926华教救亡与抗议行动

“926华教救亡与抗议行动”在吉隆坡国会路Padang Merbok的报告内容

董总主席叶新田博士于2012年9月26日举行的“926华教救亡与抗议行动”在吉隆坡国会路Padang Merbok的报告内容:

各位热爱华教的同道,大家好!


首先,我代表董总,热烈欢迎和感谢大家,积极参与和支持今天举行的“926华教救亡与抗议行动”。万众一心,行动起来!

我要向大家报告,截至目前,签名支持926行动的人数,已经超过4万人。

今天,来自全国各地热爱母语教育的人民,有一分热,发一分光,为争取母语教育的公平合理对待,作出努力和贡献。

当前我国华文教育面对诸多的问题,长期以来都没有获得解决。董总曾经多次与教育部商讨有关问题,包括曾出席圆桌会议,以及提交备忘录和信函给教育部,特别是与负责华教事务的教育部副部长拿督魏家祥博士会面及商谈,但是上述问题都没有获得解决。

因此,董总代表团今天前往国会大厦呈函给首相和国会议员。

我们希望首相关注和解决当前华教面对的问题。其中迫切需要解决的8项主要问题有:

  1. 华文小学师资严重短缺问题。
  2. 不具华文资格教师仍派到华文小学的问题。
  3. 全面承认华文独立中学统考文凭。
  4. 华文小学董事注册申请遭刁难,严重耽搁处理及发出董事注册证,以及非法篡夺董事会权益等问题。
  5. 改正关丹中华中学批文,以符合华文独立中学体制。
  6. 批准昔加末等地区设立华文独立中学。
  7. 华文小学发展拨款微薄问题。
  8. 实施拨款和拨地兴建华文小学的正常机制。


董总在提呈给首相的文件中,也附上今年8月23日提呈给首相的《七华团在教育课题上的立场与要求》,希望政府给予关注和落实。

我们促请政府实施多元文化教育政策,公平合理对待各源流学校,确保华文教育等各民族母语教育的生存与发展,以发挥我国多元民族社会的优势,促进国家繁荣进步、国民团结及社会和谐。

此外,董总也将提呈有关8项的华教主要问题和《七华团在教育课题上的立场与要求》的文件给各政党,以转交给有关政党的国会议员。我们希望有关政党国会议员给予关注和协助,反映华文学校和其他源流学校面对的问题,促使有关问题能够尽速获得解决。

董总代表团在国会大厦呈函给首相和国会议员后,将会返回这里,向大家汇报结果。我的报告暂时到此为止,非常感谢大家的支持!

 

 


Laporan oleh Dr. Yap Sin Tian, Pengerusi Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah China Malaysia (Dong Zong) dalam Kempen Menyelamatkan Pendidikan Cina di Padang Merbok, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur pada 26 September 2012

Salam sejahtera kepada semua penyokong pendidikan bahasa ibunda.

Pertama sekali, saya mewakili Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah China Malaysia atau Dong Zong, mengalu-alukan dan berterima kasih atas kehadiran dan sokongan saudara-saudari kepada Kempen Menyelamatkan Pendidikan Cina yang diadakan pada hari ini.

Saya ingin melaporkan bahawa sehingga sekarang, bilangan orang yang menurunkan tandatangan untuk menyokong kampen ini telah melebihi 40 ribu orang.

Hari ini, orang ramai yang datang dari seluruh negara berada di sini adalah untuk memberi sokongan kepada perjuangan mendapatkan layanan yang adil kepada pendidikan bahasa ibunda.

Sekolah-sekolah Cina di negara kita menghadapi pelbagai masalah pendidikan yang masih tidak diselesaikan selama ini. Kami telah banyak kali berbincang masalah-masalah tersebut dengan Kementerian Pelajaran termasuklah pernah menghadiri mesyuarat meja bulat dan juga mengemukakan memorandum dan surat, serta berjumpa dan berbincang dengan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr. Wee Ka Siong yang bertanggungjawab dalam urusan pendidikan Cina. Walaupun begitu, masalah-masalah tersebut masih tidak diselesaikan.

Oleh itu, pada hari ini rombongan Dong Zong akan berjalan dari sini ke Bangunan Parlimen untuk menyerahkan surat suara hati rayat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohammad Najib Bin Tun Abdul Razak dan ahli-ahli parlimen.

Kami berharap YAB Perdana Menteri memberi pertimbangan yang saksama dan mengambil langkah-langkah yang wajar untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah Cina. Antara lapan masalah utama yang perlu diselesaikan segera adalah:

 

  1. Masalah kekurangan guru yang serius di Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
  2. Masalah penempatan guru-guru yang tidak berkelayakan Bahasa Cina masih dihantar ke Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
  3. Ketidakpengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination Certificate / UEC) Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina.
  4. Masalah-masalah kesukaran permohonan pendaftaran ahli-ahli lembaga pengelola sekolah, kelambatan yang serius dalam memproses permohonan pendaftaran dan pengeluaran sijil perakuan pendaftaran ahli-ahli lembaga pengelola Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina, serta merampas secara tidak sah di sisi undang-undang terhadap kuasa dan hak-hak lembaga pengelola Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
  5. Kesalahan dalam surat kelulusan penubuhan Sekolah Menengah Chong Hwa Kuantan dan ianya hendaklah diperbetulkan supaya memenuhi keperluan sistem Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina.
  6. Meluluskan penubuhan Sekolah Menengah Persendirian Cina di Segamat dan kawasan-kawasan yang memerlukannya.
  7. Masalah peruntukan pembangunan yang terlalu sedikit kepada Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
  8. Pelaksanaan mekanisme normal penubuhan Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina dengan penyediaan tanah rizab sekolah dan peruntukan yang diperlukan untuk pembinaan sekolah-sekolah tersebut.


Dalam surat kepada YAB Perdana Menteri, kami juga melampirkan lagi dokumen yang bertajuk “Pendirian dan Permintaan Tujuh Pertubuhan Cina dalam Isu Pendidikan” yang telah kami serahkan kepada YAB Perdana Menteri pada 23 Ogos 2012 dan berharap kerajaan prihatin dan melaksanakannya.

Sehubungan itu, kami menyeru kerajaan agar melaksanakan dasar pendidikan kepelbagaian budaya (multiculturalism) dengan memberi layanan yang adil kepada semua aliran sekolah dan memastikan pembangunan dan kesinambungan semua pendidikan bahasa ibunda supaya negara kita dapat menonjolkan keunikan dan memperkembangkan kelebihan masyarakat yang berbilang bangsa, mempertingkatkan kemakmuran dan kemajuan negara serta mengeratkan perpaduan dan keharmonian masyarakat negara kita.

Selain itu, kami juga mengemukakan lapan masalah utama yang perlu diselesaikan segera tersebut dan dokumen “Pendirian dan Permintaan Tujuh Pertubuhan Cina dalam Isu Pendidikan” kepada parti-parti politik supaya menyampaikannya kepada ahli-ahli parlimen.

Kami berharap ahli-ahli parlimen setiap parti politik memberi prihatin dan bantuan supaya menyuarakan masalah-masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah Cina dan aliran sekolah lain agar ianya dapat diselesaikan dengan segera.

Rombongan kami akan kembali ke sini untuk memberi laporan lanjut berkenaan hasil penyerahan surat kepada YAB Perdana Menteri dan ahli-ahli parlimen. Sekian laporan saya setakat ini. Sokongan kuat saudara-saudari sekalian adalah amatlah dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Please publish modules in offcanvas position.