董总主席叶新田博士在7•28华团大会的讲词

尊敬的各华团代表,
尊敬的各政党、各源流教育团体的代表,
在座的热爱和关心华教的人士,
大家好。


在民族母语教育面临《2013-2025年教育大蓝图初步报告》不利于母语教育发展政策的压迫和挑战的重要时刻,董总召集今天的华团大会,目的在于吁请全国人民,提高警惕,加强团结,同心同德,奋起抗争,以维护民族教育的基本权益。

我们接受母语教育的权益,绝不允许被无理剥夺!
我们要当局听到和正视我们的正义诉求!
我们要联合国人权委员会,联合国教科文组织关注我们的处境!

各位,
今天大会,获得了大家热烈响应和支持,全场爆满。根据统计,接受邀请参与本大会的团体已超过854个,其中具有全国总会性质的华团共有43个。这给了我们极大的鼓舞和激励,我谨此代表主办当局向在座的和不在座的朋友们、同道们,表示衷心的感谢。

同时,由于我们的母语教育诉求的正当性和正义性,我们获得来自一些政党和各母语源流教育团体的同情和支持,他们也派出代表到来声援我们,我们在此用热烈的掌声,对他们表示感谢和欢迎。

各位,
我国是一个多元民族、多元文化、多种语文和多种宗教的国家。华文教育在我国生根和发展,已经有近二百年的历史。它走过了曲折和艰苦奋斗的历程,它为国家的独立和文明建设作出了卓越的贡献。当代是一个亚洲的时代,我国是世界上东西方文明的交汇点,各民族语文是我国与国外接轨的桥梁。各源流学校是我国的宝贵的财富和优势。歧视和排斥我国任何一个民族的语言和文化,是一个严重的错误。


博大精深的中华文化,提倡有容乃大和中庸的精神,可以海纳百川,因此华族长期以来可以和各民族融洽相处,互相尊重、互相扶持、互相学习,共同进步。因为这点,从1920年开始,华文教育就曾经饱受英殖民统治者同化政策和奴化教育的压迫和钳制,直至1951年的巴恩教育报告书仍然提出以国民学校来取代方言学校的主张,但都不能得逞。

因为华文教育内在的特点和优势,在华教先贤的领导下,在华社广大民众的支持下,而能够坚持下来。

独立后迄今,由于狭隘的民族主义偏见,多种文化和多种语言的存在被认为是所谓“国民团结”的绊脚石,因此,华文教育始终摆不脱官方主流教育思想和政策所提倡的那套单元主义教育政策,以“一种语文,一种源流学校”为“最终目标”的威胁和干扰。政府为了打造国民学校为首选学校的目标,把华、印裔等家长让孩子接受母语教育,视为“不健康的现象”。这违反我国宪法第152条让各族人民自由使用、教授和学习母语的权利。

去年9月,教育部提出的《2013-2025年教育大蓝图初步报告》就是继承和延续这种单元主义教育政策。甚至它变本加厉,变得更加凶猛、肆无忌惮。它规定儿童的学前教育必须根据单元主义政策的国家课程纲要,其教学媒介语是国语,这违反了让家长为子女在小学自由选择就读何种源流学校的权益。

我国教育政策的偏颇,使我国学生在国际学生能力评估(PISA)中处于低下水平。此外,教育部通过教育大蓝图和小学课程标准(KSSR),蓄意要在华小和淡小国文科实行与国民小学同等水平课程和评估考试,为此而大幅度增加华小国文科授课时间,这完全违反了初级阶段的教育原理和规律,漠视各族母语教育的权利。

我们尊重国语的地位,重视国语的学习。我们认为应该根据华小的实际情况,改善华小的国文科课程、教学法、教材和师资,以符合华小的本质和需要,达到最好的教学效果,提高华小学生的国文水平。

华文独中完全被教育部排斥在国家教育源流之外。政府仍不承认华文独中统考文凭,没有拨款给华文独中。增建华文独中非常困难获得批准,由于学额有限,以致于每年都有上万名学生报读无门。

华校的保姆董事部的主权,继续被剥夺及边缘化的问题,依然没有获得解决,这是非常不合理及不公正的。

各位,
2011年10月,教育部着手草拟《2013-2025年教育大蓝图》,当局邀请了好几位国际的学者及本地教育专家参与草拟。教育部特地成立一个有12位学者组成专案小组(Project Task Force)及有11位学者组成作业管理部门(Project Management Office),上述成员几乎清一色是由单一民族(除了一名华裔回教徒外)组成。一个面向全民的教育大蓝图居然没有其他源流、民族和宗教人士参与,能否草拟出公平、合理与民主的教育政策?一开始,就已经足以引起怀疑。当今,已经有许多公正的学者的研究,指出了《2013-2025年教育大蓝图初步报告》明显地不了解华小和淡小、华文独中、国民型中学、人民宗教学校和教会学校所面对的困境和它们的愿望,忽视和漠视它们的合理要求。我们会有学者和关心我国人民教育前途的社团代表,上来和大家分享他们的看法和建议。

我们今天是在行使公民的义务和权利,为了国家的利益和人民的幸福,为了我们子子孙孙的前途,我们必须打破缄默,发出我们的心声。我希望当局能够以民为本,废弃单元主义教育政策,修正《2013-2025年教育大蓝图》内不利于母语教育的政策和措施,这是广大人民所乐于见到的事情。但是,假如当局罔顾民意,一意孤行,我们已经决定将进行一些必要的后续行动:

1.    我们已发动个人与团体的签名运动,包括网上签名运动。
2.    我们将到各州各地进行汇报。
3.    我们将向联合国人权委员会、联合国教科文组织提出申诉。

我们谨此郑重誓言,我们将坚决抗争,直到《2013-2025年教育大蓝图》内不利于母语教育的政策和措施,被全面检讨和修正为止。

各民族母语教育权益平等万岁!
各族人民大团结万岁!

谢谢。

 


 

Persidangan Kebangsaan Persatuan-Persatuan Cina Malaysia 728

Bantahan Terhadap Dasar-Dasar Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 Yang Tidak Kondusif Kepada Pembangunan Pendidikan Bahasa Ibunda

Ucapan Dr. Yap Sin Tian, Pengerusi Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong)

Tarikh: 28 Julai 2013 (Ahad)
Masa: 11 Pagi
Tempat: Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Kwo, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.


Pertama sekali, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada para hadirin yang saya hormati sekalian. Persidangan hari ini dihadiri oleh para perwakilan kehormat dari persatuan-persatuan Cina, parti-parti politik, pertubuhan-pertubuhan pendidikan dari pelbagai aliran sekolah serta rakyat yang mencintai pendidikan bahasa ibunda dari seluruh negara.

Saudara-saudari yang saya hormati sekalian,

Laporan Awal Pelan Pendidikan 2013-2025 yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan masih meneruskan perlaksanaan dasar-dasar yang tidak kondusif kepada pembangunan pendidikan bahasa ibunda.

Pada saat yang penting ini, Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia iaitu Dong Zong menganjurkan persidangan ini untuk menyeru rakyat berwaspada terhadap ancaman dan cabaran daripada Pelan Pendidikan tersebut, bersatu padu dan berjuang demi hak-hak dan kepentingan pendidikan bahasa ibunda dan setiap aliran sekolah di negara kita.

Persidangan ini menegaskan bahawa:

1.    Hak rakyat untuk menerima pendidikan bahasa ibunda tidak boleh dirampas, disamping mementingkan pembelajaran Bahasa Kebangsaan.
2.    Kerajaan perlu mendengar dan memandang serius terhadap permintaan kita.
3.    Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (Unesco) PBB perlu memberi perhatian terhadap keadaan yang kita hadapi.

Saudara-saudari yang saya hormati sekalian,

Persidangan hari ini mendapat respon baik dan sokongan kuat daripada pelbagai pihak. Mengikut perangkaan, lebih daripada 854 buah pertubuhan, termasuk 43 buah pertubuhan di peringkat kebangsaan telah menjawab dengan rasminya untuk mengambil bahagian dalam persidangan hari ini.

Permintaan dan suara hati kita telah mendapat sokongan dan simpati daripada pelbagai parti politik dan pertubuhan-pertubuhan masyarakat dan pendidikan. Saya mewakili pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyokong dan kawan-kawan yang telah hadir atau tidak dapat hadir di persidangan ini.

Saudara-saudari yang saya hormati sekalian,

Negara kita ialah sebuah negara yang berbilang kaum, budaya, agama dan bahasa. Pendidikan bahasa ibunda Cina telah berakar dan membangun di tanah air kita hampir 200 tahun. Ia telah melalui jalan yang amat sukar dan berliku-liku dalam perjuangannya. Ia juga menyumbang jasa yang cemerlang kepada kemerdekaan dan pembangunan tamadun negara kita.

Pembangunan zaman ini semakin beralih ke zaman Asia. Negara kita merupakan tempat pertemuan tamadun Timur dan Barat. Bahasa-bahasa yang digunakan oleh rakyat negara kita merupakan jambatan untuk berhubung dengan negara-negara lain. Setiap aliran sekolah merupakan aset dan kelebihan negara kita. Segala diskriminasi dan peminggiran terhadap bahasa dan budaya setiap kaum di negara kita merupakan satu kesalahan yang serius.

Tamadun Tionghua kaya dengan semangat kesederhaan dan toleransi. Oleh itu, sepanjang masa ini masyarakat Cina boleh hidup aman-damai, hormat-menghormati, tolong-menolong, saling belajar dan maju bersama-sama dengan pelbagai kaum.

Akan tetapi, pendidikan bahasa ibunda Cina menghadapi penindasan dan halangan daripada pihak penjajah British sejak tahun 1920-an. Laporan Barnes yang dikemukakan pada tahun 1951 pula mahu menghapuskan sekolah-sekolah Cina dan Tamil untuk digantikan dengan Sekolah Kebangsaan. Walau bagaimanapun, matlamat tersebut tidak berjaya dicapai.

Atas ciri-ciri dan kelebihan pendidikan bahasa ibunda Cina dan sokongan kuat masyarakat Cina sepanjang masa ini, sekolah-sekolah Cina masih dapat dikekalkan.

Sejak kemerdekaan negara kita hingga hari ini, masih terdapat orang yang berfikiran perkauman sempit melihat kepelbagaian budaya dan bahasa di negara kita sebagai halangan kepada perpaduan rakyat. Oleh itu, pendidikan sekolah aliran Cina dan Tamil masih manghadapi ancaman dan gangguan daripada dasar satu aliran sekolah yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama bagi semua ibu bapa, pihak kerajaan melihat usaha ibu bapa masyarakat Cina dan India menghantar anak-anak mereka mendapatkan pendidikan bahasa ibunda sebagai satu keadaan yang kononya “tidak sihat”. Ini bertentangan dengan peruntukan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan negara kita yang menjamin hak-hak rakyat setiap kaum mengguna, mengajar dan belajar bahasa ibunda mereka secara bebas.


Laporan Awal Pelan Pendidikan 2013-2025 yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan pada bulan September 2012 masih meneruskan perlaksanaan dasar satu aliran sekolah. Keadaannya menjadi lebih teruk dan serius. Ia juga menetapkan pendidikan prasekolah menggunakan kurikulum kebangsaan, bahasa pengantar adalah Bahasa Kebangsaan. Ini bertentangan dengan hak-hak ibu bapa memilih jenis sekolah rendah secara bebas untuk pendidikan anak-anak mereka.

Dasar pendidikan yang berat sebelah menyebabkan pendidikan negara kita berada pada tahap yang rendah dalam penilaian PISA (Program for International Student Assessment) atau Program Penilaian Pelajar Internasional.

Selain itu, Kementerian Pendidikan melalui Pelan Pendidikan 2013-2025 dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ingin melaksanakan kurikulum dan peperiksaan mata pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan di Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, seterusnya menambah banyak masa pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia. Ini tidak menepati prinsip-prinsip pembelajaran dan pengajaran, dan mengabaikan hak-hak pendidikan bahasa ibunda.

Kami menghormati kedudukan Bahasa Kebangsaan dan mementingkan pembelajaran Bahasa Kebangsaan. Kami berpendapat, usaha untuk meningkatkan tahap penguasaan mata pelajaran Bahasa Malaysia seharusnya berasaskan kepada keadaan sebenar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Ini termasuk memperbaiki kurikulum, buku teks, kaedah pengajaran dan pembelajaran, dan latihan guru mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk memenuhi keperluan dan ciri-ciri SJKC supaya mencapai keberkesanan pembelajaran yang paling baik bagi meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Malaysia di kalangan murid-murid SJKC.

Kementerian Pendidikan masih mengabaikan Sekolah Menengah Persendirian Cina. Kerajaan masih tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina (Unified Examnination Certificate, UEC). Sekolah-sekolah ini tidak mendapat peruntukan daripada kerajaan dan sukar mendapat kelulusan penubuhan sekolah yang baru. Setiap tahun terdapat hampir 10 ribu orang pelajar tidak dapat masuk ke sekolah-sekolah ini akibat kekurangan tempat belajar.

Pihak lembaga pengelola sekolah merupakan pelindung kepada sekolah-sekolah Cina. Akan tetapi, Kementerian Pendidikan selama ini meminggirkan dan merampas kuasa lembaga pengelola sekolah Cina. Masalah tersebut masih tidak diselesaikan, ini amat tidak munasabah dan tidak adil.

Saudara-saudari yang saya hormati sekalian,

Kementerian Pendidikan telah menjemput beberapa pakar luar negara dan dalam negara untuk menggubal Pelan Pendidikan 2013-2025. Pihak kementerian juga menubuh pasukan petugas projek yang mempunyai 12 anggota dan pejabat pengurusan projek yang dianggotai oleh 11 orang akademik. Mereka hanya terdiri daripada satu kaum sahaja kecuali seorang Cina Muslim. Penggubalan pelan pendidikan tersebut tidak melibatkan penyertaan orang daripada aliran pendidikan, agama dan kaum yang lain. Oleh itu, adakah ia dapat mengadakan dasar-dasar pendidikan yang adil, munasabah dan demokratik? Ini menimbulkan keraguan orang ramai. Kini terdapat beberapa orang akademik dalam kajiannya menunjukkan dengan jelas bahawa Pelan Pendidikan 2013-2025 tidak memahami masalah dan aspirasi sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah menengah persendirian Cina, sekolah menengah Conforming, sekolah agama rakyat dan sekolah mubaligh, termasuk mengabaikan keperluan sekolah-sekolah tersebut. Sebentar lagi, beberapa orang ahli akademik dan wakil pertubuhan masyarakat akan mengkongsi pandangan dan cadangan mereka berkenaan perkara tersebut bersama kita.

Saudara-saudari yang saya hormati sekalian,

Hari ini, kita melaksanakan hak dan tanggungjawab selaku seorang rakyat. Demi kepentingan negara, kebahagiaan rakyat dan masa depan anak-anak, kita tidak boleh berdiam diri dan mesti meluahkan suara hati kita. Saya berharap pihak kerajaan boleh mengutamakan rakyat dengan memansuhkan dasar satu aliran sekolah dan memperbetulkan semua dasar dan perlaksanaan yang tidak kondusif kepada pembangunan pendidikan bahasa ibunda bagi memenuhi harapan rakyat.

Sekiranya Kementerian Pendidikan masih mengabaikan suara hati rakyat dan berkeras melaksanakan Pelan Pendidikan, maka kita akan mengambil beberapa tindakan susulan berikut:

1.    Melancarkan kempen mengumpul tandatangan sokongan individu dan pertubuhan, termasuk melalui saluran internet.
2.    Mengadakan ceramah di seluruh pelusuk negara.
3.    Membuat aduan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (Unesco) PBB.

Kita berikrar akan meneruskan perjuangan sehingga semua dasar dan perlaksanaan yang tidak kondusif kepada pembangunan pendidikan bahasa ibunda dalam Pelan Pendidikan 2013-2025 disemak semula dan diperbetulkan sepenuhnya.

Hidup Pendidikan Bahasa Ibunda!
Hidup Rakyat, Hidup Perpaduan!

Sekian, terima kasih.