Bahagian Hal EHwal Pelajar

Pengenalan Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Bahagian Hal Ehwal Pelajar bertanggungjawab untuk menyelaraskan pembangunan Hal Ehwal Pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC). Di samping itu, ia menerima nasihat-nasihat diberi daripada Jawatankuasa Hal Ehwal Pelajar, Jawatankuasa Kerja Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia. Skop tugasnya dibahagikan kepada: (1) memperluaskan saluran lanjutan palajaran untuk pelajar-pelajar SMPC; (2) mengendalikan permohonan, pengeluaran dan pengumpulan Biasiswa dan Pinjaman Pelajar SMPC; dan (3) membantu SMPC menjalankan pembelajaran berdikari dan pendidikan holistik.

Dalam usaha mengesyorkan pembelajaran lanjutan, terutamanya membantu para pelajar memohon universiti-universiti Cina, Hong Kong, Macau dan Taiwan, juga menyediakan maklumat mengenai pembelajaran lanjutan di Singapura, Jepun, Korea, Jerman, United Kingdom, Eropah, Amerika Syarikat dan lain-lain.

Bagi Unit Biasiswa dan Pinjaman Pelajar, terutamanya menyediakan biasiswa untuk program sarjana muda. Di samping itu, masih terdapat pelbagai jenis biasiswa dan dermasiswa yang disediakan oleh dermawan dan organisasi. Penerima permohonan ini termasuk pelajar sarjana muda, sarjana dan kedoktoran yang belajar di dalam atau di luar negara.

Dalam mempromosikan pembelajaran berdikari, pembangunan kerjaya dan pendidikan watak, Persatuan ini mengendalikan pelbagai kursus yang berkaitan kepada guru dan pentadbir sekolah aktiviti seni dan sukan, serta menggalakkan pembelajaran budaya pelbagai kaum dan menganjurkan pertukaran palajar antarabangsa.

 

Tugas:

  1. Mempelbagaikan haluan pembelajaran lanjutan dalam aliran Cina dan Inggeris, menyempurnakan sistem pembelajaran SMPC
  2. Menyediakan maklumat pembelajaran lanjutan, kaunseling dan khidmat nasihat
  3. Membangun, mengedar dan mengutip pelbagai anugerah, pinjaman dan dermasiswa
  4. Menggalak dan meningkatkan sumber kaunseling, memperbaiki kehidupan dan kaunseling kerjaya pelajar SMPC
  5. Mempelbagaikan sumber disiplin dan mempromosikan usaha pembangunan kerja disiplin SMPC
  6. Mempelbagaikan sumber pengurusan asrama dan usaha pembangunan pengurusan asrama SMPC
  7. Menggalakkan pembangunan, pentadbiran dan pengurusan Kokurikulum SMPC
  8. Menggalakkan pertandingan dan aktiviti sukan, mengukuhkan pentadbiran dan pengurusan aspek sukan 
  9. Merancang dan mengurus "Majalah Pelajar", membantu, menggalak dan mempelbagaikan perkembangan pelajar SMPC

 

Hubungi:

Telefon: 03-8736 2337  Ext: 209/217/229/290/293/295

Emel:

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (kaunseling pembelajaran lanjutan)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (anugerah, pinjaman dan dermasiswa)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.(Ekspo  Pengajian Tinggi Cina)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (Majalah Pelajar)

© 2019 马来西亚华校董事联合会总会 版权所有. United Chinese School Committees' Association of Malaysia. All Rights Reserved.
我们使用cookies来了解您如何使用和浏览我们的网站,并藉此提升您的使用体验,包括个性化的内容和广告。 如您继续使用和浏览我们的网站,即表示您同意我们以上使用cookies的目的、更新的隐私条款 和 使用条款。
We use cookies to understand how you use our site and to improve your experience. This includes personalizing content and advertising. By continuing to use our site, you accept our use of cookies, revised Privacy Policy and Terms of Use.
PDPA Setuju Tidak Bersetuju