2021年马来西亚日庆典 董总主席陈大锦致词稿

2021年马来西亚日庆典
董总主席陈大锦致词稿

日期:2021年9月25日(星期六)
时间:上午10时正
形式:Zoom

尊敬的加影区州议员许来贤、
各位嘉宾、
各位工作人员、
各位媒体朋友,
大家上午好。

首先,感谢各位出席今天的马来西亚日庆典。为庆祝马来西亚日,董总今年以“疫情之下,拥抱多元”为主题,举办征文活动、摄影比赛、我的笔友交流计划、线上舞台剧放映暨交流、青年论坛等一系列活动,希望透过这些活动展现我国多元文化面貌,藉此提醒社会大众维护多元文化价值观,了解与包容文化差异的重要性。

各位,
多元族群、语言和文化是我国的优势与财富,有助丰富国家文化,塑造多元文化社会。多元文化积极倡导和谐共存,主张对话沟通,强调合作互利,实现共同发展。各族群文化都应该获得尊重欣赏、平等待遇,只有这样,我国才能不以单一族群文化为依归,真正达到多元族群间相互的理解,和睦相处,共同生活。

我国独立建国超过一甲子,多源流教育早已获得宪法保障,政治人物不应为了私利,继续渲染“多源流教育体系为国民团结绊脚石”等不实言论。公民社会必须遏制这种具有不良意图的政治炒作。要达到国民团结融合,政治人物必须谨言慎行,摒弃狭隘的种族主义,施政中贯彻多元开放理念,拟定政策时秉持开明及融合的原则,为全体国民谋求利益为最终目标。

维护多元文化特质的传承,和形塑国家认同是并行不悖的。我们必须认识到,马来西亚的多元性是国家的资产,不是负累。正如林连玉先生昔日鼓吹“多彩多姿,共存共荣”,我国政府应正视多元文化教育的重要性, 而体现多元文化社会的做法,就是肯定多元文化教育,积极推动多元文化教育。落实多元文化教育,并不是让不同族群的学生,处在同一个教育环境,而是在各源流学校课程和活动融入多元文化内涵。多元文化教育政策需要建立承认多元、尊重差异、强调理解、追求平等的基础上,如果不摒弃单元思维,罔顾多元社会现实,继续否定多源流教育的存在价值,多元文化教育很难获得成功。

秉着维护我国多元文化社会的根本,倡导开放包容的精神,董总多元族群与文化发展专案(简称“多元专案”)自2018年成立以来,积极开展各项跨族群活动,包括推动华文独中新春庆典、“走访老吉隆坡”半日寻宝游、举办跨族群生活营等,这些让友族同胞共同参与,推动各源流学校交流的尝试,都有助于促进对多元族群文化的认识。

新冠疫情高企让实体活动无法进行,但绝非我们停滞不前的借口。今天,董总将向各位推介马来西亚日网站。这网站主要用于推广马来西亚日系列活动与成果,从而展示多元文化之美,还望华文独中及各界参考指教,希望藉此抛砖引玉,期盼社会各界共同维护多元文化。

还有,我们即将颁发征文活动与摄影比赛的奖项。我要祝贺获奖的得奖者,恭喜你们;而没有获奖的参与者,感谢你们的参与,别忘了再接再厉。

今年的庆典即将划上句点,再次感谢各位参与。因为你们,2021年马来西亚日系列活动圆满及成功落幕,我们明年再见。

只有拥抱多元现实,马来西亚才会有更好的未来。

最后,祝大家身体健康、顺心如意。谢谢。

 


Teks Ucapan Pengerusi Dong Zong Encik Tan Tai Kim bagi Majlis Sambutan Hari Malaysia 2021

Tarikh: 25 September 2021 (Sabtu)
Masa : 10.00 a.m

Terima kasih saudara/saudari Pengerusi Majlis

Salam sejahtera kepada

Yang Berhormat Tuan Hee Loy Sian(ADUN KAJANG)
Para sidang media,
Para staf-staf Dong Zong
Dan para hadirin sekalian.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih atas kedatangan tuan-tuan dan puan-puan. Dong Zong telah mengadakan aktiviti-aktiviti seperti pertandingan menulis esei, pertandingan fotografi, Projek Sahabat Pena, teater atas talian dengan perbincangan dan forum anak muda bagi Sambutan Hari Malaysia 2021 dengan temanya “Covid-19 : Menyanjung Kepelbagaian ”. Kita berharap mengadakan aktiviti-aktiviti tersebut dapat menonjolkan kepelbagaian budaya di negara kita, ia juga memberi iktibar kepada masyarakat bagi kepentingan melindungi nilai kepelbagaian dan mengenali perbezaan budaya antara satu sama secara toleransi.

Para hadirin yang dihormati,
Kepelbagaian etnik, bahasa dan budaya merupakan kekuatan dan khazanah negara kita, ia meningkatkan tahap kebudayaan negara dalam membina kepelbagaian masyarakat. Unsur kepelbagaian budaya menggalakkan hidup makmur bersama, menegaskan berkomunikasi antara satu sama lain, bekerjasama dengan situasi menang-menang bagi mencapai perkembangan bersama. Setiap kebudayaan kaum harus diberikan kehormatan dan layanan yang adil. Dengan ini, negara kita perlu menolak budaya homogen dan berusaha bagi mencapai kepelbagaian masyarakat yang hidup harmoni dan saling memahami antara satu sama lain.

Negara kita merdeka melebihi 60 tahun, sistem sekolah pelbagai aliran telah dijamin oleh perlembagaan sejak dari awal lagi. Ahli politik seharusnya tidak menggunakan kata-kata seperti “ sistem sekolah vernakular merupakan batu penghalang bagi perpaduan rakyat” demi kepentingan sendiri, sebagai masyarakat sivil kita perlulah menghalang tindakan politik yang tidak matang ini. Ahli politik perlu menjaga tatasusila dan kelakuannya, elakkan pemikiran stereotaip dan diskriminasi berdasarkan kaum, mengaplikasikan semangat kepelbagaian dalam pentadbiran negara dan mencadangkan dasar kerajaan yang lebih terbuka terutamanya kepentingan rakyat harus didahulukan.

Melindungi dan mewarisi unsur kepelbagaian tidak bercanggah dengan pembentukan identiti nasional. Kita perlu sentiasa ingat kepelbagaian dalam Malaysia merupakan khazanah negara dan bukan sesuatu beban. Seperti mana Cikgu Lim Lian Geok pernah berkata:“ Hidup berbilang, Makmur Bersama.” Kerajaan perlu mengambil inisiatif mementingkan pembelajaran kepelbagaian, salah satu cara yang dapat membuktikan kepelbagaian masyarakat iaitu menerima dan menggalakkan kepelbagaian dalam pembelajaran. Ia bukanlah untuk memastikan semua etnik di dalam aliran sekolah yang sama, tapi memasuki unsur-unsur kepelbagaian dalam kurikulum dan kokurikulum di semua aliran sekolah. Dasar kepelbagaian pendidikan perlu menerima kepelbagaian, menghormati perbezaan, menegaskan persefahaman dan kesamarataan sebagai syaratnya. Kita tidak akan berjaya jika kita masih kekal dalam pemikiran diskriminasi dan menolak nilai kepelbagaian dalam masyarakat.

Untuk melindungi akar-umbi kepelbagaian masyarakat dan menegakkan semangat inklusif, Projek Kepelbagaian Kaum dan Budaya (PKKB) yang dilancarkan oleh Dong Zong telah mengadakan aktiviti-aktiviti interaksi pelbagai kaum seperti Sambutan Tahun Baru Cina dengan Sekolah Menengah Persendirian Cina(SMPC), Projek Interaksi Kepelbagaian Etnik dan Budaya Penjelajahan Kuala Lumpur Lama, Kem Muhibah dan lain-lain supaya pelajar lain boleh berinteraksi dengan pelajar berasal dari sekolah pelbagai aliran dan memahami kepelbagaian melalui aktiviti-aktiviti tersebut.

Penularan pandemik Covid-19 menyebabkan aktiviti fizikal tidak dapat dijalankan, namun ia bukan alasan bagi kami berhenti. Hari ini Dong Zong mengambil peluang untuk melancarkan laman sesawang Sambutan Hari Malaysia. Tujuan membina laman sesawang ini menyebarkan keputusan aktiviti-aktiviti telah yang dijalankan bagi sepanjang sambutan Hari Malaysia dan menunjukkan keindahan budaya kepelbagaian di kalangan orang ramai. Saya harap bidang institusi pendidikan yang lain seperti Sekolah Menengah Persendirian Cina dan lain-lain mengambil inisiatif daripada laman sesawangnya dan sama-sama melindungi budaya kepelbagaian.

Selain itu, kita akan menjalankan penyampaian hadiah bagi pertandingan menulis esei dan fotografi sebentar nanti. Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada peserta-peserta yang dapat anugerah. Saya juga ingin berterima kasih kepada semua peserta bagi setiap penyertaan dan berusaha pada tahun depan.

Sambutan Hari Malaysia bagi tahun 2021 sampai ke penghujungnya. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua. Aktiviti-aktiviti Sambutan Hari Malaysia 2021 dapat dijalankan dengan sempurna dan lancar kerana penyertaan anda semua. Kita akan bertemu pada tahun depan lagi!

Memeluk budaya kepelbagaian, Malaysia barulah mempunyai masa depan yang cerah.

Akhir sekali, semoga anda semua berbadan sihat dan dirahmati oleh Tuhan.

Inilah ucapan daripada saya, Sekian terima kasih!

 

 

Tags: