fbpx

Majlis Sambutan Hari Malaysia 2021

Siaran Akhbar Majlis Sambutan Hari Malaysia 2021

 

Sempena menyambut Hari Malaysia, Dong Zong telah menganjurkan siri aktiviti yang bertema “COVID-19: Menyanjung Kepelbagaian”, dengan harapan dapat menonjolkan kepelbagaian kaum dan budaya dalam negara melalui aktiviti-aktiviti, dan juga memberi iktibar kepada masyarakat bagi kepentingan melindungi nilai kepelbagaian dan mengenali perbezaan budaya antara satu sama secara toleransi.

 

2.   Oleh kerana pandemik COVID-19, Majlis Sambutan Hari Malaysia 2021 diadakan di platform Zoom pada 10am, 25hb September 2021 (Sabtu). Program ucapan tetamu, pelancaran Laman Web Festival Hari Malaysia, penyampaian hadiah pertandingan menulis esei dan fotografi, dan persembahan multimedia akan diadakan.

 

Majlis Sambutan Hari Malaysia 2021

Tema: COVID-19: Menyanjung Kepelbagaian

Tarikh: 25/09/2021 (Sabtu)

Masa: 10.00am

Bentuk: Zoom

Bahasa Pengantar: Bahasa Melayu dan Bahasa Cina

Pendaftaran: https://bit.ly/3gC12QT, atau imbas kod QR

Pertanyaan: Bahagian Hal Ehwal Organisasi, Dong Zong (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

3.   Sila membuat pendaftaran di https://bit.ly/3gC12QT. Untuk maklumat lanjut, sila menghubungi Bahagian Hal Ehwal Organisasi, Dong Zong (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) atau melayari laman sesawang dan Facebook Dong Zong (https://www.dongzong.my, https://www.facebook.com/dongzong).