九华团针对内阁就国民型小学马来文科介绍爪夷文字单元所作的最新宣布发表联合声明

九华团联合声明
2019年8月20日

 

  1. 针对内阁对爪夷书法风波所作的最新宣佈,我们积极看待之余,坚定重申华淡小马来文课本应以提升马来文水准为目标,并坚决反对教导学生学习和书写爪夷文,而只能介绍爪夷字。我们认为,政府愿意正视非穆斯林社群声音,释出善意,适时检讨与修订相关措施,以消弭非穆斯林社群的忧虑,为解决问题踏出了正确的一步。


  2. 我们认为,内阁决定把国民型小学马来文科介绍爪夷文字单元交由家教协会、家长和学生来决定是否推行,这在具体执行上将对校方造成困扰,且无法有效落实。事实上,东马许多华小都没有家教协会,由于董事会的成员普遍上涵盖了家教协会和校友会的代表,因此,教育部应把是否落实爪夷文字单元交由董事会作出决定。


  3. 此次教育部将介绍Khat更改为介绍爪夷字(Tulisan Jawi)的做法,有助于解除非穆斯林社群的疑虑。在这方面,我们认为教育部应参照目前华淡小五年级马来文课本有关介绍各族群书法艺术的模式,其中就包括了爪夷文书法艺术。


  4. 基于仍有许多细节待厘清,因此,我们吁请教育部尽速公布相关课纲、课本内容及具体执行方案,而且定稿前须咨询利益相关者,包括董教总和淡米尔教育组织的同意,以解除大家的疑虑,并确保华淡小的特征不被侵蚀。与此同时,教育部也应持续与各族文教团体对话交流,理性沟通,以消弭彼此的分歧,并促进族群的和谐与团结。


  5. 基于情况的不断演变,我们将继续收集更多资料,并与各相关机构和团体,包括和教育部进行深入研究,以在掌握具体情况后,展开后续行动。

 

联署单位:
1) 马来西亚华校董事联合会总会(董总)
2) 马来西亚华校教师会总会(教总)
3) 马来西亚中华大会堂总会(华总)
4) 马来西亚华校校友会联合会总会(校友联总)
5) 马来西亚留台校友会联合总会
6) 独立大学有限公司
7) 林连玉基金
8) 马来西亚华文理事会
9) 马来西亚留华同学会


KENYATAAN BERSAMA
20 Ogos 2019

  1. Kami melihat secara positif terhadap keputusan Jemaah Menteri pada 14 Ogos 2019 mengenai isu pengenalan tulisan Jawi. Bagaimanapun, ingin kami tegaskan bahawa matlamat pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu di SJK adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Melayu di kalangan murid-murid, maka kami tidak setuju murid-murid SJK mempelajari tulisan Jawi, kerana langsung tidak memberi bantuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu . Maka, hanya setakat memperkenalkan tulisan Jawi kepada murid-murid untuk mengetahui adanya jenis tulisan ini sahaja adalah memadai. Pada pandangan kami, pihak kerajaan prihatin terhadap suara komuniti bukan Islam, dan mengambil langkah penyelesaian untuk mengikis kebimbangan komuniti bukan Islam merupakan satu tindakan yang tepat.


  2. Berkenaan dengan keputusan Jemaah Menteri bahawa pengenalan tulisan Jawi di SJK hanya akan dilaksanakan jika dipersetujui PIBG serta ibu bapa dan murid, kami berpendapat bahawa ini akan menimbulkan pelbagai masalah dan kesulitan dalam proses pelaksanaan, malah tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Lebih-lebih lagi, kebanyakan SJK(C) di Sabah dan Sarawak tidak mempunyai PIBG. Pada halnya, ahli-ahli Lembaga Pengurus Sekolah di SJK telah merangkumi wakil-wakil daripada PIBG dan persatuan alumni, maka adalah lebih sesuai diserahkan kepada LPS sekolah untuk membuat keputusan mengenai pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi.

  3. Kami berpendapat bahawa KPM menukarkan pengenalan seni tulisan khat kepada tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di SJK dapat mengikis keraguan komuniti bukan Islam. Dalam konteks ini, KPM boleh merujuk kepada buku teks mata pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 5 yang ada memperkenalkan seni tulisan pelbagai kaum, termasuk seni tulisan Jawi.


  4. Memandangkan masih ada banyak perkara yang perlu diperjelaskan dengan lebih teliti, maka kami menyeru KPM mengumumkan isi kandungan DSKP dan buku teks mata pelajaran Bahasa Melayu supaya orang ramai mengetahui bagaimana pengenalan tulisan Jawi dilaksanakan di SJK(C) dan SJK(T). KPM juga harus terlebih dahulu berunding dan mendapat persetujuan pihak berkepentingan, terutamanya Dong Jiao Zong dan pertubuhan pendidikan Tamil sebelum keputusan dibuat, ini adalah penting untuk mengikis kebimbangan dan keraguan orang ramai, serta memastikan ciri-ciri dan identiti SJK(C) dan SJK(T) tidak terjejas.


    KPM harus terus mengadakan sesi libat urus dengan pertubuhan pelbagai kaum dari semasa ke semasa supaya perbezaan pandangan yang timbul dapat diselesaikan melalui perbincangan yang rasional, ini amat penting untuk mempertingkatkan keharmonian dan perpaduan antara kaum.
  5. Memandangkan isu pengenalan tulisan Jawi masih dalam perbincangan, kami akan terus mengumpul maklumat dan mengadakan perbincangan yang mendalam bersama dengan badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan, termasuk Kementerian Pendidikan, supaya mengetahui situasi sebenar dan menjalankan tindakan susulan yang perlu.

 

Senarai pertubuhan:

1) Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia, Dong Zong
2) Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia, Jiao Zong
3) Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, Hua Zong
4) Persekutuan Persatuan-Persatuan Alumni Sekolah China Malaysia
5) Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan, Malaysia
6) Merdeka University Bhd
7) LLG Cultural Development Center
8) Majlis Bahasa Cina Malaysia
9) Persatuan Bekas Siswah Universiti dan Kolej Di China, Malaysia

Please publish modules in offcanvas position.