1125和平请愿大会

董总主席叶新田博士在“1125和平请愿大会”的讲词


日期:2012年11月25日(星期日)
时间:上午11时
地点:雪兰莪州八打灵再也Padang Timur



各位代表,各位嘉宾,


今天,来自全国各族群、各源流教育机构、各华团、各政党成员及热心人士,大约670个团体的成员以及各民族热心人士参加,它们涵盖各民族在教育、经济、文化、宗教、政治以及血缘和业缘性等各领域社会团体的成员。今天,大家齐集在这里,万众一心,共同发出一个心声,那就是:坚决反对继续贯彻单元教育政策的《2013—2025年教育发展大蓝图初步报告》。

董总主办11.25和平大集会,不是一个反政府的示威行动,而是行使公民权利,目的在于联合各界,表达对《大蓝图》的不满和意见。

我国是一个多元民族、多元文化、多元宗教、多种语文的国家。宪法赋予各族人民学习和使用母语的权力,这是我国的国情。长期以来,当局却推行完全不符合国情的单元主义教育政策,这是不利于民族团结以及和谐社会的构建。

各位,《大蓝图》的实施,不利于我国各源流学校的建设与发展:

  1. 全国华、淡小从四年级起,马来文授课时间每周从180分钟增加到570分钟,这将使华、淡小课程结构严重失衡,导致华、淡小失去母语教育特征。

  2. 华文独立中学被排除在国家教育体系之外,例如副首相兼教育部长慕尤丁在下议院宣布全国华文独中只能保持60所,不能再增加,今后独中发展将更加艰难,独中统考文凭要获得承认,将面对更大的阻挠。

  3. 全国数百所人民宗教学校进一步被漠视,没有获得公平合理的对待和拨款。

  4. 国民型中学及教会学校的地位每况愈下,教育部原先对上述学校有关语文课程、董事部权利等等的承诺,更加难以兑现。


2012年9月11日,当局公布了《教育大蓝图》之后,即刻引起了全国各民族,各阶层人士的关注和担忧。《大蓝图》以提高国民教育素质为名,以提升学生英文和国文为幌子,其真正目的乃在于贯彻“一种语文、一种教育源流”的“最终目标”。它严重侵夺华文和淡米尔文教育源流的基本权益,极大地损害了各民族母语教育的基本特征。《大蓝图》没有公平分配国家教育资源,漠视各源流学校对国家发展的贡献。

在此我们要求政府放弃妨碍民族团结的单元教育政策及其“最终目标”,重新拟定《教育发展大蓝图》,以建立一个为全国人民所接受的多元的国家教育体系,在看重国语的同时,也维护及扶持我国各民族语文和文化的发展。

我要再次强调,由于多年来我们提交过许多教育备忘录和各种要求与建议,当局都没有重视。我们唯有通过这项和平请愿大会,表达民意。促请政府俯顺民意,实施多元民族教育政策,明确保障各源流学校都纳入国家教育体系,同时给予公平合理的对待,保障民族母语教育的本质与特征。

这次响应及参与和平请愿大会的人非常踊跃,在人民强大压力下,教育部当局可能会像过去一样,宣布一些虚假的承诺,或在枝节问题上修修补补,以平息人民的不满。例如关丹华文独中的申办,教育部却搞了一个“私立国中”以替代“华文独中”的批文下来,再一次证明教育部推行单元教育政策的态度和一贯立场。在此,我吁请大家抛弃幻想,提高警惕,严正监督教育部,关注事态的发展,必要时采取进一步的行动,捍卫与争取民族母语教育的基本权益。

最后,我代表董总感谢各位踊跃出席今天的和平请愿大会,特别是众多华团、以及各民族团体、各源流教育机构、各政党成员的参与和致词,热心人士的赞助与支持,让今天的和平请愿大会成功举行,我再次向大家致以万二分的谢意和崇高的敬意。谢谢。

 

 


 

 

Ucapan Dr. Yap Sin Tian, Pengerusi Dong Zong
di Perhimpunan Petisyen Aman 1125

Tarikh    : 25 November 2012, Hari Ahad
Masa        : 11 Pagi
Tempat    : Padang Timur, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan



Para Perwakilan Kehormat, Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

Hari ini, kita berhimpun di padang ini terdiri daripada rakyat berbilang kaum, pelbagai institusi pendidikan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik dan orang ramai dari seluruh negara. Di sini terdapat ahli-ahli dari lebih kurang 670 buah pertubuhan seluruh negara mengambil bahagian. Ianya meliputi semua kaum, sektor pendidikan, ekonomi, budaya, agama, politik dan pertubuhan berasaskan masyarakat setempat. Hari ini, kita berkumpul di sini, bersatu dan sama-sama menyuarakan hasrat kita, iaitu membantah tegas “Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025” yang terus melaksanakan dasar pendidikan ekabahasa.

Dong Zong menganjurkan Perhimpunan Aman 1125 bukan demonstrasi anti-kerajaan, tetapi untuk menjalani hak rakyat menyatu padukan semua lapisan masyarakat, meluahkan rasa tidak puas hati terhadap “Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025”.

Negara kita ialah sebuah negara berbilang kaum, budaya, agama dan bahasa. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan rakyat semua kaum berhak mempelajari bahasa ibunda, inilah situasi sebenar negara kita.  Tetapi, sepanjang masa ini, pihak berkuasa melaksanakan dasar pendidikan ekabahasa yang tidak sepadan dengan situasi negara kita. Perlaksanaan dasar ini memudaratkan perpaduan nasional dan pembinaan masyarakat yang harmoni.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, perlaksanaan “Pelan Pendidikan” ini jelas akan menjejaskan usaha pembinaan dan pembangunan sekolah-sekolah pelbagai aliran bahasa. Ini termasuk:

  1. Waktu belajar mata pelajaran Bahasa Malaysia darjah 4 ke atas di SJKC dan SJKT seluruh negara akan ditambah dari 180 minit ke 570 minit seminggu. Penambahan ini akan menyebabkan ketidakseimbangan struktur kurikulum dan sukatan pelajaran SJKC dan SJKT. Justeru, akan menyebabkan kehilangan sifat dan ciri-ciri pendidikan bahasa ibunda SJKC dan SJKT.

  2. Sekolah Menengah Persendirian Cina diketepikan daripada sistem pendidikan arus perdana. Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa menjawab di Dewan Rakyat baru-baru ini mengistiharkan bahawa Sekolah-Sekolah Menengah Persendirian Cina tidak dibenarkan tambah, ia hanya dibenarkan kekal pada 60 buah sahaja. Ini bermakna masa depan pembangunan Sekolah-Sekolah Menengah Persendirian Cina akan menjadi lebih sukar. Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina atau disebut sebagai UEC (United Examination Certificate) akan menghadapi halangan yang lebih besar untuk mendapat pengiktirafan kerajaan.

  3. Beratus-ratus sekolah agama rakyat seluruh negara juga dipinggirkan  tanpa mendapat peruntukkan pembangunan dan layanan adil dan saksama.

  4. Kedudukan Sekolah-Sekolah Menengah Conforming dan Sekolah-Sekolah Mubaligh semakin merosot. Janji-janji Kementerian Pelajaran terdahulu seperti sukatan mata pelajaran bahasa ibunda dan kuasa lembaga pengelola sekolah semakin sukar dipenuhi.


Pada 11 September 2012, Kementerian Pelajaran telah mengumumkan “Laporan Awal Pelan Pendidikan Pembangunan 2013-2025”. Pelan ini serta-merta mendapat perhatian dan menimbulkan kebimbangan dari semua lapisan masyarakat di seluruh negara. Pelan ini memberi gambaran mempunyai aspirasi meningkatkan kualiti pendidikan, memberi samaran untuk menaikkan tahap Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, sebenarnya, semua ini merupakan dalihan untuk terus melaksanakan dasar pendidikan ekabahasa “matlamat muktamad”. Perlaksanaan dasar ini teruk menceroboh hak asasi sekolah-sekolah aliran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil, ia teruk merosakkan sifat dan ciri-ciri pendidikan bahasa ibunda. Pelan ini tidak mengagihkan sumber negara dengan adil dan saksama, ia menafikan sumbangan sekolah-sekolah pelbagai aliran bahasa dalam pembangunan negara.

Di sini, kita meminta kepada kerajaan supaya meninggalkan perlaksanaan dasar pendidikan ekabahasa dan “matlamat muktamad” yang menghalang perpaduan rakyat, merangka semula “Pelan Pembangunan Pendidikan” untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang meliputi pelbagai aliran bahasa dan diterima baik oleh rakyat seluruh negara. Disamping memberi keutamaan kepada Bahasa Malaysia, juga memelihara dan memberi sokongan kepada pembangunan bahasa ibunda dan budaya semua etnik di negara kita.

Saya ingin tegaskan sekali lagi, banyak memorandum pendidikan telah kami sampaikan kepada pihak berkuasa sejak bertahun-tahun lagi, tetapi pihak berkuasa tetap tidak memberi perhatian. Maka, kita terpaksa menyuarakan hasrat rakyat melalui perhimpunan petisyen aman. Kita mengesa kerajaan supaya memenuhi hasrat rakyat, melaksanakan dasar pendidikan sekolah pelbagai aliran bahasa dan memastikan ianya terkandung dalam dasar pendidikan arus perdana, memberi layanan yang adil dan saksama serta memelihara sifat dan ciri-ciri pendidikan bahasa ibunda.

Sambutan dan penyertaan perhimpunan aman hari ini sungguh hangat. Saya jangka, di bawah tekanan kuat daripada orang ramai, Kementerian Pelajaran mungkin akan mengambil tindakan sama seperti yang lalu, mengumumkan beberapa janji manis atau memberi sedikit sambutan baik kepada sesetengah isu berbangkit supaya ia dapat menenangkan rasa tidak puas hati rakyat. Sebagai contoh, dalam isu permohonan Sekolah Menengah Persendirian Cina Kuantan, Kementerian Pelajaran memberi kelulusan membina sebuah “Sekolah Menengah Persendirian Kebangsaan” untuk mengantikan “Sekolah Menengah Persendirian Cina”. Ini terbukti sekali lagi pendirian Kementerian Pelajaran terus melaksanakan dasar pendidikan ekabahasa. Di sini, saya menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian supaya jangan berangan-angan, kita harus berwaspada, sentiasa memantau dan memberi perhatian terhadap tindakan pihak Kementerian Pelajaran, mengambil tindakan lanjut sekiranya perlu untuk mempertahankan dan memperjuangkan hak-hak dan kepentingan asas pendidikan bahasa ibunda.

Akhir sekali, saya bagi pihak Dong Zong bersyukur atas penyertaan dan sokongan tuan-tuan dan puan-puan sekalian, terutamanya begitu ramai wakil daripada pertubuhan masyarakt Cina dan pertubuhan berbilang kaum, institusi-institusi pendidikan, parti-parti politik yang mengambil bahagian dan memberi ucapan membolehkan perhimpunan hari ini diadakan dengan jayanya. Sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih dan penghormatan tertinggi kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Sekian, terima kasih.

Please publish modules in offcanvas position.