董总与教总联合文告:坚决反对在国民型小学学习爪夷文

董总与教总联合文告
2019年8月6日

坚决反对在国民型小学学习爪夷文

 

  1. 今日华团及淡米尔团体代表向副教长提呈及清楚传达8月5日十二华团达致的《先搁置,再讨论》5点共识及立场。


  2. 华团及淡米尔团体代表也在交流会中明确表达,坚决反对在国民型小学学习爪夷文的立场。


  3. 华团及淡米尔团体代表在交流会中表明,目前已进行五年的国民型小学五年级国文课本中,只作简单的介绍爪夷文让学子有基本认识,而不是作为学习(包括写字、功课或考试)的方式,是可以接受的。


  4. 华团及淡米尔团体代表在交流会中向副部长重申“先搁置,再讨论” 的立场,必须先邀请各相关利益团体参与DSKP的讨论后,才决定如何在国民型小学推行简单介绍爪夷文 ;同时也同意,未来在涉及各族群重大而敏感的教育课题,在实施前将会征集相关的教育团进行咨询,以充份良性的进行沟通交流,共同构建良好、健全的教育体制和措施。

 


Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong
6 Ogos 2019

Penjelasan tentang pertemuan wakil-wakil 12 buah pertubuhan Pendidikan Cina dan Tamil dengan YB Timbalan Menteri Pendidikan:

 

  1. Wakil- wakil 12 buah pertubuhan Pendidikan Cina dan Tamil bertemu dengan Timbalan Menteri Pendidikan pada 6 Ogos di Pejabat Kementerian Pendidikan, bertujuan untuk menyampaikan kenyataan pendirian mereka dalam isu pembelajaran Seni Khat di Sekolah Jenis Kebangsaan. Pendirian tersebut (rujuk lampiran) menyeru KPM supaya “Tangguh Dan Bincang semula” adalah persefahaman antara semua 12 pertubuhan yang bersidang pada 5 Ogos di Dong Zong.

  2. Dalam sidang pertemuan dengan YB Timbalan Menteri, wakil-wakil pertubuhan juga menyampaikan pendapat tidak setuju dengan keputusan KPM untuk mecelakkan unsur pembelajaran Seni Khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan.

  3. Wakil-wakil pertubuhan berpendapat bahawa cara memperkenalkan tulisan Jawi yang tidak melibatkan pembelajaran, menulis, latihan atau pentaksiran, seperti buku teks Tahun 5 Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan selama lima tahun, adalah memadai.

  4. Wakil-wakil pertubuhan juga berpendapat bahawa pertubuhan-pertubuhan yang berkepentingan seharusnya dijemput untuk memberi pandangan dan cadangan terhadap pindaan Dokumen Standard Kandungan Dan Pentaksiran (DSKP) yang akan menentukan kaedah memperkenalkan Seni Khat di Sekolah Jenis Kebangsaan. Selain daripada itu, sidang pertemuan juga berkongsi pendapat bahawa perbincangan dan konsultasi dari pihak pihak berkepentingan haruslah diadakan atas isu pendidikan yang penting dan sensitif sebelum pelaksanaannya.

 

LAMPIRAN

Kenyataan Bersama :Tangguh Dan Bincang Semula
(5 OGOS 2019)

 

Kami, pertubuhan-pertubuhan yang menghadiri mesyuarat pada hari ini berkenaan dengan isu pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pembelajaran murid SJKC dan SJKT Tahap Dua (tahun empat hingga tahun enam) bermula tahun 2020, telah mencapai kata sepakat seperti berikut:

 

  1. Berkenaan dengan kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 2 Ogos 2019, bahawa KPM akan mengambil kira pendekatan penyampaian yang lebih mudah difahami dan tidak membebankan guru dan murid dengan mengemaskini kandungan DSKP dan buku teks dengan hanya pengenalan tulisan khat, malah bagi aspek seni bahasa, tiada pentaksiran akan dijalankan, dan juga tidak akan dikaitkan dengan simpulan bahasa serta tidak dijadikan praktis latihan seperti dalam perancangan awal, kami mengambil langkah berwaspada dan berjaga-jaga terhadap kenyataan KPM tersebut kerana masih ada banyak perkara yang perlu diperjelaskan dengan lebih teliti. Maka, kami menyeru KPM mengumumkan kandungan DSKP dan buku teks mata pelajaran Bahasa Melayu yang dipinda supaya orang ramai mengetahui bagaimana pengenalan tulisan khat dilaksanakan di SJKC dan SJKT. Ini adalah penting untuk mengikis kebimbangan dan keraguan orang ramai, malah juga memastikan pelaksanaan tersebut menepati keperluan murid-murid SJKC dan SJKT. Maka, kami berpendapat bahawa sebelum KPM memperjelaskan segala perkara tersebut untuk pengetahuan orang ramai, pelaksanaan ini harus ditangguhkan untuk perbincangan semula.


  2. Kami tidak bersetuju dengan tindakan KPM memperkenalkan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pembelajaran murid-murid SJKC dan SJKT, kerana ini tidak bertepatan dengan keperluan sebenar pembelajaran Bahasa Melayu, malah juga tidak memberi bantuan untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Melayu di kalangan murid-murid. Kami berpendapat bahawa di peringkat sekolah rendah, SJKC dan SJKT harus berusaha untuk mengukuhkan tahap penguasaan bahasa Melayu, maka sebagai salah satu cara untuk menambah keseronokan aktiviti pembelajaran Bahasa Melayu, hanya setakat memperkenalkan tulisan khat sahaja adalah memadai. Kesemua ini harus dinyatakan jelas dalam DSKP sebagai panduan guru-guru. Dalam konteks ini, KPM boleh merujuk kepada buku teks mata pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 5 yang ada memperkenalkan seni tulisan pelbagai kaum, termasuk seni tulisan khat.


  3. Kami berpendapat bahawa ketidaksetujuan tulisan khat diajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SJKC dan SJKT tidak membawa maksud menafikan bahasa Melayu dan Jawi, serta menolak kepelbagaian budaya. Sebenarnya, pendirian tersebut berasaskan prinsip pendidikan dan juga beban pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh guru-guru dan murid-murid. Seksyen 9, Akta Bahasa Kebangsaan menyatakan bahawa “Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi: dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu, yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi, bagi bahasa kebangsaan”. Lantaran itu, kami menyokong penuh penggunaan tulisan Rumi untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Maka, tidak setuju dengan pengenalan tulisan khat Jawi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bukan sahaja tidak melanggar undang-undang malah langsung tidak berkaitan dengan soal patriotik dan merosakkan keharmonian negara.


    Maka, segelintir orang yang sengaja menghubungkaitkan bantahan pembelajaran tulisan khat dengan soal patriotik, menuduh bahawa sesiapa yang menolak pembelajaran tulisan khat bermaksud tidak setia kepada negara, ini merupakan perbuatan fitnah dan mengarut. Kami menyeru pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai kepentingan peribadi, dengan segera menghentikan angkara menyebarkan maklumat palsu yang akan mencetuskan ketegangan agama dan kaum. Ini merupakan perbuatan jahat yang merosakkan keharmonian negara kita, perbuatan seperti ini harus dibidas dengan sekeras-kerasnya.


  4. Kami memberi sokongan penuh kepada usaha KPM untuk mempertingkatkan interaksi antara kaum dan budaya di sekolah, termasuk memperkenalkan nilai-nilai kepelbagaian budaya dalam kurikulum dan Kokurikulum di semua aliran sekolah, supaya murid-murid berpeluang untuk mengenali dan mempelajari keistimewaan budaya setiap kaum. Akan tetapi segalanya harus dijalankan dengan menepati keperluan setiap aliran sekolah, supaya ciri-ciri dan identiti setiap aliran sekolah tidak terjejas.


  5. Kami akan berjumpa dengan Timbalan Menteri Pendidikan, YB Teo Nie Ching pada 6 Ogos 2019 untuk membincangkan isu ini, supaya mengetahui perkembangan terkini. Dalam perjumpaan tersebut, kami juga akan menyampaikan pendirian dan permintaan kami, termasuk melantik wakil-wakil daripada Pertubuhan Cina dan Pertubuhan India untuk menyertai semakan kandungan DSKP dan buku teks yang tersebut di atas. Ini adalah penting untuk memastikan sebelum sesuatu keputusan dibuat, KPM harus berunding dengan pihak berkepentingan terlebih dahulu, supaya tidak membuat keputusan yang membimbangkan. Kami berharap KPM mengambil penting terhadap suara rakyat, supaya isu ini dapat diselesaikan dengan sempurna dan memuaskan.

 

Senarai pertubuhan yang menghadiri mesyuarat:

• Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia, Jiao Zong
• Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia, Dong Zong
• Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, Hua Zong
• The Associated Chinese Chambers Of Commerce And Industry Of Malaysia, ACCCIM
• Persekutuan Persatuan-Persatuan Alumni Sekolah China Malaysia
• Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan, Malaysia
• Merdeka University Bhd
• LLG Cultural Development Center
• Majlis Bahasa Cina Malaysia
• Persatuan Bekas Siswah Universiti dan Kolej Di China, Malaysia
• Tamil Foundation
• Persatuan Titian Digital Malaysia