Pengenalan Bahagian Kurikulum
Sejak permulaan kebangkitan gerakan selamatkan pendidikan bahasa ibunda pada awal tahun 1970an, Dong Jiao Zong mengadakan “Persidangan Gerakan Perkembangan Sekolah Menengah Persendirian Cina” di Kuala Lumpur pada 16 Disember 1973 mengenai isu-isu seperti kurikulum, peperiksaan, guru dan masa depan pelajar. Melalui persidangan tersebut telah menghasilkan “Cadangan Perkembangan Sekolah Menengah Persendirian Cina”. Dalam cadangan tersebut di bahagian Kurikulum Bersepadu telah menyatakan bahawa:
“Sekolah Menengah Persendirian bahasa Cina mempunyai dasar sekolah dan kurikulum yang bersama”. Kurikulum bersama hendaklah menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar. Untuk memenuhi keperluan masyarakat, pengajaran bahasa Malaysia diperkukuh untuk tujuan interaksi antara kaum dan juga dapat memahami pemikiran dan perasaan semua kaum. Pada masa yang sama, untuk memenuhi keperluan dan perkembangan dunia, pengajaran bahasa Inggeris juga perlu diperkasakan di mana-mana Sekolah Menengah Persendirian Cina.
Kurikulum Bersepadu harus berdasarkan keperluan masyarakat Malaysia. Kurikulum ini juga harus memelihara dan mewarisi budaya masyarakat Cina sebanyak mungkin, dan juga berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara untuk mewujudkan budaya baharu pelbagai kaum. Pada masa yang sama, kurikulum tersebut perlu mencapai kualiti pendidikan menengah yang bertaraf antarabangsa, dan juga dapat menjaga kepentingan bersama masyarakat berbilang kaum di negara-negara membangun, serta dapat mengikut perkembangaan ilmu dan pengtahuan semasa.
Jawatankuasa Kurikulum Bersepadu bertanggungjawab atas pelaksanaan ini. Jawatankuasa yang lain termasuklah Dong Zong, Jiao Zong, Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Persendirian Cina, Persatuan Alumni, dan ahli-ahli pendidik bahasa Cina tempatan yang bersemangat dan berdedikasi serta mempelawa sekumpulan pakar-pakar pelbagai bidang dari universiti yang terkenal sama ada dalam atau luar negara. Setelah selesai kerja-kerja penyelarasan kurikulum bersama,penerbitan buku teks setiap subjek boleh dijalankan dan diterbit di dalam dan di luar negara.
Penyusunan dan penerbitan buku teks bersama giat dilakukan adalah disebabkan latar belakang yang disebut di atas.
Tugas:
- Membina sistem kurikulum Sekolah Menengah Persendirian Cina yang unik dan kukuh
- Merangka dan menyemak semula standard kurikulum untuk mata pelajaran umum dan mata pelajaran vokasional Sekolah Menengah Persendirian Cina
- Penyusunan dan semakan buku teks dan alat bantu pengajaran Sekolah Menengah Persendirian Cina
- Membantu dan mengendalikan kursus-kursus untuk warga pendidikan pelbagai subjek demi peningkatan keberkesanan dalam pengajaran.
Hubungi:
Telefon: 03-8736 2337 Ext: 222/223
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.