Teks Ucapan Encik Tan Tai Kim, Pengerusi Dong Zong, sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Dong Zong dengan Kementerian Sumber Manusia

Terima kasih saudari Pengerusi Majlis

Salam Sejahtera dan selamat pagi kepada

Yang Berhormat  M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia

Yang Bahagia, Dato’ Amir bin Omar, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia

Yang Berusaha, Encik Cheong Chee Khing, Setiausaha Politik Menteri Sumber Manusia,

Penasihat Organisasi Dong Zong, Encik Foo Wan Thot,

Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat Dong Zong,

Dif-dif jemputan,

Wakil-wakil sekolah,

Guru-guru

para pelajar dan

Sidang-sidang media

 

Terlebih dahulu, saya mewakili Dong Zong mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan terutamanya Menteri  Sumber Manusia dan pengawai-pengawai Kementarian Sumber Manusia  dalam usaha untuk menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Dong Zong dengan Kementerian Sumber Manusia pagi ini.

 

Hadirin yang dihormati,

 

Pendidikan Teknikal dan Vokasional amatlah penting dalam pembangunan negara,  lihatlah kejayaan negara-negara maju seperti German, Japan, Korea dan lain-lain, terbuktinya kejayaan mereka adalah kerana dari hasil sistem pendidikan TVET yang tersusun mereka.

 

Untuk pengetahuan YB menteri dan para hadirin, Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) telah bermula pada tahun 1987 di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).

 

Kini, terdapat 19 buah SMPC yang menawarkan pendidikan TVET dan jumlah keseluruhan pelajar yang mengikuti kursus-kursus ini ialah sebanyak 2046 orang. Akan tetapi, masalah pengiktirafan sijil vokasional telah memberi kekangan kepada pelajar yang menyertai program ini. Namun, bantuan dan sokongan daripada Kementerian Sumber Manusia telah memberi harapan kepada para pelajar untuk meneruskan impian mereka.

 

Kami amatlah bangga dengan sokongan dan galakan yang diberi oleh Kementerian Sumber Malaysia atas usaha-usaha SMPC. Ribuan terima kasih!

 

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Encik Cheong Chee Khing dan Encik Tan Chin Yim atas usaha dan kerjasama mereka yang merealisasikan Majlis Menandatangani Memorandum ini.

 

Kandungan Memorandum Persefahaman yang ditandatangani hari ini merangkumi 2 aspek utama:

Yang pertama, rancangan untuk melatih guru-guru kelas teknikal yang sedia ada di SMPC dengan kerjasama Jabatan Sumber Manusia.

 

Yang kedua, membantu Dong Zong dan SMPC dalam usaha permohonan menjadi Pusat Bertauliah (PB)  yang berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Hadirin sekalian,

 

Atas usaha daripada pelbagai pihak, pelajar-pelajar SMPC yang memilih aliran teknikal dan vokasional akan berpeluang  menerima Sijil Kemahiran Malaysia pada masa akan datang. Kami yakin dengan usaha yang dijalankan ini lepasan SMPC dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Kami berharap dengan menitikberatkan TVET ini negara kita akan berkembang pesat dalam perindustrian seperti negara Jerman, Jepun, Korea, dan Taiwan.

 

Para hadirin,

 

Akhir sekali, kami berharap agar SMPC dapat usaha bersama-sama untuk menjayakan transformasi TVET negara kita.

 

Sekian, terima kasih.

 

Seterusnya, izinkan saya memberi ucapan saya dalam Bahasa Cina.