董总主席叶新田博士在“董总与吉兰丹伊斯兰党交流会”的讲词

日期:2014年4月7日(星期一)
时间:上午11时
地点:加影董总A401会议室



尊敬的全国伊斯兰党支持者大会堂顾问暨巴力文打区国会议员拿督姆加希尤索拉哇博士(YB Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa),
全国伊斯兰党支持者大会堂主席符芳侨先生,
吉兰丹州伊斯兰党支持者大会堂顾问利永坤先生,
吉兰丹州务大臣特别事务官刘清泉先生,
吉兰丹州政府新闻秘书处副主任莫哈末阿兹米(Hj Muhamad Azmi Bin Nor),
吉兰丹州新闻官暨哥打峇鲁市市议员谢铨莱先生,
彭亨州老友联谊会林裕先生,
董总和董联会的同道们,
大家好。

首先,董总欢迎伊斯兰党代表与吉兰丹州政府官员的莅访。

上个月,利永坤先生曾莅临访问董总,双方对当前华教课题进行了交流,包括教育部《2013-2025年教育大蓝图》带来的不利冲击,同时也谈到董总发动签名运动,收集100万人和3000个团体签名,维护各源流学校和母语教育,要求中央政府修正《教育大蓝图》的不利政策和措施。利永坤先生也有提到伊斯兰党支持母语教育的政策。董总呼吁伊斯兰党和吉兰丹州政府,协助推动上述签名运动。

当时,双方也讨论了董总组团到吉兰丹州进行访问,与州务大臣拿督阿末耶谷和伊斯兰党精神领袖拿督聂阿兹会面交流。此外也安排一些交流会或讲座会,包括董总代表团与吉兰丹伊斯兰基金会交流会,董总与吉兰丹华社交流会,以及一场关于母语教育的跨族群讲座会。

今天,董总将与各位贵宾进一步讨论到丹州访问的事宜。我们希望今天的交流会,能对上述访问作出充分的筹备,使访问活动顺利和成功举行。

谢谢。

 


 

Ucapan Dr. Yap Sin Tian, Pengerusi Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong)


Tarikh: 7 April 2014 (Isnin)
Masa: 11 Pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat A401, Pejabat Dong Zong, Kajang, Selangor



Yang Berhormat Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, Penasihat Dewan Himpunan Penyokong PAS Malaysia dan Ahli Parlimen Parit Buntar,
Encik Hu Pang Chaw, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Malaysia,
Encik Lee Weng Chun, Penasihat Dewan Himpunan Penyokong PAS Kelantan,
Encik Lau Chin Chuan, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Kelantan
Encik Haji Muhamad Azmi Bin Nor, Timbalan Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan,
Encik Chia Chuan Lay, Pegawai Penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan dan Ahli Majlis Perbandaran Kota Bahru,
Encik林裕, Pengerusi Persatuan Kawan Karib Negeri Pahang,
Rakan-rakan daripada Dong Zong dan persatuan lembaga pengurus sekolah Cina negeri

Pertama sekali, Dong Zong mengalu-alukan kedatangan dan lawatan wakil-wakil PAS dan pegawai-pegawai Kerajaan Kelantan ke Dong Zong.

Pada bulan lepas, saudara Lee Weng Chun pernah datang berbincang dengan Dong Zong berkenaan isu-isu pendidikan bahasa ibunda Cina, terutamanya impak negatif daripada Pelan Pendidikan 2013-2025. Selain itu, kita juga berbincang tentang kempen tandatangan yang dilancarkan oleh Dong Zong bagi mengumpul tandatangan daripada 1 juta orang dan 3 ribu pertubuhan untuk mempertahankan pendidikan bahasa ibunda dan semua aliran sekolah, dan menyeru kerajaan pusat memperbetulkan semua dasar dan langkah yang tidak kondusif di dalam Pelan Pendidikan tersebut.

Saudara Lee Weng Chun turut memberitahu kami berkenaan dasar PAS yang menyokong pendidikan bahasa ibunda. Dong Zong berharap PAS dan kerajaan Negeri Kelantan membantu menggerakkan kempen tandatangan tersebut.

Pada hari itu, kedua-dua pihak juga berbincang tentang cadangan lawatan Dong Zong ke Negeri Kelantan. Lawatan tersebut bercadang mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selain itu, cadangan aktiviti lain termasuk lawatan Dong Zong ke Yayasan Islam Kelantan, perjumpaan dengan masyarakat Cina Kelantan dan satu seminar pendidikan bahasa ibunda yang akan menjemput kehadiran pelbagai kumpulan etnik.

Pada hari ini, kita akan membincangkan selanjutnya lawatan Dong Zong ke Negeri Kelantan. Dong Zong berharap perbincangan hari ini dapat membuat persediaan yang rapi supaya lawatan tersebut berjalan dengan lancar dan berjaya.

Sekian, terima kasih.