马来西亚华人穆斯林协会举办的“跨族共庆佳节,共创和谐社会”春节联谊会

董总常委兼森美兰州董联会主席苏祖池在马来西亚华人穆斯林协会举办的“跨族共庆佳节,共创和谐社会”春节联谊会上的讲话。

日期:2013年2月24日(星期日)
时间:上午10时嘉宾莅临,11时贵宾致词
地点:雪兰莪州梳邦再也子文华小华民礼堂

首先,董总非常感谢马来西亚华人穆斯林协会,邀请出席今天的“跨族共庆佳节,共创和谐社会”春节联谊会,与各位欢庆新春佳节,加强交流和友情。在此良辰美景,我谨此代表董总同仁,恭祝各位合家安康,新年进步,万事如意!

董总是一个维护与发展华文教育的全国性民间教育组织,由各州华校董事会联合会或董事教师联合会组成。华校董事会长期不断向社会人士筹募捐款和土地,以发展华校,照顾孩子的教育和前途。

长期以来,我国华文学校面对的师资、拨款和学校短缺等问题至今都没有获得解决,甚至还面对学校媒介语被改变的生存危机。教育部去年公布的《2013—2025年教育发展大蓝图》初步报告,不利于华小、淡小和华文独中等学校的生存与发展,引起民间极大担忧和反对。我们已就此提呈备忘录促请政府解决有关问题。

当前,我们向政府提出以下3项需要迫切解决的教育课题:

  1. 全面承认华文独中统考文凭;
  2. 在新山、昔加末、八打灵再也、蒲种,以分校形式增建华文独中,尤其因为从2005年至今,全国华文独中学生激增2万2953人或43%,即从5万3402人增至7万6355人;去年有近7千名学生挤不进华文独中升学,今年问题更严重,超过一万人望门兴叹。
  3. 搁置和检讨《2013—2025年教育发展大蓝图》。


我们支持保存与发展各源流学校,支持各民族和平共处及团结友爱。事实上,各源流学校、是国家的宝贵资产和优势,促进了我国多元文化社会的和谐、繁荣与进步。政府应公平合理对待各源流学校以及各民族语文和文化的传承与发展。

最后,我祝贺今天的春节联谊会活动成功举行,祝愿在新的一年,大家生活美满快乐,希望双方能够进一步加强联系,为建设美好的社会作出贡献。谢谢!

 

 


 

TEKS UCAPAN ENCIK SOH TI, WAKIL DONG ZONG MERANGKAP PENGERUSI PERSATUAN LEMBAGA PENGURUS SEKOLAH CINA NEGERI SEMBILAN DI MAJLIS PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2013 “KE ARAH MASYARAKAT YANG HARMONI” ANJURAN PERSATUAN CINA MUSLIM MALAYSIA.

Tarikh    : 24 Februari 2013
Masa    : 11 Pagi
Tempat: Dewan Hwa Beng, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chee Wen,
Persiaran Subang Mewah, Taman Subang Mewah, USJ1,
Subang Jaya, Negeri Selangor.

Selamat pagi dan salam sejahtera kepada saudara-saudari sekalian,

Pertama sekali saya bagi pihak Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan yang tinggi kepada Persatuan Cina Muslim Malaysia atas jemputan ke Majlis Perayaan Tahun Baru Cina pagi ini. Usaha ini membolehkan kita menikmati satu perayaan yang bermakna dan istimewa kerana dapat bertukar pendapat dan mempereratkan tali persaudaraan di antara kita.

Di sini, Dong Zong mengucapkan salam persahabatan yang mesra kepada saudara-saudari dan semoga saudara-saudari dan sekeluarga sentiasa berada dalam keadaan yang sihat sejahtera dan maju jaya dalam kehidupan sepanjang masa.

Saudara-saudari sekalian,

Dong Zong adalah satu persatuan pendidikan masyarakat yang berperanan memelihara dan membangunkan pendidikan sekolah aliran bahasa Cina. Ahli-ahli Dong Zong terdiri daripada persatuan lembaga pengurus sekolah Cina di setiap negeri termasuk wilayah persekutuan.

Sepanjang masa ini, pihak lembaga pengurus di setiap sekolah Cina perlu mendapatkan kutipan derma wang dan tanah daripada orang ramai demi pembangunan sekolah, pendidikan dan masa depan anak-anak.

Ini adalah kerana masalah-masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah Cina selama ini, khasnya masalah kekurangan sekolah, guru dan peruntukan pembangunan masih tidak diselesaikan, malah wujudnya juga tindakan yang cuba menukar bahasa pengantar sekolah Cina dan ini merupakan satu krisis survival yang serius kepada pendidikan bahasa ibunda.

Selain itu, Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang diumumkan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun lepas akan mendatangkan kesan-kesan negatif kepada survival dan pembangunan sekolah rendah Cina dan Tamil, sekolah menengah persendirian Cina dan sekolah-sekolah lain. Pelan pembangunan pendidikan tersebut telah menimbulkan kebimbangan dan bantahan kuat dalam masyarakat negara kita. Sehubungan itu, Dong Zong telah mengemukakan memorandum dan menyeru kerajaan menyelesaikan masalah-masalah pelan pembangunan pendidikan tersebut.

Baru-baru ini, Dong Zong telah mengemukakan tiga isu yang perlu diselesaikan dengan segera kepada kerajaan, iaitu:

Yang pertama, mengiktiraf sepenuhnya Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination Certificate, UEC) Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina.

Yang kedua, meluluskan penubuhan cawangan-cawangan Sekolah Menengah Persendirian Cina di Johor Bahru, Segamat, Petaling Jaya dan Puchong.

Yang ketiga, menangguh dan mengkaji semula Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Kami menyokong usaha-usaha untuk mengekalkan dan membangunkan pelbagai aliran sekolah yang mengguna bahasa pengantar masing-masing. Kami juga menyokong usaha-usaha yang menggalak kehidupan harmoni, perpaduan dan persaudaraan antara kaum.

Pada hakikatnya, kepelbagaian aliran sekolah adalah aset dan kelebihan kepada negara kita. Ia telah banyak menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang harmoni serta kemakmuran dan kemajuan negara kita. Dong Zong berpendapat, kerajaan harus memberi layanan yang adil dan saksama untuk mengekalkan dan membangunkan semua aliran sekolah, bahasa dan budaya semua kaum di negara kita.

Akhirnya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya mengadakan majlis perayaan Tahun Baru Cina ini. Saya berharap kita semua menikmati kehidupan yang baik dan dapat meningkatkan lagi hubungan untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang baik dan indah di negara kita tercinta ini.

Sekian, terima kasih.

Please publish modules in offcanvas position.