fbpx

Dong Jiao Zong Memandang Positif Terhadap Pengiktirafan UEC Namun Kesali Pengiktirafan UEC Dengan Penambahan Syarat-syarat

Kenyataan Bersama Dong Zong & Jiao Zong

30 September 2019

Dong Jiao Zong Memandang Positif Terhadap Pengiktirafan UEC

Namun Kesali Pengiktirafan UEC Dengan Penambahan Syarat-syarat

 

Mengenai pengumuman Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal tentang kabinet kerajaan negeri Sabah telah membuat keputusan terhadap pengiktirafan UEC sebagai kelayakan bagi kemasukan universiti-universiti awam dan sector penjawat awam negeri, dengan syaratnya subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dikehendaki memperolehi kepujian dalam peperiksaan SPM, dan juga lulus dalam MUET. Dong Jiao Zong mengeluarkan kenyataan bersama seperti berikut:

 

Kami memandang secara positif terhadap kerajaan negeri Sabah mengiktiraf UEC, namun berasa kesal terhadap penambahan syaratnya. Kami juga mengambil perhatian liputan berita berkenaan PT3 juga merupakan salah satu syarat bagi pengiktirafan UEC.

 

Dong Jiao Zong menegaskan pendirian kami iaitu  menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, wajib dapat kepujian Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM sebagai syarat bagi pengiktirafan UEC.

 

Kami menyeru kerajaan Persekutuan mengumumkan laporan yang disediakan oleh PPDUEC, dan mengiktiraf UEC dengan segera, seperti yang diterakan dalam manifesto Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Umum ( PRU).