fbpx

Notis Perlindungan Data Peribadi bagi Dong Zong

Notis Perlindungan Data Peribadi bagi Dong Zong

  1. Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (“Dong Zong”) menghormati dan komited untuk melindungi data peribadi dan privasi anda. Notis Perlindungan Data Peribadi ini menjelaskan cara-cara pihak kami mengumpul dan memproses data peribadi anda berdasarkan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia. Sila ambil perhatian bahawa Dong Zong boleh meminda notis ini bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu dan anda akan diberitahu tentang sebarang pemindaan tersebut melalui laman web atau apa-apa cara komunikasi yang dianggap sesuai oleh Dong Zong. Sebarang rujukan kepada “kami” dalam notis ini adalah merujuk kepada Dong Zong. 
  2. Jenis data peribadi 
    1. Data peribadi bermakna sebarang data berkaitan dengan anda yang dikumpul atau dibekalkan kepada Dong Zong bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di Seksyen 5 di bawah (“Tujuan”).
    2. Data-data peribadi anda adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor NRIC, nombor pasport, nombor telefon, e-mel, jantina, tarikh lahir, status perkahwinan, agama, rekod akademik, latar belakang pendidikan, kewangan dan maklumat bank akaun, pekerjaan, warganegara, jawatan, nama syarikat, gambar, foto dan lain lain.
  3. Pengumpulan data peribadi (sumber data peribadi) 
    Dong Zong mengumpul data peribadi anda dengan cara-cara berikut:
    1. Memperolehi secara langsung daripada anda melalui pendaftaran (pemeriksaan terhadap operasi berkaitan, kursus, ceramah, seminar, persidangan, pelbagai aktiviti), pengisian borang-borang (salinan kertas, salinan digital dan borang elektronik), e-mel, telefon, SMS, media sosial, pertanyaan, kad nama, soal selidik, kajian selidik, temuduga, kontrak, sebutan harga, invois dan mana-mana situasi yang anda memilih bagi membekalkan maklumat kepada pihak kami;
    2. Memperolehi secara tidak langsung daripada pihak ketiga seperti wakil-wakil yang diberi kuasa oleh pihak kami, pihak berkuasa sekolah, persatuan-persatuan yang berkenaan dan industri-industri awam;
    3. Rakaman CCTV semasa anda melawat premis Dong Zong;
    4. Kad pintar anda direkodkan semasa memasuki Dong Zong;
    5. Butir-butiran ketika melayari laman web Dong Zong direkodkan tetapi tidak terhad kepada data trafik, data lokasi, dan sumber-sumber yang telah anda akses.
  1. Data peribadi wajib
    Semua maklumat yang diminta dalam borang-borang yang berkenaan adalah wajib untuk anda membekalkan kecuali dinyatakan sebaliknya. Sekiranya anda gagal untuk membekalkan maklumat yang diwajibkan tersebut, kami mungkin tidak dapat memproseskan permintaan anda dan/atau membekalkan produk atau perkhidmatan yang berkenaan kepada anda.
  1. Tujuan pengumpulan dan pemprossesan data peribadi
    1. Data peribadi anda dikumpul dan diproses selanjutnya oleh Dong Zong adalah untuk tujuan seperti berikut:
      • Untuk memproseskan permohonan anda untuk pendaftaran peperiksaan dan rayuan keputusan peperiksaan, latihan dan bengkel (dalam organisasi, tempatan dan luar negeri), kem, biasiswa, pinjaman pelajaran, sambung belajar di tempatan dan luar negeri, pemohonan pekerjaan, seminar, ceramah dan persidangan;
      • Untuk memproses dan berkomunikasi dengan anda tentang pelbagai aktiviti kami, mesyuarat, jawatankuasa kerja Dong Zong, urusan peperiksaan (termasuk tetapi tidak terhad kepada soalan peperiksaan, semakan soalan peperiksaan, pengawasan peperiksaan, semakan kertas peperiksaan, pemindahan kertas peperiksan, sijil peperiksaan dan lain-lain.), urusan penerbitan, urusan kurikulum, hal ehwal pelajar, hal ehwal guru serta produk dan perkhidmatan yang lain;
      • Untuk menghubungi dan/atau membekalkan maklumat aktiviti-aktiviti yang akan datang, mesyuarat, risalah, bahan promosi, penerbitan baru dan apa jua maklumat yang mungkin anda berminat;
      • Untuk memproseskan mana-mana bayaran yang berkenaan dengan penyertaan anda dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Dong Zong;
      • Untuk memproseskan mana-mana bayaran dan urusan lain yang berkenaan dengan produk atau perkhidmatan yang dibekalkan oleh anda;
      • Untuk mengendalikan pesanan dan langganan anda terhadap bahan-bahan penerbitan, produk dan perkhidmatan daripada pihak kami;
      • Untuk dipaparkan dalam bahan-bahan terbitan pihak kami;
      • Untuk tujuan analisis dan penyelidikan;
      • Untuk penyelengaraan dan pengemaskinian langganan data keahlian anda;
      • Untuk pengumpulan dana dan aktiviti amal;
      • Untuk meningkatkan kualiti dan menaikkan taraf perkhidmatan kami untuk memastikan kepuasan anda;
      • Untuk memberikan maklum balas atas pertanyaan anda dan menyelesaikan isu-isu yang tertimbul ketika anda berurusan dengan Dong Zong;
      • Mengendali pelbagai urusan berkenaan sumber manusia;
      • Sebarang tujuan yang berkenaan dengan perkara-perkara yang disebutkan di atas.
    1. Dong Zong hanya akan mengurus data peribadi anda dimana anda membekalkan kepada kami secara sukarela.
    2. Dalam sesetengah keadaan, anda mungkin membekalkan maklumat peribadi pihak ketiga untuk tujuan tertentu. Maka, ia bermakna anda mewakili dan menjamin bahawa anda telah mendapat persetujuan daripada pihak berkenaan supaya berhak untuk membekalkan data mereka kepada Dong Zong.

  2. Penzahiran dan pemindahan data peribadi
    1. Dong Zong tidak akan menzahir, berkongsi, memindah, menjual atau menyewa mana-mana maklumat peribadi yang dapat mengenal pasti identiti individu kepada mana-mana pihak ketiga kecuali Dong Zong mendapat kebenaran daripada pemilik data (subjek data).
    2. Walau bagaimanapun, Dong Zong akan menzahirkan maklumat peribadi anda apabila:
      • Diminta oleh agensi penguatkuasaan undang-undang termasuk mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa, sama ada kerajaan atau separa kerajaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas Dong Zong;
      • Agensi-agensi kerajaan, badan berkanun, pengawal selia industri dan dewan-dewan undangan tempatan yang berkenaan;
      • Penasihat-penasihat Dong Zong termasuk peguam, akauntan, juruaudit, penasihat IT dan lain-lain;
      • Pihak ketiga yang dilantik oleh Dong Zong untuk membekalkan perkhidmatan kepada kami seperti bank atau institusi kewangan, insuran, sistem IT/pembekal perisian, syarikat percetakan, syarikat penerbitan, agensi pelancongan, pembekal perkhidmatan, jurulatih, pensyarah, penceramah, penganjur aktiviti dan lain penasihat;
      • Pihak ketiga yang berkerjasama dengan Dong Zong untuk membekalkan perkhidmatan kepada anda, seperti pihak sekolah, penaja biasiswa dan pinjaman pelajaran, organisasi pendidikan, latihan, bengkel dan penganjur-penganjur aktiviti bersama (tempatan dan luar negeri).
      1. Data peribadi anda boleh dipindahkan ke sesuatu tempat di luar Malaysia dengan mematuhi undang-undang, dimana menurut hubungan kontrak yang berkenaan atau untuk tujuan berkenaan yang dinyatakan di Seksyen 5.

  3. Keselamatan
    Dong Zong akan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk melindungi data peribadi daripada kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, diakses dan didedahkan tanpa kebenaran atau secara tidak sengaja serta pemindahan atau pemusnahan.
  1. Penyimpanan data
    Dong Zong hanya akan menyimpan data peribadi untuk tempoh tertentu bagi memenuhi tujuan yang dinyatakan dalam notis ini. Hal demikian kecuali tempoh penyimpanan yang lebih lama diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang.
  1. Integriti data
    Dong Zong akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa data peribadi yang diproses tersebut adalah boleh dipercayai serta tepat dan lengkap untuk melaksanakan tujuan yang disebutkan dalam notis ini.
  1. Hak untuk mengakses dan meminda data peribadi/Had pemprosesan data peribadi
    Anda adalah berhak untuk meminta supaya mengakses, membetulkan, menarik balik persetujuan dan menghalang pemprosesan data peribadi anda. Anda dikehendaki memastikan data peribadi anda adalah tepat, lengkap, tiada pengeliruan dan terkini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, pembetulan atau aduan tentang maklumat peribadi, anda adalah dialu-alukan supaya mengemukakan kepada Dong Zong melalui pos, telefon, faks atau e-mel seperti berikut:

 

    United Chinese School Committees’ Association of Malaysia (Dong Zong)
    Blok A, Lot 5, Seksyen10,
    Jalan Bukit,
    43000 Kajang,
    Selangor. 
    Tel: 603-87362337
    Faks: 603-87362779
    E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  1. Bahasa
    Notis ini dipaparkan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina. Sekiranya mempunyai sebarang konflik dan percanggahan antara notis dalam Bahasa Inggeris dengan kedua-dua bahasa tersebut, terma-terma notis dalam Bahasa Inggeris merupakan rujukan utama dalam notis ini.