1125和平请愿大会

董总主席叶新田博士于2012年11月20日在11•25和平请愿大会反对《2013—2025年教育发展大蓝图初步报告》的新闻发布会上的谈话

各团体代表、各位嘉宾,各位华教同道,各位新闻界的朋友,大家好。
欢迎大家出席今天的新闻发布会。

  1. 董总举办11•25和平请愿大会的背景


    今年9月11日,当局曾经郑重的公布了《2013—2025年教育发展大蓝图初步报告》(下称《大蓝图》)的基本内容,引起了各民族各阶层人士的关注和担忧。《大蓝图》使用很好的包装,以提高国民教育素质为名,以提升学生英文和国文为幌子,真正目的乃在于贯彻“一种语文、一种教育源流”的“最终目标”。它严重侵夺华文和淡米尔文教育的基本权益,极大地损害了现有的各民族母语教育源流的基本特征。《大蓝图》完全漠视其他教育机构对国家发展的贡献,没有公平分配国家教育资源。

    实施《大蓝图》的结果,必然是:

    • 全国华、淡小的母语授课时间将首先被压低,以便大幅度增加马来文授课时间。华、淡小课程结构将严重失衡,势必导致母语教育枯萎,华、淡小特征丧失,我国的优势——多元教育源流随之消亡。
    • 全国华文独立中学将完全被排除在国家教育体系之外,发展态势日益艰难,独中统考文凭要获得承认,将会面对更大的阻挠。
    • 全国数百所人民宗教学校将进一步受到漠视,得不到公平合理的对待和拨款。
    • 改制华文中学(国民型中学)及教会学校的地位只能每况愈下,教育部原先对彼等有关语文课程、董事部权利等等的承诺难望兑现。

  2. 人民群众的普遍和热烈响应


    自从董总发出呼吁之后,全国各地民众团体做出了积极的响应。到目前为止,已经有超过580个团体表示热烈支持。除此之外,董总也接获许多民众表示支持,及出席11•25和平请愿大会。

  3. 董总广邀各界人士参与11•25和平请愿大会


    董总已经正式发函,并且派员在各地举办有关和平请愿大会汇报会,邀请各民族教育团体、广大华团、以及朝野政党参与。愿意参与的团体,将受邀为大会副主席。


    11•25大集会是提供一个平台,以让民间团体及朝野政党,就《大蓝图》提出他们的意见和看法。所以,我们邀请他们在和平请愿大会上发言,由于时间关系发言时间以不超过3分钟为宜。

  4. 严格禁止任何人身攻击和煽动不健康的民族情绪的言论。主办当局要求发言者事先准备讲稿及其译稿,于11月23日以前交到董总办公室,以便装订成册供分发。董总电话:03-87362337,传真:03-87362779,电邮: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  5. 11•25和平请愿大会是一个反映民意的集会,因此,主办当局准备在大会上通过数项议决案。这些决议案将由董总正式呈交予首相及教育部长,以促使当局关注和落实。

  6. 11•25和平请愿大会的程序。


    “11.25和平请愿大会”大会流程
    日期:2012年11月25日(星期日)
    时间:上午11时
    地点:雪兰莪州八打灵再也Padang Timur(Amcorp Mall前的大草场)

    1100-1105    奏国歌
    1105-1115    大会主席致词
    1115-1245    团体及政党代表致词
    1245-1300    宣读及通过大会提案
    1300            散会

  7. 提高警惕,加强团结


    鉴于目前响应参与11.25和平请愿大会者非常踊跃,估计当局会通过各种方式企图加以阻挠。此外,在民众强大压力下,当局也可能会耍弄花招,在11.25和平请愿大会举行之前,宣布一些虚假的承诺,或在枝节问题上修修补补,以平息人民的不满,为11.25和平请愿大会灭火。董总在此吁请大家提高警惕,加强团结,挫败这些阴谋。

  8. 董总谨此感谢许多热心团体和人士的支持,其中两人分别赞助500箱和600箱矿泉水,一位柔佛州朋友捐助一万令吉,以及有些地区热心团体和人士报效巴士车租费。


    哥打丁宜热心商家    报效3辆巴士租费
    斯理阿南龙山庙    报效1辆巴士租费,200个大包
    马来西亚猪肉商总会    报效200包鸡饭
    新山小商公会    报效1辆巴士租费
    新山宽柔中学校友会廖先生    报效1辆巴士租费

    由于《大蓝图》涉及国家未来教育的大方针,深刻影响社会的和谐以及民族的团结,事关重大,董总希望通过今天的发布会,吁请各民族、各阶层、以及各民间团体,踊跃出席11•25和平请愿大会,确保大会成功举行。

    11•25和平请愿大会的时间与地点
    日期:2012年11月25日(星期日)早上11时
    地点:雪兰莪州八打灵再也Padang Timur(Amcorp Mall前的大草场)
    (请参阅附上的大会地点位置图)


 

Sidang Media Perhimpunan Aman 1125
Membantah Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025

Ucapan Pengerusi Dong Zong Dr Yap Sin Tian
(20 November 2012)



Selamat datang kepada wakil pertubuhan-pertubuhan masyarakat, rakan-rakan seperjuangan dan para pemberita.


  1. Sebab-sebab Dong Zong mengadakan Perhimpunan Aman 1125

    Kementerian Pelajaran telah mengumumkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 pada 11 September 2012.

    Laporan pelan tersebut mendapat perhatian dan menimbul kebimbangan segenap lapisan masyarakat berbilang kaum.

    Laporan pelan itu telah dipermewahkan atas nama meningkatkan kualiti pendidikan dan tahap penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris tetapi intipati asasnya tetap sama untuk mencapai “objektif muktamad” (ultimate objective) iaitu “Satu Bahasa, Satu Aliran Sekolah”.

    Laporan pelan tersebut menafikan hak-hak dan kepentingan-kepentingan pendidikan bahasa ibunda aliran bahasa Cina dan Tamil, dan menjejaskan ciri-ciri pendidikan bahasa ibunda. Ia juga tidak mengambil berat sumbangan sekolah-sekolah pelbagai aliran kepada negara dan tidak mengagihkan sumber-sumber pembangunan secara adil kepada setiap aliran sekolah.

    Pelaksanaan pelan pembangunan pendidikan tersebut akan menyebabkan:
    • Masa pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) akan dikurangkan untuk menambah masa yang banyak kepada pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan bahasa kebangsaan. Selain itu, ini akan menimbulkan ketidakseimbangan dalam struktur kurikulum atau sukatan pelajaran SJKC dan SJKT, dan menyebabkan pendidikan bahasa ibunda dilemahkan dan kehilangan ciri-ciri SJKC dan SJKT. Kejadian ini akan menyebabkan kehilangan pendidikan pelbagai aliran sekolah, seterusnya negara kita juga akan kehilangan kelebihan pendidikan sekolah-sekolah yang berbilang aliran.
    • Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina disingkirkan daripada sistem pendidikan negara dan pembangunan sekolah-sekolah tersebut menjadi semakin susah. Selain itu, pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina atau Sijil UEC (Unified Examination Certificate) akan menghadapi halangan yang lebih besar lagi.
    • Pembangunan beratus-ratus buah Sekolah Agama Rakyat akan terus dipinggirkan dan tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Sekolah-sekolah ini tidak mendapat layanan yang adil, contohnya dari segi peruntukan pembangunan.
    • Kedudukan Sekolah Conforming (Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan) dan Sekolah Mubaligh akan semakin merosok. Janji-janji Kementerian Pelajaran kepada sekolah-sekolah ini tidak dilaksanakan, contohnya dari aspek kurikulum bahasa serta kuasa dan hak-hak lembaga pengelola sekolah.

  2. Sokongan kuat rakyat kepada Perhimpunan Aman 1125

    Selepas Dong Zong membuat pengumuman akan mengadakan Perhimpunan Aman 1125 bagi membantah Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025, kami telah mendapat sokongan kuat yang hangat dan meluas daripada pelbagai pertubuhan masyarakat di seluruh negara.

    Setakat hari ini, lebih daripada 580 buah pertubuhan masyarakat memberi sokongan kuat kepada Perhimpunan Aman 1125. Selain itu, Dong Zong juga menerima banyak sokongan orang ramai yang akan menghadiri perhimpunan aman tersebut.

  3. Menjemput pelabagai lapisan masyarakat menghadiri Perhimpunan Aman 1125


    Dong Zong telah mengirim surat jemputan kepada pelbagai pertubuhan masyarakat dari pelbagai kaum dan parti-parti politik supaya mereka dapat menghantar wakil ke Perhimpunan Aman 1125. Pertubuhan yang sudi menyertai perhimpunan itu akan dijemput menjadi naib pengerusi Perhimpunan Aman 1125.Perhimpunan ini ialah satu platform kepada pertubuhan-pertubuhan masyarakat dan parti-parti politik menyuarakan pandangan dan cadangan mereka terhadap Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Wakil-wakil yang dijemput memberi satu ucapan yang selama 3 minit.

  4. Perhimpunan ini melarang ucapan yang melibatkan serangan peribadi dan hasutan sentimen perkauman yang tidak sihat. Dong Zong sebagai pihak penganjur meminta para wakil yang dijemput memberi ucapan supaya menyediakan teks ucapan dan penterjemahannya terlebih dahulu untuk disampaikan kepada pejabat Dong Zong sebelum 23 November 2012. Teks-teks ucapan itu akan dibukukan untuk diedarkan. Maklumat hubungan Dong Zong ialah No. Tel: 03-87362337, No. Faks: 03-87362779, Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  5. Perhimpuan Aman 1125 adalah satu perhimpunan yang mengutarakan suara hati rakyat. Sehubungan itu, Dong Zong sebagai pihak penganjur akan menyediakan beberapa usul untuk diluluskan dalam perhimpunan tersebut. Dong Zong akan mengemukakan resoluti-resolusi yang diluluskan tersebut kepada Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran supaya pihak-pihak berkuasa yang berkenaan dapat mengambil berat dan melaksanakan resolusi-resolusi tersebut.

  6. Aturcara Majlis Perhimpuan Aman 1125.


    Perhimpunan Aman 1125 Membantah Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025

    Penganjur: United Chinese School Committees’ Association of Malaysia (Dong Zong)
    Tarikh    : 25 Nov 2012 (Ahad)
    Masa    : Pagi 11 am
    Tempat: Padang Timur di hadapan Amcorp Mall,Jalan Timur, Seksyen 52, Petaling Jaya, Selangor
    Koordinat GPS: N3.103696°  E101.646886°

    1100-1105    Nyanyian Lagu Negaraku
    1105-1115    Ucapan Pengerusi Majlis Perhimpunan
    1115-1245    Ucapan Wakil Pertubuhan-pertubuhan Masyarakat dan Parti-parti Politik
    1245-1300    Membaca dan Meluluskan Usul-usul Perhimpunan Aman 1125
    1300    Tamat dan Bersurai

  7. Bersatupadu untuk menjayakan Perhimpunan Aman 1125

    Perhimpunan Aman 1125 mendapat sambutan dan sokongan kuat pelbagai pihak. Kami menjangkakan pihak-pihak yang berkenaan bertindak untuk menghalang perhimpunan ini.

    Selain itu, atas tekanan orang ramai, maka sebelum Perhimpunan Aman 1125 diadakan, pihak-pihak berkenaan mungkin mengumumkan beberapa janji kosong atau langkah remeh-temeh untuk memadamkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat dan pengaruh Perhimpunan Aman 1125.

    Sehubungan itu, kita semua perlu berwaspada terhadap agenda yang cuba menjejaskan Perhimpunan Aman 1125. Selain itu, kita perlu bersatupadu untuk menjayakan Perhimpunan Aman 1125.

  8. Dong Zong ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pertubuhan dan orang ramai yang menghulurkan sokongan kuat kepada Perhimpunan Aman 1125 seperti menderma wang, minuman dan sewa bus.

    Oleh kerana Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 melibatkan arah pembangunan pendidikan negara kita dan memberi impak yang besar terhadap perpaduan rakyat dan keharmonian masyarakat berbilang kaum, maka ia adalah satu perkara yang amat penting sekali.

    Sehubungan itu, Dong Zong menyeru orang ramai dan pertubuhan-pertubuhan daripada pelbagai lapisan masyarakat supaya datang beramai-ramai untuk menghadiri dan menjayakan Perhimpunan Aman 1125.