Pengenalan Bahagian Hal Ehwal Organisasi
Bahagian Hal Ehwal Organisasi adalah salah satu unit di bawah Pentadbiran Sekratariat, Dong Zong. Bahagian ini bertanggungjawab untuk mengendali segala urusan berkaitan dengan Dong Zong yang selaku organisasi mengetuai hal-ehwal pendidikan Cina di negara ini. Selain itu, bahagian ini juga bertanggungjawab menyatukan interaksi dalaman organisasi , memastikan keputusan yang ditetapkan dapat dilaksana dengan sebaik-baiknya, dan mengeratkan hubungan dan kerjasama dengan pihak lain.
Tugas:
- Mengadakan dan melaksanakan pelbagai mesyuarat yang berkaitan
- Mengumpul dan menyusun informasi minit mesyuarat setiap tahun
- Melaksanakan projek-projek yang ditugaskan oleh organisasi
- Mengeratkan hubungan dengan organisasi lain dari sepelusuk negara
Pengenalan Projek Kepelbagaian Kaum dan Budaya
Dalam masyarakat majmuk, kepelbagaian budaya dan bahasa merupakan satu aset yang amat penting bagi negara ini. Pada tahun 2018, Dong Zong telah melancarkan Projek Kepelbagaian Kaum dan Budaya (PKKB) yang bertujuan untuk merapatkan hubungan dengan kaum-kaum lain supaya mengatasi kesalahfahaman yang mungkin berlaku dan memupuk kerjasama dan hubungan harmoni antara pelbagai kaum. Selain itu, PKKB akan menjalankan kajian dalam pendidikan bahasa ibunda dan kepelbagaian budaya (Multiculturalism) dengan meneliti perkembangan antarabangsa. Ini merupakan asas amalan kami untuk mendapat sokongan dan persefahaman dengan kaum lain. Tujuan utama PKKB adalah seperti berikut:
1) Membina pandangan dan idea
- Mengkaji perpaduan negara dengan integrasi national
- Mengganti Eksklusivisme dengan kepelbagaian budaya
- Menjalan kajian serta mempromosi kepelbagaian budaya
2) Merancangkan aktiviti
- Kajian dasar kerajaan
- Menterjemahkan bahan-bahan ilmiah
- Melibat diri dalam jaringan NGO
- Mempromosikan kepelbagaian budaya di dalam sekolah
Hubungi:
Tel: 03-8736 2337 ext: 200
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.