Projek Pembaharuan Pendidikan Sekolah Menengah Persendirian Cina(SMPC)

Pengenalan Projek Pembaharuan Pendidikan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)

Bagaimana mengurus sebuah sekolah dengan baik dan berkesan merupakan  isu utama pembaharuan pendidikan SMPC, dan kaedah untuk meningkatkan kualiti pendidikan SMPC pula adalah isu profesional pendidikan. Dari perspektif profesional pendidikan, "Program Pembaharuan Pendidikan" yang diperkenalkan pada tahun 2005 dan "Rangka Tindakan Pelajaran SMPC" yang dikemukakan pada tahun 2018 yang bertujuan untuk memajukan dan mendalami pendidikan SMPC ke arah professional dan tahap akademik yang lebih mantap, selain daripada meningkatkan kualiti pendidikan SMPC.

 

1. Matlamat dan Arahan

1.1 Matlamat keseluruhan: Guru gemar mengajar, murid suka belajar akan membawa kejayaan kepada pelajar

  • Membawa kejayaan kepada pelajar: Pelajar adalah subjek pembelajaran, maka segala langkah pembaharuan mestilah berdasarkan kepada aspek keperluan dan kepentingan para pelajar.
  • Murid suka belajar: Pembelajaran harus melampaui batasan kurikulum dan peperiksaan, serta memberikan pelajar pengalaman pembelajaran holistik melalui pelbagai bentuk aktiviti pembelajaran di dalam dan di luar kelas.
  • Gemar mengajar: untuk menggalakkan perkembangan karier profesional guru dan menghormati autonomi profesional guru.

 

1.2 Objektif peringkat semasa: menyokong dan membantu sekolah dalam pembaharuan pendidikan

  • Bukan apakah yang kami hendak lakukan, tetapi haruslah meninjau dari sudut keperluan sekolah.
  • Bagi pihak sekolah, tumpuan dan focus utama adalah tiga perkara:
    • Masalah sedia ada yang paling perlu ditangani oleh sekolah dengan segera.
    • Arah tuju pembangunan sekolah pada masa akan datang.
    • Semasa pihak sekolah melaksanakan pembaharuan pendidikan, apakah jenis bantuan yang diharapkan daripada Dong Zong.

 

2. Strategi Pembaharuan

Budaya berorientasikan peperiksaan selalu menjadi masalah utama dalam pembaharuan pendidikan. Sekiranya masalah ini tidak ditangani, langkah-langkah pembaharuan pendidikan sukar dilaksanakan dengan berkesan. Oleh itu, dari segi pelaksanaannya adalah lebih sesuai menggunakan cara penilaian untuk membimbing pembaharuan pendidikan. Idea asas cara penilaian terdiri daripada dua aspek: pertama, mengurangkan gangguan aspek peperiksaan terhadap pembaharuan pendidikan; kedua, membaharui kaedah penilaian yang sedia ada.

 

3. Skop Kerja

3.1 Propaganda Konsep

Sebelum langkah-langkah pembaharuan dilaksanakan adalah penting untuk menjalankan propaganda konseptual yang mencukupi. Di samping itu, pembaharuan pendidikan memerlukan kerjasama secara keseluruhan dari semua pihak yang berkaitan. Perubahan dan usaha guru sahaja tidak mencukupi untuk menyokong pembaharuan secara holistik. Oleh itu, selain  mengambil berat pada guru, kita juga perlu melakukan kerja-kerja propaganda  konseptual kepada ibu bapa, lembaga sekolah dan pihak masyarakat umum.

 

3.2 Piawai dan Garis Panduan

Dalam proses menggalakkan pembaharuan pendidikan, adalah penting untuk mewujudkan piawai dan garis panduan yang standard. Tujuannya memudahkan sekolah-sekolah berkaitan mengikuti panduan tersebut, di samping itu memastikan setiap sekolah mempunyai piawaian yang konsisten untuk memudahkan saluran komunikasi dan koordinasi.

 

3.3 Sokongan Sekolah

Dalam proses pelaksanaan pembaharuan pendidikan sudah barang tentu penuh dengan unsur perubahan kerana setiap sekolah mempunyai keadaan yang berbeza-beza. Oleh itu, kita hendaklah turun ke padang dan masuk lapangan, melawati sekolah dan memberikan sokongan dan bantuan yang sesuai untuk setiap sekolah.

 

3.4 Membina Abiliti atau Keupayaan

Untuk melaksanakan pelbagai langkah pembaharuan pendidikan secara terperinci, adalah penting untuk membina semua keupayaan atau abiliti yang diperlukan. Ini termasuklah penubuhan pasukan / jawatankuasa, pengambilan kakitangan yang efisien,menjalankan kursus dan latihan, di samping penstrukturan semula yang releven dan sebagainya.

 

3.5 Kajian dan Penyelidikan Pendidikan

Keputusan dan penentuan dasar pendidikan yang rasional haruslah berasaskan kepada pengkajian dan penyelidikan yang terperinci.

 

Hubungi:

Telefon: 03-8736 2337  Ext: 261

Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

© 2019 马来西亚华校董事联合会总会 版权所有. United Chinese School Committees' Association of Malaysia. All Rights Reserved.
我们使用cookies来了解您如何使用和浏览我们的网站,并藉此提升您的使用体验,包括个性化的内容和广告。 如您继续使用和浏览我们的网站,即表示您同意我们以上使用cookies的目的、更新的隐私条款 和 使用条款。
We use cookies to understand how you use our site and to improve your experience. This includes personalizing content and advertising. By continuing to use our site, you accept our use of cookies, revised Privacy Policy and Terms of Use.
PDPA Setuju Tidak Bersetuju