董总主席叶新田在吉打华校董联会第57周年会庆晚宴暨第一届华文独中中华民族舞蹈观摩赛上致词

日期:2013年11月15日(星期五)
时间:7.30 pm
地点:双溪大年新民独中大礼堂


尊敬的,
吉打州务大臣拿督慕克里兹阁下,
吉打州各位YB国会议员、州议员,
大会主席陈国辉局绅,
工委会主席庄俊隆先生,
吉打华校董联会各位理事,
各位华教同道,各位嘉宾,
各位老师和同学,
大家晚上好。

今晚上是吉打华校董联会双喜临门的日子,一是吉打华校董联会创会57周年纪念联欢晚宴,二是由董总主催,吉打董联会主办,双溪大年新民独中协办,有16所独中,289人参赛的第一届华文独中中华民族舞蹈观摩赛成功举行,这个场面原本已经足够热烈、壮观和欢乐的了,但是,大家感到惊喜的是,我们的晚会获得了尊贵的吉打州务大臣拿督慕克力里的垂注和祝福,率领了一众国州议员到来出席,让这个晚会锦上添花,洋溢着温馨和的氛围。我们感谢他们的到来。感谢他们对华教的关注,俗话说的好,有所认识,才会有所爱。(Tak kenal,tak cinta),实际上,经过了解,就会明白,它要求的是公平合理的待遇,。与此同时,我们尊重国语的地位,重视国语的学习。我希望今后会出现更多交往和交流,增进互相了解。

各位
吉打董联会是一支坚强的华教队伍,始终和董总各属会一起,坚持华教原则,坚持团结,为推动吉打州的华教运动,孜孜不倦的工作,为我国华教的前途殚精竭虑,风雨兼程。吉打董联会的卓越表现,获得了董总各属会同仁的认同和赏识。在吉打华校董联会57周年纪念的重大日子里,我谨此代表董总,向吉打华校董联会的理事们致以节日的祝贺,祝愿他们百尺竿头,更进一步;向在座的各位致以亲切的问候,但愿人长久,千里共婵娟。

各位,
在吉打董联会主办当局的积极配合和协助下,董总所主催的第一届全国华文独中中华民族舞蹈观摩赛,在今晚获得成功地举行。董总非常重视这一次赛会的经验,我们希望在推广同学们学习民族舞蹈活动上各校在日后能够加大力度。我相信舞蹈学员们会从中培养出一种高尚的审美观,不断地提升个人的道德涵养,在群体主义的精神下,充分发挥个性的积极性和主动性,我相信,华文独中的舞蹈活动将会蓬勃发展起来。

今晚是一个愉快的夜晚,它让我留下了美好的记忆。
谢谢。

 


 

 

Teks Ucapan Pengerusi Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Dr. Yap Sin Tian di Majlis Makan Malam Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah-sekolah Cina Kedah sempena Ulang Tahun ke-57 dan Pertandingan Tarian Tradisional Cina Antara Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina Kali Pertama

Tarikh: 15 November 2013 (Jumaat)
Masa: 7.30 malam
Tempat: Dewan Sekolah Menengah Sin Min, Sungai Petani


Yang Dihormati,
Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir,
Yang Berhormat Ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Kedah,
Pengerusi Majlis Tan Kok Hooi JP,
Pengerusi Jawatankuasa Majlis Encik Ch’ng Chuwn Leong,
Ahli-ahli Jawatankuasa Lembaga Pengurus Sekolah-sekoalah Cina Kedah,
Semua rakan kerja Pendidikan Cina dan para tetamu,
Guru-guru dan murid sekalian,
Salam sejahtera dan selamat malam.

Berkumpulnya kita di sini pada malam ini adalah untuk menjadi saksi kepada sebuah majlis yang penuh makna dan menggembirakan bagi Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah-sekolah Cina Kedah kerana hari ini merupakan Majlis Malam Ulang Tahun Ke-57 mereka dan Pertandingan Tarian Tradisional Cina antara Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina. Pertandingan Tarian Tradisional Cina ini dianjurkan oleh Dong Zong menerusi usahasama Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah-sekolah Cina Kedah dan sokongan padu daripada Sekolah Menengah Sin Min. Pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini disertai oleh 16 buah Sekolah Menengah Persendirian Cina dan melibatkan sejumlah 289 orang pelajar.

Malam yang meriah dan menggembirakan ini bertambah ceria dengan kehadiran Yang Berhormat Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz bersama ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Kedatangan mereka menyerikan lagi suasana majlis pada malam ini. Sesungguhnya, kami amat berterima kasih atas kehadiran para tetamu kehormat dan perhatian yang diberikan terhadap pendidikan Cina.

Bak kata pepatah Melayu “Tak kenal maka tak cinta”. Sebenarnya, selepas mendalami sesuatu bahasa dan budayanya, saudara atau saudari akan menyedari betapa mesranya nilai-nilai pendidikan Cina yang mengharapkan layanan yang adil dan saksama. Pada masa yang sama, kami menghormati kedudukan Bahasa Kebangsaan dan mementingkan pembelajaran Bahasa Kebangsaan.

Kami juga berharap lebih banyak interaksi dan sesi bertukar-tukar fikiran akan diadakan demi memupuk persefahaman di antara semua pihak pada masa akan datang.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah-sekolah Cina Kedah merupakan satu persatuan yang giat bekerjasama dengan Dong Zong dan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah-sekolah Cina di negeri-negeri lain demi membangunkan dan mempertahankan pendidikan Cina, dan mengutamakan perpaduan serta memajukan aktiviti-aktiviti berasaskan pendidikan Cina di negeri terbabit. Prestasi cemerlang Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah-sekolah Cina Kedah telah diketahui umum dan turut dihargai oleh ahli-ahli Dong Zong serta persatuan-persatuan yang berkaitan. Sempena ulang tahun ke-57 Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah-sekolah Cina Kedah, saya bagi pihak Dong Zong ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada mereka dan semoga segala usaha mereka akan beroleh kejayaan. Bagi tuan-tuan dan puan puan pula, semoga kita akan terus sihat sejahtera.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Menerusi bantuan dan sokongan padu daripada pihak Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah-sekolah Cina Kedah, maka Pertandingan Tarian Tradisional Cina antara Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina anjuran Dong Zong yang diadakan buat kali pertama ini telah berjalan dengan lancarnya. Dong Zong amat mengutamakan pengalaman yang diperoleh daripada pertandingan tersebut. Kami berharap penganjuran pertandingan ini dapat menggalakkan penglibatan lebih ramai pelajar dalam aktiviti-aktiviti tarian tradisional. Saya percaya usaha ini akan membantu membentuk generasi yang kaya dengan nilai-nilai estetik dan mempertingkatkan aspek moral seseorang menerusi tarian. Dalam kelompok masyarakat yang mendukung fahaman kolektif atau kolektivisme, tarian akan menggalakkan seseorang untuk terus aktif dan berinisiatif. Saya percaya pada suatu hari nanti, aktiviti-aktiviti tarian di Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina akan bertambah maju.

Bagi saya, malam ini sememangnya amat menyeronokkan kerana ia meninggalkan satu memori indah dan penuh makna untuk kita semua.

Sekian, terima kasih.