fbpx

Bahagian Peperiksaan

Pengenalan Bahagian Peperiksaan

Dengan pelaksanaan Akta Pendidikan 1961, pihak kerajaan berhenti mengadakan peperiksaaan peringkat Menengah Bawah dan  peringkat Menengah Atas untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).

Dari 1962 hingga 1974, Sekolah Menengah Cina atau Sekolah Menengah Persendirian Cina tidak mempunyai peperiksaan bersepadu untuk mereka. Setiap sekolah terpaksa menjalankan peperiksaan sendiri dan mempunyai sijil penamatan sekolah masing-masing. Sesetengah pelajar mengambil peperiksaan kerajaan, kebanyakan daripada mereka kemudian bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan atau Sekolah Menengah selepas lulus dalam peperiksaan.Pelajar lain menggunakan sijil penamatan sekolah untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Nanyang di Singapura atau university-universiti di Taiwan.

Oleh sebab Sekolah Menengah Persendirian Cina menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar ,maka adalah wajar mempunyai peperiksaan berasaskan bahasa Cina untuk menguji tahap pencapaian akademik para pelajarnya (terutamanya pelajar peringkat Menengah Atas dan pelajar peringkat Menengah Bawah). Keperluan ini tidak dipenuhi sehingga Peperiksaan Bersepadu Sekolah Menengah Cina Persendirian diadakan pada tahun 1975.

Pada akhir tahun 1973, “Cadangan Perkembangan Sekolah Menengah Persendirian Cina” dikemukakan yang berobjektif menentukan hala tuju penyelenggaraan sekolah yang betul dan sesuai untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina. Penubuhan Peperiksaan Bersepadu untuk Sekolah Menengah Cina Malaysia merupakan salah satu cadangan yang penting. Dalam usaha untuk melaksanakan "Cadangan Perkembangan Sekolah Menengah Persendirian Cina", Dong Jiao Zong telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja Sekolah Menengah Persendirian Cina.Di bawah Jawatankuasa Kerja Sekolah Menengah Persendirian Cina pula menubuhkan Ahli Jawatankuasa Peperiksaan Bersepadu. Lembaga Peperiksaan Bersepadu bertanggungjawab untuk menjalankan Peperiksaan Bersepadu untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina (termasuk peringkat menengah Bawah dan peringkat menengah Atas). Ahli-ahlinya terdiri daripada pensyarah semasa atau pensyarah yang bersara dari pelbagai kolej, ahli-ahli akademik dan pakar dari Institusi Pengajian Tinggi.

Sejak tahun 1975, Peperiksaan Bersepadu untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina   bagi peringkat Menengah Bawah dan peringkat Menengah Atas telah pun diadakan setiap tahun.

 

Tugas:

  1. Mengadakan Peperiksaan Bersepadu untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia
  2. Mewujud dan melaksanakan sistem peperiksaan yang menyeluruh

 

Hubungi:

Telefon: 03-8736 2337  Ext: 228/230/237/277/298

Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.