Forum Bahasa Jiwa Bangsa-Teks Ucapan Tan Tai Kim, Pengerusi Dong Zong


Forum Bahasa Jiwa Bangsa
Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),
Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan
Inisiatif Pengislahan Pendidikan Nasional (IPPN)

Teks Ucapan Tan Tai Kim, Pengerusi Dong Zong
Salam Sejahtera dan Selamat Petang,
Yang Berhormat Dr Maszlee Malik
Menteri Pendidikan
Kementerian Pendidikan,
 
Prof Dr. Mohamed Hatta Shaharom
Pengerusi Lembaga Pengelola
Dewan Bahasa dan Pustaka,
 
Tan Yew Sing
Pengerusi
Inisiatif Pengislahan Pendidikan Nasional (IPPN),
 
Dato' Vincent Chin
Pengurus Besar
KH Sports World Sdn. Bhd,
Ahli-ahli Panel dan Moderator,
Dif-dif jemputan serta,
Para hadirin sekalian,
 
Sebagai permulaan, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik atas kesudian beliau untuk menghadiri dan menyokong program bersama pada malam ini.
 
Selama ini, masyarakat Cina umumnya serta rakan-rakan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pendidikan Cina memandang Malaysia sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. Masyarakat majmuk dan berbilang merupakan harta negara kita yang berharga, unik dan adanya kelebihan. Setiap kaum hidup dengan semangat muhibah, bersatu-padu dan gembira dan yang penting sekali, aman dan damai!
 
Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan menurut Perlembagaan Malaysia. Maka setiap rakyat perlu mempelajari Bahasa Melayu di samping kebebasan dan hak untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
 
Saya berasa amat gembira kerana Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),  Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Inisiatif Pengislahan Pendidikan Nasional (IPPN) bersepadu bersama-sama menganjurkan Forum Bahasa Jiwa Bangsa pada malam ini. Malam ini Dong Zong dan DBP juga akan menandatangani Memorandum Persefahaman di bawah saksi Menteri Pendidikan, Dr Maszlee. Ini merupakan permulaan yang baik terhadap perkembangan Bahasa Melayu dan Bahasa Ibunda. Kami berharap kerjasama yang semakin erat ini akan menyokong pembelajaran Bahasa Melayu dan mengenali kepentingan kepelbagaian budaya.
 
Tuan-tuan dan puan-puan, Dong Zong dan DBP telah menganjur Forum Pelajar untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) seluruh Malaysia selama 27 tahun. Ini menunjukkan Dong Zong dan DBP telah bekerjasama dengan erat selama ini. Atas asas ini, Dong Zong dan DBP akan menandatangani Memorandum Persefahaman yang menambah lagi bidang kerjasama berikut:
 
a)    Memperkasakan pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu, pendekatan pengajaran Bahasa Melayu yang lebih berkesan.
 
b)   Aktiviti-aktiviti yang dapat memupuk persefahaman budaya antara satu sama lain.
 
c)    Menambah bahan bacaan Bahasa Melayu di kalangan murid-murid sekolah rendah Cina dan sebagainya.
 
Dan yang pentingnya, Dong Zong bersama DBP dan IPPN dapat menganjur bersama Forum Bahasa Jiwa Bangsa, satu jangkauan langkah yang besar bagi semua! Kami berharap kerjasama sebegini bukan saja dapat diteruskan malah dipereratkan!
 
Pepatah Melayu yang berbunyi “Bahasa Jiwa Bangsa” mempunyai makna yang sama dengan kata Tokoh Jiwa Budaya Cina, Encik Lim Lian Geok iaitu “Bahasa seberat Nyawa”. Oleh itu, “Bahasa Jiwa Bangsa” sesuai digunapakai oleh semua kaum di Malaysia. Kami berharap bahasa ibunda setiap kaum dapat terus berkembang di samping memperkukuhkan penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam negara tercinta ini.
 
Pada malam yang mulia ini, Dong Zong akan menghadiahi kaligrafi cina kepada DBP. Kandungannya bermaksud  “Menghayati kebudayaan dan nilai-nilai orang lain adalah seperti menghargai budaya dan nilai-nilai diri sendiri. Maka, dunia akan menjadi harmoni”. Manakala kandungan kaligrafi cina untuk Menteri Pendidikan Dr Maszlee ialah “Hidup Berbilang, Makmur Bersama”. Kedua-dua kaligrafi cina menonjolkan semangat kepelbagaian dan keunikan serta budaya Malaysia yang begitu menarik. Kita perlu menghargai dan melindungi harta yang tidak ternilai ini.
 
Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha-usaha Jawatankuasa Kerja dari ketiga-tiga pihak iaitu DBP, IPPN dan Dong Zong yang menjayakan progam pada malam ini dapat berjalan dengan lancar.
 
Sekian, terima kasih.

Tags:
我们使用cookies来了解您如何使用和浏览我们的网站,并藉此提升您的使用体验,包括个性化的内容和广告。 如您继续使用和浏览我们的网站,即表示您同意我们以上使用cookies的目的、更新的隐私条款 和 使用条款。
We use cookies to understand how you use our site and to improve your experience. This includes personalizing content and advertising. By continuing to use our site, you accept our use of cookies, revised Privacy Policy and Terms of Use.
个人资料保护 PDPA 接受 Accept 拒绝 Decline