Pejabat Setiausaha

Pengenalan Pejabat Setiausaha

Pejabat Setiausaha adalah di bawah pimpinan Ketua Eksekutif yang memainkan peranan untuk interaksi antara jabatan dan bahagian. Ia juga bertanggungjawab pada urusan perhubungan awam, jemputan dan resepsi tetamu.

Tugas utama pejabat ialah mengatur mesyuarat eksekutif bulanan,  mesyuarat eksekutif, dan cadangan kerja tahunan, mengemaskini pelbagai laporan dan melaksanakan resolusi-resolusi yang sudah ditetapkan. Selain itu, termasuk juga tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Eksekutif  kepada setiap jabatan dan bahagian.

Mengatur peminpin dan wakil persatuan untuk menghadiri aktiviti jemputan, aktiviti resepsi tetamu dan pelawat, penyiaran teks ucapan peminpin, temuramah dan lain-lain lagi.

 

Tugas:

  1. Mengatur mesyuarat eksekutif bulanan, kerja tahunan dan bajet tahunan
  2. Mengurus dan mengenal pasti kerja tahunan
  3. Mengurus dan mengatur pemimpin dan wakil untuk menghadiri pelbagai aktiviti jemputan dalam dan luar negara
  4. Resepsi untuk tetamu dan pelawat dari dalam dan luar negara
  5. Menguruskan siaran akhbar, teks ucapan, pengumuman dan lain-lain lagi
  6. Mengurus emel luaran termasuk salurkannya kepada jabatan dan bahagian yang berkenaan
  7. Menyampaikan tugas yang diarah oleh Ketua Ekesekutif kepada setiap jabatan dan bahagian

 

Hubungi:

Telefon: 03-8736 2337  Ext: 300

Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

© 2019 马来西亚华校董事联合会总会 版权所有. United Chinese School Committees' Association of Malaysia. All Rights Reserved.
我们使用cookies来了解您如何使用和浏览我们的网站,并藉此提升您的使用体验,包括个性化的内容和广告。 如您继续使用和浏览我们的网站,即表示您同意我们以上使用cookies的目的、更新的隐私条款 和 使用条款。
We use cookies to understand how you use our site and to improve your experience. This includes personalizing content and advertising. By continuing to use our site, you accept our use of cookies, revised Privacy Policy and Terms of Use.
PDPA Setuju Tidak Bersetuju