fbpx

Kenyataan Dong Zong dan Jiao Zong

Kenyataan Dong Zong dan Jiao Zong

15 Julai 2021

 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjalankan pengambilan calon guru baharu melalui Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) pada bulan Mac 2021 dan telah mengumumkan senarai kemasukan baru-baru ini. Selepas tamatnya permohonan fasa pertama,  didapati Kumpulan SK (Sekolah Kebangsaan), Kumpulan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Kumpulan Sekolah Jenis kebangsaan Tamil (SJKT) masih mempunyai tempat yang belum diisi. Oleh itu, KPM telah memutuskan untuk menjalankan permohonan fasa 2 bagi program tersebut dari 16 Julai hingga 22 Julai. Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong) menyeru sesiapa yang berminat untuk menjadi guru SJKC mengambil peluang kedua ini mengemukakan permohonan, termasuk mereka yang gagal permohonan fasa pertama, dan mereka yang telah terlepas permohonan sebelum ini PISMP dibuka kepada calon lepasan SPM yang berumur tidak melebihi 20 tahun iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2001. Pemohon hendaklah memperolehi gred cemerlang (A-,A atau A+) dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran, mempunyai sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Bahasa Inggeris. Dalam permohonan fasa 2 ini, terdapat 14 bidang pengkhususan ditawarkan kepada para pemohon di Kumpulan SJKC. Ini meliputi Bahasa Melayu (Tahap Satu), Bahasa Cina, Bimbingan Dan Kaunseling, Matematik, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, Pendidikan Khas Masalah Pendengaran, Pendidikan Khas Masalah Penglihatan, Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni Visual, Reka Bentuk Dan Teknologi, Sains dan Sejarah.

 

Dong Jiao Zong mengingati para pemohon dikehendaki mengisi bidang pengkhususan yang berkaitan dengan Kumpulan SJKC dalam borang permohonan PISMP. Selain itu, pemohon juga hendaklah memiliki gred cemerlang atau gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM, dan ini bergantung kepada syarat-syarat bidang pengkhususan bagi Kumpulan SJKC.

 

Dong Jiao Zong menyeru pemuda-pemudi Cina yang berminat untuk memohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman sesawang PISMP (https://pismp.moe.gov.my)., KPM akan mengatur para pemohon yang berkelayakan menyertai Ujian Kelayakan Calon Guru Dalam Talian (e-UKCG) selepas tarikh tamat permohonan. Ini merupakan satu ujian psikometrik untuk saringan calon guru dan bertujuan untuk menilai kesihatan mental pemohon sama ada mempunyai ciri-ciri untuk menjadi guru dan memastikan mereka yang sesuai sahaja diambil untuk berkhidmat dalam profesion perguruan. Hanya pemohon yang lulus e-UKCG sahaja yang akan dipanggil untuk merakam dan menghantar video pengajaran dan video ujian kecergasan fizikal kepada pihak berkuasa berkenaan untuk menjalankan kerja-kerja saringan selanjutnya. Dong Jiao Zong menyeru para pemohon membaca maklumat permohonan di laman sesawang PISMP dengan teliti, mengambil perhatian dan bersikap cermat semasa mengisi borang permohonan untuk mengelakkan kehilangan kelayakan atas kejadian kesilapan yang tidak dikehendaki.

 

Dong Jiao Zong berpandangan, kekosongan PISMP Kumpulan SJKC tidak dapat diisi dengan sepenuhnya atas beberapa sebab sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Oleh itu, bersempena dengan pengambilan calon guru PISMP yang dijalankan oleh KPM pada kali ini, Dong Jiao Zong menyeru pertubuhan-pertubuhan Cina memberi bantuan dan kerjasama dalam usaha mempromosikan permohonan PISMP agar boleh menggalakkan lebih ramai pemuda-pemudi Cina menyertai barisan pendidikan dan menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara kita. Selain itu, Dong Jiao Zong juga menyeru pemuda-pemudi Cina yang memohon program PISMP tersebut menghantar maklumat berkaitan, termasuk nama dalam bahasa Cina dan Inggeris, nombor telefon, bidang pengkhususan yang dipohon dan keputusan SPM melalui e-mel kepada Jiao Zong (e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) agar kerja-kerja susulan dapat dijalankan.

 

Pada masa yang sama, Dong Jiao Zong juga menyeru KPM mengumumkan jumlah calon yang akan diambil bagi setiap bidang pengkhususan PISMP Kumpulan SJKC agar memudahkan kerja-kerja hebahan dan promosi program tersebut dan juga memudahkan para pemohon membuat pilihan yang tepat.