Ke Arah Baru : Pendidikan Bahasa Cina

Pengenalan Ke Arah Baru: Pendidikan Bahasa Cina ---- Dana Pembinaan Pusat Latihan Bersepadu

Seperti kata pepatah: "Pendidikan adalah asas kemajuan masyarakat". Seiring dengan peredaran zaman, masyarakat kita sedang berada di ambang era baru yang mengutamakan demokrasi, hak asasi manusia, revolusi maklumat dan komunikasi. Demi menghadapi cabaran era baru ini, maka pergerakan pendidikan bahasa Cina mesti dikaji semula untuk mencapai konsensus, arah dan matlamat yang jelas, serta  melepaskan beban lama.

Sejarah perkembangan pendidikan bahasa Cina di negara kita telah melangkahi 200 tahun. Pergerakan pendidikan bahasa Cina memerlukan pemikiran baru, teori, teknik dan strategi yang sofistikated untuk menghadapi situasi yang serba baru. Pergerakan pendidikan bahasa Cina memerlukan tenaga baru yang boleh mempamerkan azam dan semangat baru.

Berdasarkan pemahaman mengenai trend perkembangan antarabangsa terkini, siri aktiviti akan dijalanakan selepas perbincangan antara Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) and Merdeka Universiti, Antaranya, seminar untuk menerokai idea-idea baru dalam pendidikan moden, forum tentang arah baru pendidikan bahasa Cina, memartabakan prestasi pendidikan kebangasaan, pameran pembaharuan pendidikan sekolah menengah persendirian, pertandingan filem mikro and fotografi, kem kepimpinan sekolah dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti ini akan diadakan dalam kangjamasa lebih kurang-kurang 2 tahun di sepelusuk negara.

Pusat latihan bersepadu juga akan dibinakan sebagai pangkalan pendidikan bahasa Cina untuk memajukan pendidikan Bahasa Cina serta menggalakkan interaksi antara kebudayaan berbilang etnik. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di pusat latihan ini termasuk: latihan  guru, seminar akademik, bengkel pendidikan dan pengajaran, semakan kertas pemeriksaan, pertukaran pelajar, kem interaksi murid, kem cuti, aktiviti pameran, persembahan dan sebagainya.

 

Tujuan:

  1. Menerajui perbincangan teori Pendidikan Bahasa Cina untuk menyahut cabaran dan keterampilan pendidikan
  2. Menggabung dan mengembeling tenaga semua lapisan masyarakat untuk pendidikan Bahasa Cina era baru
  3. Dana pembinaan pusat latihan yang komprehensif.

 

Hubungi:

Tel: 03-8736 2337 ext: 279

Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

© 2019 马来西亚华校董事联合会总会 版权所有. United Chinese School Committees' Association of Malaysia. All Rights Reserved.
我们使用cookies来了解您如何使用和浏览我们的网站,并藉此提升您的使用体验,包括个性化的内容和广告。 如您继续使用和浏览我们的网站,即表示您同意我们以上使用cookies的目的、更新的隐私条款 和 使用条款。
We use cookies to understand how you use our site and to improve your experience. This includes personalizing content and advertising. By continuing to use our site, you accept our use of cookies, revised Privacy Policy and Terms of Use.
PDPA Setuju Tidak Bersetuju