2013年(癸巳年)春节团拜暨新春庙会

总主席叶新田博士在“2013年(癸巳年)春节团拜暨新春庙会”上致词

日期:2013年2月17日(星期日)
时间:10.00a.m.—3.00p.m.
地点:雪兰莪州加影董教总教育中心草场


尊贵的首相拿督斯里纳吉阁下,
尊贵的中国驻马来西亚大使拿督柴玺阁下,
尊贵的新加坡驻马来西亚最高专员王景荣阁下及夫人,
尊贵的驻马来西亚台北经济文化办事处罗由中代表,
诸位尊敬的部长、国会议员、州议员,请恕我不能一一称呼,
尊敬的淡米尔语、马来语民间教育团体代表,教会学校代表,来自各地的华教同道,
各位社团的领导,嘉宾,朋友们,
以及在场的各族同胞,
报界的朋友们,
大家早上好。

今天,我们非常荣幸地获得我国尊贵的首相和夫人,各国使节,各位党国领袖以及各位嘉宾贵客,到来这个华教基地——加影董教总教育中心,出席由董总主办,教总、独立大学有限公司、雪兰莪乌鲁冷岳华团联合会、董教总教育中心(非营利)有限公司、各州华校董联会以及董教总新纪元学院联办的第三届新春团拜盛会。“有朋自远方来,不亦乐乎”。我谨此代表联办单位致以衷心的谢忱,让我们以热烈的掌声表示欢迎首相伉俪以及各位贵宾的到来。


各位,
董总成立迄今58年,拿督斯里纳吉首相是有史以来的第一位到来出席的首相。这是一次“破冰迎新之旅”。我们非常珍惜首相出席的善意,这是具有特殊意义的事情。它反映了首相与我国华教团体的互动,相信它有助于加强政府与民间教育团体之间,特别是华教界的互动与沟通。我们衷心地感谢首相能够来到这里,亲自看一看,亲身体验华教同道们对母语教育和中华文化以及对国家的热爱和关怀,以及对建设国家及华教所曾经付出的努力。

正如马来谚语所说的:“经过相识,才会产生爱”(“Tak kenal maka tak cinta”),对于国家决策者来说,了解华教的办学宗旨和办学理念,了解它的历史和实际情况,是非常重要的。我希望首相此行,将立下一个范例,将在今后带动更多的政府教育机关的各级负责官员,加强与我国华教团体的互动与沟通,这肯定会带来积极的作用和效果。

各位,
《1957年教育法令》第3条提出,“建立一个为全体人民所接受的国民教育体系,满足他们的需求和促进他们的文化、社会、经济以及政治发展,其目的在于使马来语成为国语,同时也维护和扶持我国非马来人语文和文化的发展”。这个政策思想基本上符合于当前我国多元民族、多元教育的实情。

我们希望首相拿督斯里纳吉能够依据上述条款精神,采取多元团结的政策,解决当前华文教育特别是下列三项迫切的课题,即:

 

  1. 全面承认华文独中统考文凭;
  2. 批准在柔佛州新山、昔加末、雪兰莪州八打灵再也和蒲种四个地区设立华文独中分校;
  3. 搁置和检讨《2013—2025年教育发展大蓝图初步报告》。


有关上述课题,董总及华团在此之前曾经以各种方式明确表达了他们的看法,我们也在2012年12月间致函首相,期待首相拿督斯里纳吉能给华社带来好消息。

各位,
基于我们一贯坚持“超越政党,不超越政治”的立场,我们也希望朝野各政党将平等对待各民族源流教育的政策以及把华教的基本要求纳入其党纲和竞选宣言中。

正如我们在今年的春联中所表达的,在这个一元复始,万象回春的佳节里,我们冀望首相能以江山社稷之厚德,通过开明政策,惠及各族人民。对于华人社会来说,春节寓意深长,是乐观和积极进取的象征,它承载着华人社会传统的伦理理念和价值观。因此,我们希望在今天的新春团拜会上,在座的各位能够互相营造并且让其他的人也能真正感受到这种春节的精神。

在今天这个盛会上,我们备有各种简单的荤食、素食以及伊斯兰餐和饮料,请大家尽情享用。同时我们也安排了各种华族民俗艺术以及各民族的文化表演,让大家度过一个愉快而难忘的新春佳节。假如有招呼不周的地方,敬请原谅。

谢谢。

 



Teks Ucapan Dr. Yap Sin Tian, Pengerusi Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah China Malaysia (Dong Zong) Di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2013 Yang Diadakan Pada 17 Februari 2013 Di Pusat Pengajian Tinggi Dong Jiao Zong, Kajang Selangor.


Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia

Tuan Yang Terutama Datuk Chai Xi
Duta Besar China ke Malaysia

Tuan Yang Terutama Ong Keng Yong
Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia
dan Isteri

Tuan Yang Terutama Lo Yu-chung
Wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia

Yang Berhormat Menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri

Wakil-wakil pertubuhan pendidikan aliran bahasa Tamil, Melayu, Cina dan sekolah mubaligh

Wakil-wakil pertubuhan masyarakat, tetamu-tetamu kehormat dan rakan-rakan

Saudara-saudari daripada semua kaum

Rakan-rakan daripada pihak media massa

Di sini, saya bagi pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengalu-alukan kedatangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Yang Amat Berbahagia Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, diplomat-diplomat, pemimpin-pemimpin negara dan parti politik, tetamu-tetamu, saudara-saudari, tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang hadir dalam Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina pada pagi ini.

Marilah kita memberi tepukan gemuruh kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan semua hadirin atas kedatangan anda semua pada pagi ini.


Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina kali yang ketiga ini dianjurkan oleh Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah China Malaysia (Dong Zong), bersama-sama dengan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Merdeka University Berhad, Persekutuan Persatuan-Persatuan TiongHua Daerah Hulu Langat Selangor, Dong Jiao Zong Higher Learning Center Berhad, Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah-sekolah Cina Setiap Negeri dan Kolej New Era.

Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina kali ini diadakan di Pusat Pengajian Tinggi Dong Jiao Zong kerana tempat ini adalah satu tempat yang terkenal dalam bidang pendidikan aliran bahasa Cina.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah China Malaysia (Dong Zong) kini sudah menjangkau 58 tahun sejak penubuhannya pada tahun 1954. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak adalah Perdana Menteri pertama yang hadir dan menyertai aktiviti anjuran Dong Zong.

Kedatangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke majlis hari ini adalah satu “ice-breaking journey”. Kami amat menghargai keikhlasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan ia merupakan satu peristiwa yang bermakna dan istimewa. Ini mencerminkan interaksi di antara Perdana Menteri dengan pertubuhan-pertubuhan pendidikan aliran bahasa Cina. Saya percaya ia akan membantu meningkatkan lagi interaksi dan komunikasi di antara pihak kerajaan dengan pertubuhan-pertubuhan pendidikan masyarakat, khasnya pertubuhan-pertubuhan pendidikan aliran bahasa Cina.

Kami dengan ikhlasnya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana kesudian beliau datang ke sini untuk melihat dan merasai sendiri rasa cinta dan keprihatinan para aktivis pendidikan aliran bahasa Cina terhadap pendidikan bahasa ibunda, kebudayaan Tionghua dan negara kita serta usaha mereka dalam membangunkan negara dan pendidikan aliran bahasa Cina.

Seperti pepatah Melayu “tak kenal maka tak cinta”, oleh itu adalah mustahak bagi pembuat keputusan tertinggi kerajaan dapat memahami matlamat, falsafah, perkembangan sejarah dan keadaan sebenar pendidikan sekolah-sekolah aliran bahasa Cina di negara kita.

Saya berharap kedatangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari ini akan menjadi satu contoh teladan kepada pegawai-pegawai agensi pendidikan kerajaan di semua peringkat untuk meningkatkan interaksi dan komunikasi dengan pertubuhan-pertubuhan pendidikan aliran bahasa Cina. Ini pasti akan mendatangkan kesan yang positif.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Seksyen 3 Ordinan Pelajaran 1957 memperuntukkan dasar pendidikan yang berbunyi berikut: “The educational policy of the Federation is to establish a national system of education acceptable to the people as a whole which will satisfy their needs and promote their cultural, social, economic and political development as a nation, with the intention of making the Malay language the national language of the country whilst preserving and sustaining the growth of the language and culture of peoples other than Malays living in the country.”

Idea dasar ini pada asasnya memenuhi keadaan realiti semasa masyarakat kita yang berbilang bangsa dan mempunyai pelbagai aliran sekolah yang mengggunakan bahasa pengantar masing-masing.

Sehubungan itu, kami berharap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dapat melaksanakan dasar-dasar yang menyokong kepelbagaian dan perpaduan yang berasaskan kepada semangat Seksyen 3 Ordinan Pelajaran 1957 tersebut untuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh pendidikan aliran bahasa Cina pada masa ini, terutamanya tiga isu berikut yang perlu diselesaikan dengan segera, iaitu:

 

  1. Mengiktiraf sepenuhnya Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination Certificate, UEC) Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina.
  2. Meluluskan penubuhan cawangan-cawangan Sekolah Menengah Persendirian Cina di Johor Bahru, Segamat, Petaling Jaya dan Puchong.
  3. Menangguh dan mengkaji semula Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.


Dong Zong dan pertubuhan-pertubuhan Cina pernah mengemukakan pandangan berhubung isu-isu tersebut kepada pihak kerajaan melalui pelbagai saluran dan cara. Kami juga mengutus surat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Disember 2012. Kami berharap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dapat membawa berita baik kepada masyarakat Cina.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Dong Zong berpegang kepada prinsip merentasi parti-parti politik tetapi tidak merentasi aspek politik. Ini adalah pendirian konsisten Dong Zong. Kami berharap parti-parti pemerintah dan pembangkang memasukkan dasar-dasar yang memberi layanan adil dan saksama kepada semua aliran sekolah dan permintaan-permintaan asas pendidikan aliran bahasa Cina ke dalam dasar-dasar parti dan manifesto pilihanraya.

Sepertimana yang dipamerkan dalam kuplet Tahun Baru Cina di sini, kami berharap dalam tahun baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat melaksanakan dasar-dasar yang memberi manfaat kepada semua rakyat berbilang bangsa di negara kita.

Di sini, saya ingin menyampaikan pantun seperti berikut:

Bunga raya bunga Negaraku
Merah berkembang tidak layu
Tahun baru berulang lalu
Sekolah Cina harap tambah maju

Jalan baru kereta pun baru
Baru dengan segala-galanya
Tahun baru azam pun baru
Semoga hidup bangsa aman sentosa

Tahun ini tahun ular
Tahun yang lalu tahun naga
Harap kami sangat besar
Alam pendidikan maju jaya

Bagi masyarakat Cina, Tahun Baru Cina adalah satu perayaan yang bermakna besar. Ia merupakan simbol yang bersifat optimistik dan proaktif, membawa falsafah etika dan nilai-nilai tradisional masyarakat Cina. Oleh itu, saya berharap para hadirin boleh meneruskan semangat ini supaya kita semua dapat merasai suasana perayaan Tahun Baru Cina.

Dalam majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina hari ini, kami telah menyediakan makanan dan minuman yang ringkas untuk kegunaan semua hadirin. Selain itu, acara-acara seni budaya Tionghua dan masyarakat berbilang bangsa negara kita juga disediakan. Kami berharap semua hadirin dapat menikmati satu perayaan yang gembira dan diingati.

Sekian, terima kasih.