Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong

Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong

Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong

 7 Februari 2020

 

Berkenaan dengan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap
Pemangku Menteri Pendidikan, Tun Dr Mahathir baru-baru ini  yang menyatakan hasrat beliau untuk melaksanakan semula rancangan Sekolah Wawasan di seluruh negara, Dong Jiao Zong dengan tulus ikhlasnya mengemukakan pandangan dan pendapat seperti berikut:

1. Konsep asal Sekolah Wawasan adalah berteraskan “objektif terakhir (ultimate objective) ”dalam Penyata Razak 1956  yang menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang seragam bagi semua jenis sekolah  perlu dilaksanakan sepenuhnya secara beransur-ansur, ini bermakna  sekolah pelbagai aliran akan diubahkan kepada sekolah satu aliran pada akhirnya. Sehubungan itu, Dong Jiao Zong tidak setuju dengan pelaksanaan Sekolah Wawasan dan menegaskan pendirian untuk mengekalkan sistem pendidikan pelbagai aliran sekolah yang telah wujud sejak kemerdekaan hingga sekarang.

2. Dong Jiao Zong berpendapat bahawa pandangan sempit yang menuduh “sistem sekolah pelbagai aliran menghalang perpaduan rakyat” tidak berasas sama sekali. Kewujudan sekolah pelbagai aliran  adalah berasaskan prinsip pendidikan bahasa ibunda. Walaupun setiap aliran sekolah menggunakan bahasa pengantar yang berlainan, tetapi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan kurikulum standard yang sama untuk dilaksanakan di semua aliran sekolah. Maka, segala ilmu pengetahuan dan nilai-nilai yang diajar dan dipelajari di semua aliran sekolah adalah sama.

Selain itu, semua aliran sekolah terbuka kepada ibu bapa setiap kaum untuk memilih mana-mana aliran sekolah bagi anak-anak mereka secara bebas. Sebagai contoh, sebanyak 18% daripada murid-murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) bukan keturunan kaum Cina. Ini jelas menunjukkan bahawa sekolah pelbagai aliran langsung tidak menghalang perpaduan rakyat.

3. Dong Jiao Zong menyokong penuh aktiviti-aktiviti dan program-program yang menyumbang kepada integrasi antara murid-murid  berbilang kaum. Sehubungan itu, Dong Jiao Zong telah mengambil inisiatif untuk mengadakan aktiviti-aktiviti dan program-program antara kaum dan silang budaya yang menggalakkan penyertaan murid-murid berbilang kaum dari semua aliran sekolah. Kami amat berbesar hati kerana aktiviti-aktiviti dan program-program tersebut mendapat sambutan hangat dan mencapai hasil yang positif.

Justeru itu, Dong Jiao Zong menyeru kerajaan memperkasakan pelaksanaan  program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan(RIMUP) yang telah dipersetujui oleh semua pihak berkepentingan supaya interaksi dan kesefahaman antara murid-murid dari sekolah pelbagai aliran dapat dipertingkatkan melalui kegiatan-kegiatan yang disediakan khas untuk penyertaan atau partisipasi bersama. Maka pelaksanaan semula rancangan Sekolah Wawasan yang telah ditolak oleh orang ramai sebelum ini adalah tidak wajar.

Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong

Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong

Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong

 7 Februari 2020

 

Berkenaan dengan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Pemangku Menteri Pendidikan, Tun Dr Mahathir baru-baru ini  yang menyatakan hasrat beliau untuk melaksanakan semula rancangan Sekolah Wawasan di seluruh negara, Dong Jiao Zong dengan tulus ikhlasnya mengemukakan pandangan dan pendapat seperti berikut:

1. Konsep asal Sekolah Wawasan adalah berteraskan “objektif terakhir (ultimate objective) ”dalam Penyata Razak 1956  yang menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang seragam bagi semua jenis sekolah  perlu dilaksanakan sepenuhnya secara beransur-ansur, ini bermakna  sekolah pelbagai aliran akan diubahkan kepada sekolah satu aliran pada akhirnya. Sehubungan itu, Dong Jiao Zong tidak setuju dengan pelaksanaan Sekolah Wawasan dan menegaskan pendirian untuk mengekalkan sistem pendidikan pelbagai aliran sekolah yang telah wujud sejak kemerdekaan hingga sekarang.

2. Dong Jiao Zong berpendapat bahawa pandangan sempit yang menuduh “sistem sekolah pelbagai aliran menghalang perpaduan rakyat” tidak berasas sama sekali. Kewujudan sekolah pelbagai aliran  adalah berasaskan prinsip pendidikan bahasa ibunda. Walaupun setiap aliran sekolah menggunakan bahasa pengantar yang berlainan, tetapi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan kurikulum standard yang sama untuk dilaksanakan di semua aliran sekolah. Maka, segala ilmu pengetahuan dan nilai-nilai yang diajar dan dipelajari di semua aliran sekolah adalah sama.

Selain itu, semua aliran sekolah terbuka kepada ibu bapa setiap kaum untuk memilih mana-mana aliran sekolah bagi anak-anak mereka secara bebas. Sebagai contoh, sebanyak 18% daripada murid-murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) bukan keturunan kaum Cina. Ini jelas menunjukkan bahawa sekolah pelbagai aliran langsung tidak menghalang perpaduan rakyat.

3.Dong Jiao Zong menyokong penuh aktiviti-aktiviti dan program-program yang menyumbang kepada integrasi antara murid-murid  berbilang kaum. Sehubungan itu, Dong Jiao Zong telah mengambil inisiatif untuk mengadakan aktiviti-aktiviti dan program-program antara kaum dan silang budaya yang menggalakkan penyertaan murid-murid berbilang kaum dari semua aliran sekolah. Kami amat berbesar hati kerana aktiviti-aktiviti dan program-program tersebut mendapat sambutan hangat dan mencapai hasil yang positif.

Justeru itu, Dong Jiao Zong menyeru kerajaan memperkasakan pelaksanaan  program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan(RIMUP) yang telah dipersetujui oleh semua pihak berkepentingan supaya interaksi dan kesefahaman antara murid-murid dari sekolah pelbagai aliran dapat dipertingkatkan melalui kegiatan-kegiatan yang disediakan khas untuk penyertaan atau partisipasi bersama. Maka pelaksanaan semula rancangan Sekolah Wawasan yang telah ditolak oleh orang ramai sebelum ini dalah
tidak wajar.

Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong

Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong

Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong

5 Februari 2020

 

YAB Perdana Menteri merangkap Pemangku Menteri Pendidikan, Tun Dr. Mahathir berkata bahawa bahasa Inggeris akan digunakan semula untuk pengajaran dan pembelajaran   mata pelajaran Matematik dan Sains dalam mesyuarat khas bersama pentadbiran  Kementerian Pendidikan   pada 30 Januari 2020.  Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia ( Dong Zong ) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia ( Jiao Zong ) memandang serius terhadap isu ini dan mengeluarkan kenyataan bersama seperti berikut.

 

1. Dong Jiao Zong bersetuju dengan keperluan dan kepentingan untuk meningkatkan  penguasaan Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di kalangan murid-murid. Bagaimanapun,  pelaksanaan dasar “Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)” dari  tahun 2003 hingga 2009 yang berakhir dengan kegagalan jelas membuktikan  bahawa  dasar PPSMI bukan sahaja tidak berkesan untuk meningkatkan  penguasaan murid-murid terhadap Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik malah mengakibatkan kemerosotan pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran

 

Pendidikan memainkan peranan penting untuk menentukan masa depan setiap generasi,  sekiranya kerajaan melaksanakan semula dasar PPSMI yang bercanggah dengan teori pendidikan,  pasti  mendatangkan  impak negatif kepada pendidikan negara kita. Maka, sebarang dasar dan langkah yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hendaklah menepati  keperluan sebenar dengan mengutamakan hasil   analisis yang menyeluruh dan pandangan  profesional mengenai pendidikan.

 

2. Walaupun dibantah keras oleh rakyat, namun kerajaan tetap melaksanakan dasar PPSMI pada tahun 2003. Bagaimanapun,  setelah 6 tahun pelaksanaan dasar PPSMI, KPM terpaksa membatalkan dasar ini kerana bukan sahaja gagal meningkatkan  penguasaan Bahasa Inggeris, malah  pencapaian murid-murid dalam Sains dan Matematik juga merosot. Kajian ahli akademik juga menunjukkan bahawa pencapaian murid-murid negara kita dalam pentaksiran PISA dan TIMSS pada masa itu berada di bawah taraf antarabangsa disebabkan pelaksanaan PPSMI. Namun setelah dasar PPSMI dimansuhkan pada tahun 2009, prestasi pencapaian murid-murid negara kita dalam pentaksiran PISA tahun 2018 telah menunjukkan peningkatan.

 

Kajian UNESCO telah menunjukkan bahawa murid-murid  belajar dengan lebih berkesan apabila diajar dalam bahasa ibunda. Maka,   dasar PPSMI jelas  bercanggah dengan saranan UNESCO yang mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa ibunda. Selain itu, banyak kajian ilmiah yang dijalankan di peringkat antarabangsa juga membuktikan kesan negatif  PPSMI  dan   tidak memberi manfaat kepada pembelajaran murid-murid.

 

3. Memandangkan prestasi institusi pendidikan awam semakin merosot, ramai ahli akademik telah membuat seruan supaya  pembaharuan pendidikan negara kita dijalankan  dengan segera.  Berikutan dengan perkembangan AI yang semakin pesat, kebanyakan negara telah menjalankan pembaharuan pendidikan dengan menitikberatkan pendidikan yang berorientasikan perkembangan aspek kemanusiaan dan kemenjadian murid-murid,  serta melaksanakan kurikulum sekolah yang mengutamakan unsur-unsur pemikiran kreatif, kemahiran berfikir aras tinggi dan pembelajaran merentas kurikulum.

 

Pembaharuan pendidikan bagi Malaysia Baru hendaklah selaras dengan arus perkembangan global dan sanggup berdepan dengan cabaran masa akan datang tetapi  bukan meneruskan minda lama yang ketinggalan zaman,  seperti melaksanakan semula dasar PPSMI yang  telah terbukti gagal. Sehubungan itu, Dong Jiao Zong menyeru supaya kerajaan Pakatan Harapan bertindak segera untuk melantik seorang  Menteri Pendidikan yang berpandangan jauh  dan berketrampilan dalam menerajui  pembangunan pendidikan negara sejajar dengan arus perkembangan pendidikan sedunia. Sebelum pelantikan Menteri Pendidikan yang baru, KPM tidak patut  melaksanakan sebarang dasar pendidikan baru secara tergesa-gesa.

 

4. Dong Jiao Zong menyeru supaya KPM mengadakan perbincangan terperinci dengan pertubuhan-pertubuhan pendidikan dan ahli-ahli akademik sebelum membuat sebarang keputusan mengenai dasar pendidikan. Adalah penting bagi kerajaan untuk mendengar pandangan-pandangan rakyat, khasnya pihak-pihak  yang berkepentingan  supaya dasar pendidikan yang digubal  oleh kerajaan mendapat persetujuan  semua pihak. Sehubungan itu, kami ingin mengingatkan Kabinet supaya mengambil kira pandangan rakyat  dan pendapat profesional dalam perbincangan berkenaan pelaksanaan semula PPSMI.

Menaruh harapan agar peruntukan yang adil diinstitusikan: Dong Zong menyambut baik dana bantuan untuk SMPC dan Kolej Universiti

Kenyataan media Dong Zong
Menaruh harapan agar peruntukan yang adil diinstitusikan:
Dong Zong menyambut baik dana bantuan untuk SMPC dan Kolej Universiti

17 Januari 2020

Dong Zong mengiktiraf langkah peruntukan dana daripada Kementerian Kewangan kepada sekolah menengah persendirian cina (SMPC) dan tiga buah kolej universiti untuk dua tahun berturut-turut.

Menyusuli peruntukan pada tahun 2019, Kementerian Kewangan telah memperuntukkan RM 2juta kepada Kolej Universiti New Era, Kolej Universiti Komunikasi Han Chiang dan Kolej Universiti Selatan masing-masing, untuk kegunaan pembangunan; di samping peruntukan sejumlah RM15 juta kepada SMPC seluruh negara. Sagu hati yang diberikan di ambang Tahun Baru Cina ini telah meredakan tekanan kewangan kolej universiti yang dikelolakan komuniti. Penambahan RM3 juta berbanding peruntukan pada tahun lalu menunjukkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan memandang berat institusi pendidikan yang bukan berorientasikan keuntungan (non-profit).

Ketiga-tiga buah kolej universiti kelolaan komuniti dan SMPC di Malaysia telah melahirkan bakat-bakat yang memberi sumbangan kepada negara. Mereka wajar diberi sokongan kerajaan lantaran sumbangan yang dicurahkan sepanjang tahun-tahun ini. Kami berharap agar kerajaan Pakatan Harapan menyedari kepentingan pelaburan dalam bidang pendidikan untuk mempertingkatkan daya saing negara dan kualiti rakyat.

Peruntukan kepada SMPC dan kolej universiti kelolaan komuniti buat sulung kali adalah selangkah besar dalam sejarah. Moga-moga ia disusuli dengan dasar yang lebih adil untuk semua sekolah dari pelbagai aliran pendidikan. Peruntukan dana yang adil harus diinstitusikan agar institusi pendidikan yang bukan berorientasikan keuntungan boleh terus memberi sumbangan kepada pembangunan negara. 

Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong

Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong

Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong

9 Januari 2020

 

Dong Jiao Zong menyambut baik usaha proaktif Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Senator Waytha Moorthy Ponnusamy yang mengadakan sesi dialog yang dijalankan pada 7hb Januari bersama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan demi mencari jalan penyelesaian isu pengenalan tulisan Jawi.

 

  1. Pada 1 Januari tahun ini, pengerusi Dong Zong dan setiausaha agung Jiao Zong menerima mesej daripada pengerusi Majlis Bahasa Cina Malaysia, Datuk Eddie Heng Hong Chai untuk bertemu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Senator Waytha Moorthy Ponnusamy untuk membincangkan isu pengenalan tulisan Jawi. Oleh kerana mesej tersebut tidak menyatakan dengan spesifik bahawa perjumpaan tersebut adalah atas inisiatif Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga melibatkan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan lain, maka Dong Jiao Zong menganggapkan mesyuarat itu adalah salah satu tindakan susulan Kongres Jawi Kebangsaan anjuran Majlis Bahasa Cina Malaysia dan SEKAT (Seni Khat Action Team) yang diadakan pada 29 Disember 2019. Pada masa itu Dong Jiao Zong sedang menguruskan kerja-kerja susulan ekoran daripada larangan penganjuran Persidangan Persatuan-persatuan Cina yang dijadualkan pada 28 Disember 2019, antaranya termasuk mengatur dialog dengan pucuk pimpinan parti-parti pemerintah dan pembangkang. Memandangkan kedua-dua pihak mempunyai arah tuju yang sama, maka kami berpendapat bahawa adalah baiknya masing-masing berusaha melalui pelbagai saluran demi mencapai hasil yang maksimal. Lantaran itu, Dong Jiao Zong tidak menghadiri aktiviti susulan Majlis Bahasa Cina Malaysia dan SEKAT tersebut.

 

  1. Dong Jiao Zong hanya menerima surat jemputan rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri melalui emel pada pagi hari perjumpaan tersebut, didapati hanya nama 12 buah pertubuhan yang dijemput manakala Jiao Zong dan nama pertubuhan-pertubuhan Melayu tidak berada dalam senarai jemputan. Selain daripada itu, pada hari yang sama, Dong Jiao Zong akan mengadakan satu pertemuan dengan pertubuhan Muslim, maka kerana kesuntukan masa dan sebab-sebab yang tersebut, kami tidak sempat menghadiri pertemuan dengan YB Menteri dan ini amat dikesali.

 

  1. Walau bagaimanapun, seperti yang dikatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam sidang media, iaitu pelbagai usaha akan dijalankan untuk mencari formula penyelesaian kepada isu tulisan Jawi, maka kami berharap pihak kerajaan dapat meneruskan perbincangan dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan membina kepercayaan bersama supaya mewujudkan suasana yang kondusif kepada perbincangan dasar-dasar kerajaan. Kami mengalu-alukan segala peluang   untuk bertukar pandangan dan bermuzakarah dengan semua pertubuhan yang berkaitan, termasuk pertubuhan-pertubuhan yang berlainan pandangan untuk mencari formula penyelesaian yang rasional.

 

  1. Sejak Dong Jiao Zong mengemukakan Kenyataan Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina kepada Kementerian Pendidikan pada 2 Januari 2020, pihak Dong Jiao Zong telah mengambil pelbagai inisiatif, termasuk menghubungi parti-parti pemerintah dan pembangkang serta Kementerian Pendidikan untuk mengadakan dialog, moga-moga dapat mencari jalan penyelesaian kepada isu pengenalan tulisan Jawi.