapi harus mengambil pendekatan yang memenuhi prinsip pembelajaran bahasa, iaitu penambahbaikan dan peningkatan mata pelajaran Bahasa Inggeris dari segi matlamat pengajaran dan pembelajaran, kurikulum, jumlah waktu belajar, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, pedagogi, perguruan, kemudahan dan sebagainya.

  6. Akhirnya, Dong Jiao Zong menyeru kerajaan mengetepikan perasaan dan keinginan peribadi, sebaliknya melaksanakan pembaharuan pendidikan secara ikhlas berasaskan laporan penyelidikan dan analisis data. Dengan berasaskan prinsip keberkesanan pendidikan bahasa ibunda, Dong Jiao Zong menegaskan bantahannya terhadap pelaksanaan semula dasar PPSMI.