Bahagian Hal Ehwal Organisasi

Pengenalan Bahagian Hal Ehwal Organisasi

Bahagian Hal Ehwal Organisasi adalah salah satu unit di bawah Pentadbiran Sekratariat, Dong Zong. Bahagian ini bertanggungjawab untuk mengendali segala urusan berkaitan dengan Dong Zong yang selaku organisasi mengetuai hal-ehwal pendidikan Cina di negara ini. Selain itu, bahagian ini juga bertanggungjawab menyatukan interaksi dalaman organisasi , memastikan keputusan yang ditetapkan dapat dilaksana dengan sebaik-baiknya, dan mengeratkan hubungan dan kerjasama dengan pihak lain.    

 

Tugas:

  1. Mengadakan dan melaksanakan pelbagai mesyuarat yang berkaitan
  2. Mengumpul dan menyusun informasi minit mesyuarat setiap tahun
  3. Melaksanakan projek-projek yang ditugaskan oleh organisasi
  4. Mengeratkan hubungan dengan organisasi lain dari sepelusuk negara

 

Pengenalan Projek Kepelbagaian Kaum dan Budaya

Dalam masyarakat majmuk, kepelbagaian budaya dan bahasa merupakan satu aset yang amat penting bagi negara ini. Pada tahun 2018, Dong Zong telah melancarkan Projek Kepelbagaian Kaum dan Budaya (PKKB) yang bertujuan untuk merapatkan hubungan dengan kaum-kaum lain supaya mengatasi kesalahfahaman yang mungkin berlaku dan memupuk kerjasama dan hubungan harmoni antara pelbagai kaum. Selain itu, PKKB akan menjalankan kajian dalam pendidikan bahasa ibunda dan kepelbagaian budaya (Multiculturalism) dengan meneliti perkembangan antarabangsa. Ini merupakan asas amalan kami untuk mendapat sokongan dan persefahaman dengan kaum lain. Tujuan utama PKKB adalah seperti berikut:

 

1) Membina pandangan dan idea

  • Mengkaji perpaduan negara dengan integrasi national
  • Mengganti Eksklusivisme dengan kepelbagaian budaya
  • Menjalan kajian serta mempromosi kepelbagaian budaya

2) Merancangkan aktiviti

  • Kajian dasar kerajaan
  • Menterjemahkan bahan-bahan ilmiah
  • Melibat diri dalam jaringan NGO
  • Mempromosikan kepelbagaian budaya di dalam sekolah

 

Hubungi:

Tel: 03-8736 2337 ext: 200

Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

© 2019 马来西亚华校董事联合会总会 版权所有. United Chinese School Committees' Association of Malaysia. All Rights Reserved.
我们使用cookies来了解您如何使用和浏览我们的网站,并藉此提升您的使用体验,包括个性化的内容和广告。 如您继续使用和浏览我们的网站,即表示您同意我们以上使用cookies的目的、更新的隐私条款 和 使用条款。
We use cookies to understand how you use our site and to improve your experience. This includes personalizing content and advertising. By continuing to use our site, you accept our use of cookies, revised Privacy Policy and Terms of Use.
PDPA Setuju Tidak Bersetuju