fbpx

Akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo Akibat Masalah Kewangan dan Kesuntukan Dana Utusan Melayu (M) Bhd

Kenyataan Dong Zong Tentang Insiden Tunggakan Gaji Pekerja

Akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo Akibat Masalah Kewangan dan

Kesuntukan Dana Utusan Melayu (M) Bhd

 

22 Ogos 2019

 

Dong Zong prihatin terhadap kejadian tunggakan gaji pekerja akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo akibat masalah kewangan Utusan Melayu (M) Bhd. Kami menyeru Utusan Melayu (M) Bhd mengumumkan keadaan kewangannya dan menerima pemantauan oleh orang ramai terhadap pengurusan medianya. Kami juga meminta kerajaan dan masyarakat mengambil berat tentang hak pekerja media dan memperbaiki persekitaran media dan kebebasan media.

 

Media merupakan kuasa keempat untuk memantau kerajaan. Kebebasan media adalah nilai penting yang amat berharga dan tidak boleh diabaikan dalam sesebuah masyarakat demokrasi. Sejarah perkembangan akhbar-akhbar Utusan Melayu menunjukkan ia telah dijadikan alat parti politik dan mengalami kesukaran apabila negara kita berada dalam proses transformasi demokrasi. Pihak pengurusan Utusan Melayu tidak mematuhi perjanjian pekerjaan, gagal membayar gaji kepada pekerjanya selama beberapa bulan, sehingga menyusahkan kehidupan para pekerja. Kejadian sebegini harus dibidas. Ketiadaan hak pekerja bermakna ketiadaan kebebasan media. Dengan adanya jaminan terhadap persekitaran pekerjaan para pekerja media, barulah boleh memastikan laporan dan berita yang berkualiti. Kami berpendapat bahawa kejadian tunggakan gaji tersebut bukan hanya merupakan hal dalaman Utusan Melayu, malah merupakan satu isu reformasi sistem dan industri media. Contohnya, (1) Mana-mana parti politik tidak harus melabur atau mengendalikan media sama ada secara langsung atau tidak langsung; (2) Menggubal undang-undang untuk mencegah kuasa monopoli media; (3) Memansuhkan undang-undang dan dasar-dasar yang menindas kebebasan media; (4) Menjamin kepelbagaian suara yang berkait rapat dengan pembangunan industri media dan kebebasan media di masa hadapan. 

 

Utusan Melayu mempunyai sejarah yang lama, pengerusi Jiao Zong Lim Lian Geok pada tahun 1956, pernah dijemput oleh Utusan Melayu untuk menulis ucapan tahniah setitis tinta sempena Hari Raya Aidilfitri —— “Manifesting a Malayan Mindset” (diterjemah kepada tulisan Jawi).  Beliau mengharapkan  sekalian rakyat tanpa mengira kumpulan etnik seharuslah bekerjasama  dalam usaha membina negara. Katanya,dengan iktibar "hidup berbilang makmur bersama",nescaya semua rakyat boleh mengecap keindahan khazanah kepelbagaian.

 

Seperti diketahui ramai, "Utusan  Melayu" telah memberikan sumbangan dalam usaha anti-kolonel dan kemerdekaan Malaya. Ia dianggap telah membawa bakti dalam sejarah kebebasan akhbar dan amat berbeza dengan situasi saat ini. Terutamanya  pada 1950-an, ramai wartawan, penulis dan aktivis sosial, seperti Said Zahari, Usman Awang, A. Samad Said, Samad Ismail, Kamaluddin Muhamad, dan sebagainya telah berkhidmat di akhbar berkenaan. Namun selepas akhbar ini di bawah pengelolaan parti politik pada akhir 1950-an, kebebasan penyuntingan dimanupulasi atau dikongkong ketat dan menjadi suara tunggal parti politik yang akhirnya menyebabkan pekerja-pekerjanya menghadapi  kemusykilan hari ini.

 

Utusan Malaysia seharusnya segera menjelaskan segala tunggakan gaji dan pampasan pekerja. Kerajaan harus campur tangan kontraversi antara pihak majikan dan pekerja akhbar berkenaan agar hak pekerja dapat dilindungi. Akhirnya, kami memohon parti politik jangan libatkan diri dalam pelaburan dan pengurusan media, serta mencampur tangan dalam pentadbiran dan urusan media. Kerajaan juga diminta menggubal undang-undang untuk mencegah mana-mana pihak yang berhasrat memonopoli media, melindungi keanekaragaman media dan keutuhan media agar mencegah media diselewengkan dan menjadi suara parti politik tertentu.