fbpx

PENGENALAN JAWATANKUASA KERJA PEMBANGUNAN SMPC DONG JIAO ZONG (MICSS)

Pelaksanaan Akta Pendidikan 1961 di Malaysia menyebabkan banyak di antara Sekolah Menengah Cina terpaksa bertukar kepada Sekolah Menengah Inggeris, sedangkan mereka yang enggan membuat penukaran telah menjadi Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang tanpa bantuan kewangan kerajaan. Krisis penstrukturan semula ini telah membawa impak negatif terhadap SMPC. Tanpa bantuan kewangan kerajaan, ditambah lagi dengan masalah kekurangan dana dan bilangan pelajar berkurangan secara mendadak menyebabkan SMPC berhadapan dengan krisis besar dari segi kelangsungan dan pembangunan.

 

       Masyarakat Cina telah melancarkan Gerakan Pembukaan Semula SMPC secara besar-besaran pada tahun 1970-an demi mempertahankan pendidikan dalam bahasa ibunda. Gerakan itu buat julung kali dimulakan di Perak, dan menerima sambutan hangat di seluruh negara. Dong Jiao Zong mengadakan Perhimpunan Agung Gerakan Pembangunan SMPC Peringkat Kebangsaan pada tahun 1973, dan menerima “Cadangan SMPC” serta mendirikan Jawatankuasa Kerja Pembangunan SMPC Dong Jiao Zong (MICSS)

 

       MICSS memikul tanggungjawab utama untuk membangunkan SMPC dan memaksimumkan kelebihan pendidikan bahasa ibunda berlandaskan pelaksanaan “Cadangan SMPC”. MICSS telah menubuhkan beberapa jawatankuasa kerja untuk melaksanakan tugas-tugas seperti penulisan buku teks bersepadu, mengadakan peperikasaan UEC, menggerakkan latihan guru, pendidikan vokasional, bimbingan pendidikan lanjutan untuk pelajar, aktiviti pelajar, biasiswa dan pinjaman pendidikan, dan sebagainya.

 

       MICSS dianggotai oleh 26 wakil yang dilantik oleh Dong Zong dan Jiao Zong masing-masing, dan juga 13 ahli lantikan yang dilantik dari individu atau wakil organisasi yang aktif terlibat dalam pendidikan Cina yang turut menghadiri Sesi Mesyuarat Bersama 26 wakil dari Dong Zong dan Jiao Zong kali pertama.

 

       Pentadbiran MICSS dikelola oleh Jabatan Pentadbiran Dong Zong, Dong Zong bertanggungjawab merekrut kakitangan untuk melaksanakan tugas MICSS dan jawatankuasa kerja di bawahnya.

 

 

Objektif:

  1. Mempertahankan pendidikan bahasa ibunda dan mengembangkan kebudayaan Cina;
  2. Mempertahankan dan membangunkan SMPC di Malaysia;
  3. Memaksimumkan kelebihan pendidikan bahasa ibunda berlandaskan “Cadangan SMPC”;
  4. Mengumpul dana untuk Pembangunan SMPC di Malaysia.