fbpx

Bahagian Kurikulum

Pengenalan Bahagian Kurikulum

Sejak permulaan kebangkitan gerakan selamatkan pendidikan bahasa ibunda pada awal tahun 1970-an, Dong Jiao Zong mengadakan “Persidangan Gerakan Perkembangan Sekolah Menengah Persendirian Cina” di Kuala Lumpur pada 16 Disember 1973 mengenai isu-isu seperti kurikulum, peperiksaan, guru, dan masa depan pelajar. Melalui persidangan tersebut telah menghasilkan “Cadangan Perkembangan Sekolah Menengah Persendirian Cina”. Dalam cadangan tersebut di bahagian Kurikulum Bersepadu telah menyatakan bahawa: “Sekolah Menengah Persendirian bahasa Cina mempunyai dasar sekolah dan kurikulum yang bersama”. Kurikulum bersama hendaklah menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar. Untuk memenuhi keperluan masyarakat, pengajaran bahasa Malaysia diperkukuh untuk tujuan  interaksi antara kaum dan juga dapat memahami pemikiran dan perasaan semua kaum. Pada masa yang sama, untuk memenuhi keperluan dan perkembangan dunia, pengajaran bahasa Inggeris juga perlu diperkasakan di mana-mana Sekolah Menengah Persendirian Cina. 

Kurikulum Bersepadu harus berdasarkan keperluan masyarakat Malaysia. Kurikulum ini juga harus memelihara dan mewarisi budaya masyarakat Cina sebanyak mungkin, dan juga berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara untuk mewujudkan budaya baharu pelbagai kaum. Pada masa yang sama, kurikulum tersebut perlu mencapai kualiti pendidikan menengah yang bertaraf antarabangsa, dan juga dapat menjaga kepentingan bersama masyarakat berbilang kaum di negara-negara membangun, serta dapat mengikut perkembangaan ilmu dan pengetahuan semasa.

Bahagian Kurikulum merupakan salah satu bahagian di bawah Jabatan Hal Ehwal Pendidikan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), operasi dan pembangunannya ditauliah oleh Jawatankuasa Kurikulum Bersepadu, Jawatankuasa Kerja SMPC. Bahagian Kurikulum bertanggungjawab ke atas pembangunan kurikulum dan penyusunan buku teks SMPC, berikutan “Pelan Induk Pendidikan SMPC 2018” untuk menggalakkan pembaharuan kurikulum dan melaksanakan “Garis Panduan Pelaksanaan SMPC”.

 

Tugas:

  1. Membina sistem kurikulum Sekolah Menengah Persendirian Cina yang unik dan kukuh
  1. Merangka dan menyemak semula standard kurikulum untuk mata pelajaran umum dan mata pelajaran vokasional Sekolah Menengah Persendirian Cina
  1. Penyusunan dan semakan buku teks dan alat bantu pengajaran Sekolah Menengah Persendirian Cina
  1. Membantu dan mengendalikan kursus-kursus untuk warga pendidikan pelbagai subjek demi peningkatan keberkesanan dalam pengajaran.   

 

Hubungi:

Telefon: 03-8736 2337  Samb: 222/223/352

Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pautan Laman Web Berkaitan: elearning.dongzong.my (e-pembelajaran Dong Zong)