fbpx

Pengetua dan Penolong Kanan Harus Mempunyai Kelayakan Bahasa Cina Menyeru Penolong Kanan Sebagai Pemangku Pengetua Sehingga Pengetua Baru Dilantik

Kenyataan Dong Zong

26/8/2019

Pengetua dan Penolong Kanan Harus Mempunyai Kelayakan Bahasa Cina

Menyeru Penolong Kanan Sebagai Pemangku Pengetua Sehingga Pengetua Baru Dilantik

 

Sebagai respon kepada persaraan bekas pengetua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pai Chee di Mersing, Johor, Jabatan Pendidikan Negeri  telah melantik seorang  yang tidak mempunyai kelayakan  Bahasa Cina untuk berkhidmat sebagai pengetua baru. Timbalan Menteri Pendidikan YB Teo Nie Ching berkata bahawa ini hanya satu pelantikan sementara supaya tidak menjejaskan pentadbiran sekolah berkenaan. Katanya, pengetua baru akan dilantik pada Januari tahun 2020. Maka, Dong Zong mengeluarkan kenyataan mengenai perkara  berkenaan seperti berikut:

 

  1. Dong Zong menggesa Kementerian Pendidikan memastikan pengetua yang dilantik untuk  berkhidmat di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan di seluruh negara mempunyai kelayakan Bahasa Cina. Ini kerana pelantikan seseorang  yang tidak mempunyai kelayakan Bahasa Cina untuk jawatan pengetua akan menjejas ciri-ciri khas Sekolah Menengah Jenis  Kebangsaan (SMJK).

 

  1. Dong Zong mengulangi dan menegaskan bahawa pengetua dan penolong kanan   Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) semestinya mempunyai kelayakan Bahasa Cina, dan bersetuju untuk mengekalkan ciri-ciri tradisional SMJK, serta memperolehi persetujuan terlebih dahulu daripada Lembaga Pengarah atau Lembaga Pengelola sekolah berkenaan. Maka, Kementerian Pendidikan haruslah melantik penolong pengetua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pai Chee mengendalikan hal ehwal sekolah secara sementara sehingga pengetua  yang sesuai dilantik. Pada masa yang sama, Dong Zong juga menggesa Kementerian Pendidikan dan Lembaga Pengarah atau Lembaga Pengelola sekolah berkenaan  berunding dan mencari jalan untuk menangani  pekara ini.

 

  1. Dong Zong menyeru pihak Kementerian Pendidikan menetapkan kelayakan untuk berkhidmat sebagai pengetua dan penolong kanan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) secara jelas, merumuskan mekanisme dan rancangan untuk melatih dan memupuk kedua-dua jawatan tersebut. Dengan ini, agar mempunyai persediaan calon berkelayakan mencukupi untuk mengisi kekosongan jawatan supaya masalah yang sudah lama dihadapi ini dapat diselesaikan. Pada masa yang sama, Kementerian Pendidikan digesa untuk menjalankan satu banci untuk mengetahui sama ada pengetua dan penolong kanan di seluruh Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) mempunyai kelayakan dalam Bahasa Cina untuk memenuhi perancangan dan  permintaan masa  depan untuk kedua-dua jawatan tersebut. Dong Zong juga bersedia  bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk menggalakkan lebih ramai guru-guru yang berkelayakan untuk mendaftar kursus “‘National  Professional  
    Qualification Educational Leaders’(NPQEL)”  supaya dapat dipenuhi syarat menjadi pengetua di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan.