Bahagian Hal EHwal Pelajar

Pengenalan Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Bahagian Hal Ehwal Pelajar bertanggungjawab untuk menyelaraskan pembangunan Hal Ehwal Pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC). Di samping itu, ia menerima nasihat-nasihat diberi daripada Jawatankuasa Hal Ehwal Pelajar, Jawatankuasa Kerja Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia. Skop tugasnya dibahagikan kepada: (1) memperluaskan saluran lanjutan palajaran untuk pelajar-pelajar SMPC; dan (2) membantu SMPC menjalankan pembelajaran berdikari dan pendidikan holistik.

Dalam usaha mengesyorkan pembelajaran lanjutan, terutamanya membantu para pelajar memohon universiti-universiti Cina, Hong Kong, Macau dan Taiwan, juga menyediakan maklumat mengenai pembelajaran lanjutan di Singapura, Jepun, Korea, Jerman, United Kingdom, Eropah, Amerika Syarikat dan lain-lain.

Dalam mempromosikan pembelajaran berdikari, pembangunan kerjaya dan pendidikan watak, Persatuan ini mengendalikan pelbagai kursus yang berkaitan kepada guru dan pentadbir sekolah aktiviti seni dan sukan, serta menggalakkan pembelajaran budaya pelbagai kaum dan menganjurkan pertukaran palajar antarabangsa.

 

Tugas:

  1. Mempelbagaikan haluan pembelajaran lanjutan dalam aliran Cina dan Inggeris, menyempurnakan sistem pembelajaran SMPC
  2. Menyediakan maklumat pembelajaran lanjutan, kaunseling dan khidmat nasihat
  3. Menggalak dan meningkatkan sumber kaunseling, memperbaiki kehidupan dan kaunseling kerjaya pelajar SMPC
  4. Mempelbagaikan sumber disiplin dan mempromosikan usaha pembangunan kerja disiplin SMPC
  5. Mempelbagaikan sumber pengurusan asrama dan usaha pembangunan pengurusan asrama SMPC
  6. Menggalakkan pembangunan, pentadbiran dan pengurusan Kokurikulum SMPC
  7. Menggalakkan pertandingan dan aktiviti sukan, mengukuhkan pentadbiran dan pengurusan aspek sukan 

 

Hubungi:

Telefon: 03-8736 2337  Ext: 209/217/290/293/295

Emel:

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (kaunseling pembelajaran lanjutan)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.(Ekspo Pengajian Tinggi Cina)

© 2020 马来西亚华校董事联合会总会 版权所有. United Chinese School Committees' Association of Malaysia. All Rights Reserved.